TIADA PANGGILAN MAMI LAGI BAGIKU..=(

in , by Nadia Johari, 02:57:00
hai assalammualaikum...

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (Surah an-Nisa': 78)... 

setiap yang hidup pasti akan mati..pergi menemui Tuhannya...kita yang masih hidup perlulah sentiasa mengingati yang kematian akan datang kepada kita bagi menyedarkan diri kita bahawa semua ini adalah pinjaman semata-mata..  

sedih dan pilu bila orang yang kita sayang meninggalkan kita..namun hidup perlu diteruskan dan sentiasa berdoa agar mereka yang telah pergi sentiasa tenang di sana.."mami" panggilan seorang anak kepada orang yang melahirkannya.."mami" panggilan seorang anak kepada orang  yang membesarkannya dan sabar dengan karenahnya...inilah panggilan yang sepatutnya aku paggil tapi tidak kesampaian..mami adalah bakal ibu mertuaku..namun itu hanya sementara..aku tidak berpeluang untuk mendapatkan title menantu kepada ibu mertuaku.sedihnya hatiku bila tidak sempat melihat wajahnya dan meminta ampun kepadanya....namun ku redha..semuanyer adalah ketentuan Allah..arwah telah perhi pada 3hb Mei pada hari Jumaat..

kisahnya apabila aq yang kepenatan kerna pulang lewat dari kerja telah melelapkan mata..disebabkan terlalu penat, aq tidak mendengar deringan telefon sehinggalah pada pukul 12 aq terjaga kerna ingin menunaikan solat isyak..tatkala melihat telefon..aq terkjut lantas menelefon si dia..si dia menangis..si dia mengatakan mami pengsan..sesampainya di hospital Ampang mami koma dan didapati mami strok..aq bagi dia semangat..aq pun tak tau nak buat apa masa tu..hanya mampu berdoa agar mami selamat dan sembuh..salah ku jua apabila dia memerlukan aq, tapi aq tiada disisinya..aq risau akan keadaan dirinya...aq berdoa..berdoa dan terus berdoa..


keesokan harinya aq pergi ke kerja..setiap waktu ku telefon dirinya untuk mengetahui perkembangan mami..die tidak dapat menahan kesedihan..aq pun sedih tapi aq terpksa simpan..pada puku 4 petang si dia menelefon mengatakan mami telah tiada..aq terkejut..aq terkedu..aq tak tau nak buat apa..aq meminta izin bos untuk pulang awal..halangan demi halangan datang...kawannya mengambilku kerna si dia sedang menguruskan jenazah..jalan dalam keadaan sesak disebabkan malam itu hujan dan pada hari ahad orang ingin mengundi..semua orang ingin pulang..ku terus berdoa agar aq sempat menemui arwah..namun semua itu tidak kesampaian..aq hanya mampu melihat jenazah dari jauh di kubur....ku menangis...hanya itu aq mampu buat..

sebelum ni, memg si dia rajin bawa aq untuk berjumpa maminya..aq banyak merungut sebab selalu kuar hanya p rumahnyer, namun baru aq tau kenapa die selalu bawaku ke rumahnyer..sebabnyer dia ingin melihat maminya takut-takut terjadi apa-apa..aq rase bersalah..bersalah sangat-sangat sebab merungut..walaupun aq merungut dengan si die..tetapi aq tetap bergurau dengan arwah semasa di rumah..arwah memang suke bercakap..memang tak terlayan..tetapi disebabkan aq pun kuat bercakap..kami pun serasi..

maafkan nad..ku dapat mengenalimu sekejap sahaja...maafkan nad..sekiranya ku banyak buat salah dengan mami..al-fatihah buat arwah..semoga mami tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..


alhamdulillah..mami sempat tengok anak sulungnyer bertunang..walaupun tidak sempat melihat kami berkahwin..nad pasti die tersangat happy kerna ada juga orang nak menjaga anaknyer itu...nad akan jaga anak mami elok-elok..nad akan jadi isteri yang baik untuk die...moga jodoh kami kekal..
SHARE 13 comments

Add your comment

  1. takziah.. nad. semoga arwah berada di sisi org yg beriman..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nad. salam takziah buat tunang dan keluarganyaa. al-fatihah.. semoga kalian tabah menghadapi dugaan ini nad...

    ReplyDelete
  3. takziah nad. ALLAH lebih sayangkan dia,,, sabarlah,,,

    ReplyDelete
  4. Salam takziah.. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Amin

    ReplyDelete
  5. terima ksih semua...semoga dia aman di sana

    ReplyDelete
  6. Takziah nad, wan pun baru sahaja kehilangan seorang abah pada 23 Mei yang lalu, sedekah kan alfatihah banyak2 nad..

    ReplyDelete
  7. terus tabah..God bless her ..

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah kak nad.. semoga tabah ye.. apapyn tahniah atas pertunangan kak nad.. am happy for ya

    ReplyDelete
  9. takziah kak nad..sedihnya BK baca

    ReplyDelete
  10. takziah.. sebak pula baca entry nad ni..tabahkan hati ye..walaupun ianya bukan 1 perkara yang mudah.. :(

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2