Promosi Di Mios Kitchen, RM4.90 Untuk 7 Hidangan Berbeza dan Combo Merdeka - Korang tau tak, sekarang ada promosi dekat Mios Kitchen. Ni pun kawan nad yang bagitau. Promosi RM4.90 untuk 7 hidangan berbeza dengan Combo Merdeka. Terus nad datang ke Mios Kitchen nak tau menu apa yang promosi tu..hehee. Bolehla nad kongsi dengan korang kan.

Mios Kitchen ni ada banyak outlet tau, dan haritu nad pergi ke Mios Kitchen di Bandar Kinrara. Di sini menu yang disediakan makanan barat dan Asia dengan harga yang berpatutan untuk memenuhi citarasa semua orang. Sempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Mios Kitchen telah memperkenalkan dua promosi menarik yang korang mesti cuba.