Blue Ice Snow Park Pavillion Bukit Jalil - Haritu nad ada senaraikan tempat menarik untuk family berseronok di Pavillion Bukit Jalil. Salah satu yang nad nak cerita dalam entry ni ialah Blue Ice Snow Park. Blue Ice Snow Pavilion Bukit Jalil adalah destinasi menarik dan keseronokan untuk anak-anak bermain dengan salji dan meluncur ais. 

Ada berbagai aktiviti bersalji di sini, termasuk bermain ski, meluncur dan bermain salji bersama keluarga dan rakan-rakan. Berada di tingkat 5 Pavillion Bukit Jalil, Blue Ice Snow Park Menawarkan salji yang sebenar. korang dah boleh nampak pintu yang bersalji di situ. Fariza nampak je terus dia berlari..hehee. Dulu masa diaornag kecil, pernah pergi ke main salji dekat Snowalk Icity Shah Alam. Ni dah besar, baru dapat datang lagi bermain ice.