Articles by "tutorial"
Showing posts with label tutorial. Show all posts
hai assalammualaikum

CARA TUKAR NAMA LINK YOUTUBE KEPADA NAMA SENDIRI

Tukar Nama Link Youtube Ke Nama Sendiri - Hah!!, sebelum ni asyik fikir macam mana la nak tukar link youtube nad ni kepada nama sendiri. Yela, semua nama facebook, instagram dan twitter dah sama nama, ada nama nadia. Tiba-tiba youtube nama lain pulak. Panjang pulak tu. Memang tak terhafal la jawabnya. Kalau orang nak link youtube tu, nad kena buka youtube, pastu tekan link. Uish banyak keje, betul, lambat pun satu hal.

Hari Ahad haritu, nad cubala godek-godek. Siap tengok dekat google cara nak tukar nama youtube ni. Tapi biasalah, info dari Indonesia banyak. Ada tu, macam lain dekat youtube. Tiba-tiba terjumpa satu, memang mula tak paham, tapu usaha juga godek dan nak tukar nama, akhirnya, nama youtube dah jadi nama sendiri. Ni nama youtube nad sekarang www.youtube.com/nadiajohari. Senang ingat, senang tulis..hehehe. Yeahh..selesai masalah. Jangan lupa subscribe youtube kita..hehe..

Cara Tukar Nama Link Youtube Ke Nama Sendiri

Korang nak juga tukar nama youtube korang ke nama sendiri, tengok ni, nad bagi caranya satu persatu.

CARA TUKAR NAMA LINK YOUTUBE KEPADA NAMA SENDIRI

Pertama sekali, mestila buka akaun youtube korang..Korang tengok nama youtube nad yang panjang tu. Memang takkan nak menghafalnya. Jadi cari alternatif, tukar ke nama sendiri. Biar pendek dan mudah diingat. Korang nampak gambar kecik bahagian kanan ata sekali, hah korang tekan gambar kecik bahagian atas sekali belah kanan, ada tulis creator studio.

CARA TUKAR NAMA LINK YOUTUBE KEPADA NAMA SENDIRI

Lepas tu dia keluar macam dalam gamabr. Tekan creator studio tu. Lepas tu tekan gerigi dekat sebelah perkataan creator studio tu.

CARA TUKAR NAMA LINK YOUTUBE KEPADA NAMA SENDIRI
Dia akan keluar macam ni. Lepas tu tekan advanced

CARA TUKAR NAMA LINK YOUTUBE KEPADA NAMA SENDIRI
Lepas tekan advanced, dia akan kelaur macam dalam gamabr di atas. Dekat " your custom URL " sebelum ni ada perkataan change url, korang tekan situ dan tukar nama ke nama korang.

CARA TUKAR NAMA LINK YOUTUBE KEPADA NAMA SENDIRI

Pastu boleh tengok link korang tukar dah kan. dah senang kalau orang nak link youtube, belakang dah nama kita. Tapi kan bila taip youtube, akan keluar juga url link lama kita yang panjang tu..hahaa. Konfius jap. Kalau cara nad ni betul ok la kan.

Apa-apa pun kalau korang nak mencuba, bolehla buat macam nad. Jangan lupa subscribe juga ye..hehee. www.youtube.com/nadiajohari
hai assalammualaikum

Tutorial Open Link In New Tab - Dua hari blog senyap..badan letih..baru balik dari Johor..mana tak letih..balik hari kan..bertolak pagi..petang balik..pergi kenduri kawin kawan je..harini baru on laptop..nak update blog kesayangan..sebelum nak cerita pasal dekat Johor..nak buat tutorial ni sekejap..Mesti ramai dah tau, mungkin ada yang tak tahu lagi..jadi nad buatla tutorial ni..


