Buffet Ramadan 2024 Klana Beach resort Port Dickson - Sajian Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan - Baru-baru ni nad merasai sendiri keenakan Buffet Ramadan 2024 di Klana Beach Resort, Port Dickson. Mana tau sesekali nak berbuka puasa dengan menginap di resort, dengan panaroma yang cantik, hah, Klana Beach Resort la sesuai untuk korang. Tahun ini Buffet Ramadan mereka bertemakan Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan. 

Hanya mengambil masa 1 ke 2 jam untuk ke Klana Beach Resort. Boleh sahaja waze akan terus ke resort ni. Kalau korang nak tau, Klana Beach Resort ni terletak bersebelahan dengan Kompleks Baitul Hilal. Nad suka dengan suasana resort ni sebab betul-betul berdekatan dengan pantai. Memang rasa nyaman dan damai sahaja.

Buffet Ramadan 2024 Klana Beach resort Port Dickson


Pertama kali datang ke sini untuk merasai keenakan Buffet Ramadan di Klana Beach Resort. Kalau ke Negeri Sembilan memang masakan masak lemak cili api la diingatnya. Di ketuai oleh Chef Sidi bersama pasukan, mereka akan disajikan pelbagai hidangan yang pasti menjadi kegemaran ramai khasnya pengujung yang merindui masakan Negeri Sembilan.

Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan













Dengan mengetengahkan menu-menu berinspirasikan dari Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan seperti Rendang Pucuk Maman, Keli Masak Lomak Ciliapi, Asam Podeh dan Gulai Urat Keting, Sambal Kering Pucuk Ubi Ikan Bilis, Daging Dendeng Batakok, Gulai Nangko Telor Sotong, Gulai Perut Padang dan bermacam lagi menu pasti membangkit selera tetamu.

Kibas Golek & Sup Kibas





Selalunya setiap Buffet Ramadan mesti ada kambing golek, tapi di Klana Beach Resort mereka menyediakan Kibas Golek dan Sup Kibas yang sentiasa menjadi buruan dan mendapat permintaan yang tinggi dari para tetamu yang hadir. Nad sendiri pertama kali merasai daging Kibas ni, sedap dan lembut dagingnya.

Ulaman dan Sambal




Pelbagai ulaman dan sambal juga ada di sini.

Menu Sampingan






Selain lauk pauk Nogori dan Nasi Padang, di sini juga menyediakan menu khas untuk kanak-kanak seperti spageti dan menu sampingan lain seperti mertabak, apam balik, makanan bergoreng, cucur manis dan sate.

Pencuci Mulut






Pencuci mulut turut disediakan seperti kek dan buah-buahan.

Pelbagai jenis minuman



Hilangkan dahaga dengan pilihan aneka minuman termasuk Air Jus Kurma, Air Soya, Air Tebu dan Air Markisa. Segar tekak ye dapat minuman ni semua.

Menu-menu sajian tahun ini dapat dinikmati mengikut lima putaran menu bermula dari 3 Ramadan sehingga 27 Ramadan 1445H.

Memang terliur kan dengan masakan Negeri Sembilan ni. Rugi kalau korang tak berbuka puasa di sini.

Kemudahan Di Klana Beach Resort


Selain daripada berbuka puasa, Klana Beach Resort turut mengadakan Solat Terawih berjemaah yang dipimpin oleh Iman jemputan sekitar Port Dickson bagi tujuan ibadah pengunjung sepanjang bulan Ramadan ini. Mudah kan, tak perlu susah-susah cari masjid ke apa, dekat sini dah disediakan untuk korang solat Maghrib sekali Terawih dengan selesa. 

Harga Buffet Ramadan Klana Beach Resort


Dewasa : RM69.00
Kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya ; RM30.00

Harga istimewa (early-bird) serendah RM60.00 sahaja untuk dewasa sebelum 1 Ramadan
ini.

Selain itu disamping menjamu selera di Bufet Ramadan, anda secara langsung telah menyumbang RM1 bagi setiap pembelian voucer dimana ianya akan disalurkan kepada tabung Wakaf Tunai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Pakej Penginapan Pakej Ramadan


Dekat sini korang boleh menikmati Buffet sama ada nak menginap di sini atau tidak. Sekiranya korang bercadang nak bermalam di Klana Beach resort, mereka menyediakan Pakej Penginapan dengan harga RM168 berseorangan

Pakej termasuk

- Bilik Penginapan 2 hari 1 malam
- Bufet Ramadan
-Sarapan Pagi atau Set Sahur

Setiap penambahan orang
Dewasa : RM80
Kanak-kanak : RM50








Dah alang-alang datang jauh, nad sekeluarga pun menginap sehari di Klana Beach Resort. Bilik sangat selesa, bersih dan cantik. Dekat sini ada beberapa bilik, dan haritu nad dapat bilik berhadapan dengan laut. Cantik sangat pemandangannya.

Resort ni menyediakan kemudahan lengkap seperti iron, hair dryer, tv, mini peti sejuk, dan lain-lain. Plaing nad suka, di sini menyediakan telekung, kain pelikat dan sejadah yang bersih untuk pengunjung solat. Dalam laci pun nad perasan macam ada Al-Quran. Pertama kali datang ke resort yang sediakan ini semua. Bgau sangat.

Buat Tempahan Buffet Ramadan Klana Beach Resort


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Klana Beach Resort Port Dickson di talian
06-6487888 / sales@klanabeachresortpd.com.my.


Klana Beach Resort
Alamat: Kompleks Baitul Hilal Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai 71050 Port Dickson Negeri Sembilan, Malaysia.

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Yanie memang suka stay dekat Klana beach resort ni. masakan buffet ramadan dia pun sedap

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2