Madu Saffron Iran Untuk Imuniti Badan Dan Kecerdasan - Biasa kita ambil madu begitu sahaja, begitu juga dengan saffron, campur dalam minuman. Tapi kali ni, nad jumpa produk madu campuran saffron. Menarik bukan, sebab tu nad beli dan nak cuba. Madu dan saffron ni banyak khasiatnya, kalau diamalkan selalu bagus untuk kecerdasan dan dapat imuniti badan kita.

Biasa nad memang ambil madu setiap hari, tapi nad tak pernah lagi ambil saffron sebab harganya yang mahal. Madu ni, orang ambil untuk kesihatan, manakala saffron bukan shaaja kesihatan malah kecantikan. Banyak kebaikan kedua-dua bahan ni. Selalunya pun nad tengok ada juga orang minum madu dengan saffron. Tapi yang nad beli ni, madu siap campuran saffron dalam satu botol.

Madu Saffron Asli Untuk Imuniti Badan Dan Kecerdasan


Madu Saffron  ini adalah campuran beberapa jenis madu hutan asli dengan perapan helaian bunga saffron yang berkualiti tinggi dan diimport daripada Iran. Setiap 300g botol madu saffron ini mengandungi 1gram pati saffron asli dengan campuran beberapa herba terpilih dan dibancuh bersama dengan air zam-zam tulin.


Nad suka dengan rasanya yang manis dan berbau wangi. Setiap pagi nad akan ambil sesudu madu saffron ni. Bukan nad sorang je yang ambil, anak-anak dan suami pun nad bagi untuk kesihatan bersama. Madu saffron ini sangat sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. 



Selain diambil begitu sahaja, nad gunakan juga sebagai pemanis di dalam makanan dan juga masukkan dalam minuman. Macam nad goreng ayam menggunakan Madu Saffron Iran ni. Rasa manis dan sedap. Kadang buat air teh masukkan sedikit madu saffron ni.

Bagus amalkan Madu Saffron Iran ni untuk penjagaan kesihatan serta meningkatkan daya ingatan.

Bahan dalam Madu Saffron ni pun 100% Madu Hutan Asli, 100% Pati Saffron Asli, Su'dun, Zam Zam
Tanpa Gula dan Tanpa Bahan Pengawet. Madu Saffron ni High Quality Saffron daripada Iran

Tekstur Madu Saffron 


✅ Madu sederhana kepekatannya

✅ Warna madu perang gelap

✅ Akan berubah menjadi kekuningan jika dibancuh dengan air

Kebaikan Madu Saffron 


Disebut sebagai makanan terbaik untuk mempertajamkan minda.

Dalam kitab Tib Al-Imam Ali m.s. 381, Imam Ali KMW menyatakan yang bermaksud: "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

- Menguatkan ingatan & mempertajam fikiran
- Menghilangkan rasa resah gelisah
- Menenangkan hati dan fikiran
- Menambahkan tenaga rohani & jasmani
- Menjadi asbab kecerdasan akal
- Meningkatkan imuniti badan
- Menstabilkan kehangatan tubuh
- Memberi tidur yang lena pada waktu malam
- Melegakan sakit sendi

Cara-cara pengambilan Madu Saffron A

1. Untuk mempertajam akal fikiran - Sila minum 2 sudu pada waktu pagi selepas makan pagi. Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
2. Amalan harian - Ambil 3 sudu dan dibancuh dengan sebotol air putih. Boleh diminum sepanjang hari.
3. Untuk menenangkan diri - Diambil apabila perlu. Caranya; bancuh 3 sudu madu dengan secawan air sejuk, kacau hingga sebati lalu minum sehingga habis.
4. Untuk masalah sakit sendi dan hendak tidur lena waktu malam - Sila minum 1 sudu, setengah jam sebelum tidur. Kemudian minum air segelas.
5. Boleh juga diamalkan seperti madu-madu lain yang sudah biasa anda amalkan.

Simpan pada tempat suhu bilik, jauhkan daripada suhu panas, cahaya matahari, kelembapan tinggi. dan TIDAK PERLU simpan di dalam peti ais.

Jom amalkan meminum dan makan madu asli. Pastikan yang asli tanpa tambahan gula dan bahan pengawet yang tidak baik. Jangan beli madu yang sudah dicampur bahan pengawet dan gula. Walaupun harganya murah, tetapi tidak baik untuk kesihatan.


Dapatkan Madu Saffron di Shopee

SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2