Tutorial nad nak buat ialah buka link entry lain dalam new tab yang baru..Cara ni memudahkan kita untuk membaca entry dia sebanyak mana yang boleh. Nad selalu buat..senang..takyah la kita nak buka satu-satu entry dia dalam new tab yang sama..kalau lain-lain new tab senang, dan cepat. Kelebihan Open link In New Tab:
1) Banyak pencarian dan pembacaan
2) Entry sebelumnya still ada dan takkan hilang selagi tak tekan pangkah (X)
3) Lebih efisien
4) Meningkatkan visitor
5) Memudahkan pembaca

Tutorial Open Link In New Tab



1) Pergi  ke Template - Edit HTML


2) Cari perkataan code <head> . Cara nak cari tekan CTRL+ F, lepas tu tekan perkataan tu..nanti jumpa la..


3) Copy dan paste code <base target='_blank'/>  dibawah  <head> . Seperti dalam gambar.

4) Save dan tengok hasilnya.

Selamat mencuba.
hai assalammualaikum

Tutorial Ambil Link Post Status Di Facebook - hah ramai yang tak tau macam mana nak ambil link yang korang post tu dekat facebook..ramai yang blur termasukla nad..hahaa..cara ni nad guna semasa contest Pak John Steamboat yang nad sertai. Juri nak tengok link post kita, letak atau tak dekat mana-mana, sennag nak judge, bukan sorang peserta tapi ramai peserta. Selain itu kadang-kadang company suruh korang buat status pasal produk mereka dan nak tengok link yang korang post berkenaan produk mereka..jadi bila tekan link post status ni hanya keluar pasal produk mereka sahaja..takdelah diaorang nak scroll memanjang untuk cari korang post pasal produk mereka..

INGAT!!! INI BUKAN LINK FACEBOOK KORANG TAU.. ini link POST STATUS korang..

Meh tengok tutorial ni

1) korang buat status berkenaan sesuatu produk seperti dalam gambar


2) Tekan masa bawah nama tu..


3) lepas tu die keluar gambar besar ni..atas tu baru link post sebenar untuk post itu sahaja.


Senang dan mudah kan. Cara ni memudahkan company untuk melihat anda buat post atau tidak berkenaan produk mereka atau status contest yang dijalankan. Takdela company tu duk scroll sampai ke bawah sebab benda yang di post akan ke bawah..tak ke penat diaorang nak tekan..kaan..hehe..selamat mencuba..
hai assalammualaikum


Tutorial Blog : Cara Letak Sitemap Di Blog - Setelah beberapa tahun nad berblogging baru nad tau kenapa kebanyakan blog letak sitemap dekat blog die. Sitemap ni sangat penting kerana ia membantu pembaca untuk mencari entry yang diinginkan. Sitemap ialah link entry kita berdasarkan kategori/label yang telah dibuat oleh blogger tersebut dan mengikut urutan huruf. Perkara penting jangan tag macam-macam sebab sitemap akan nampak terlalu berserabut.

Tutorial Cara Letak Sitemap Di Blog


1) 1. Dari dashboard > Pages > new page 


2) Letak tajuk Sitemap > Klik Pada HTML  


3) Copy dan Paste Code dibawah ini dalam entry.

 <div dir="ltr" style="text-align: left;" trbidi="on">
<script style="text/javascript" src="https://79c1d022c202acd8eeb1cd39e91161aa41984638.googledrive.com/host/0B4cdPjkIVWQHZWxVWUc3SXExMzQ/
"></script>
<script src="http://www.miszrockers.blogspot.com/feeds/posts/default?max-results=9999&amp;alt=json-in-script&amp;callback=loadtoc"></script>
<br /></div>


4) Tukar url website dalam code (tulisan tebal) diatas kepada link website anda


5) Save/publish page. Siap

Note: Anda juga boleh pilih untuk link manually, dan letakkan link di mana sahaja yang anda rasakan perlu. Tapi seeloknya letak di bahagian menutab utama..senang orang nak tengok. Selamat mencuba.