hai assalammualaikum..

nad ada terbaca dekat blog khas untuk wanita iaitu blog bloggirls dot my..blog ni ada membuat entry berkenaan mengenali lelaki panas baran..memang sesuatu peristiwa yang hitam dalam sejarah hidup nad..nad penah lalui dan merasai layanan daripada lelaki panas baran ni..memang tidak disangka die akan berubah macam raksasa..kalau dikenang balik rasa nak campak die dari tingkat 100..hahhaa ,disebabkan hati nad yang cekal ini..nad lalui pelbagai rintangan dengan tabah dan akhirnyer dapat jauh daripada hidupnya...maksud panas baran @ ‘ kepala angin ‘ @ ‘ naik hantu ‘ ialah disebabkan kesukaran menangani perasaan marah menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia. 


Pertama seorang yang kuat cemburu ..lelaki yang panas baran biasanya seorang lelaki yang kuat cemburunya. Ada kalanya perbuatan cemburunya itu nampak mengarut tambah-tambah lagi cemburu pada hal yang remeh temeh..yup memang kuat cemburu sangat-sangat..lelaki pans baran ni akan cemburu bila teman wanita die bersama dengan lelaki walaupun member lelaki itu kawan sekelas sendiri..kalau teman wanitanyer dekat dengan mana-mana lelaki memang habis la dikenakannya...memangla setiap pasangan akan cemburu tapi kalau mereka yang pandai berfikir tau macam nak selesaikannya..

Kedua seorang yang antisosial..kes ni memang teruk sesangat..si lelaki tidak akan membenarkan teman wanitanya menyertai mana-mana program..tak boleh bergaul dengan orang lain selain orang yang die kenal dan boleh dipercayai..kalau boleh si perempuan hanya boleh keluar dengan die sahaja..buat aktiviti semua dengan die sahaja..agak-agakla kan..orang lain ada life die..si perempuan bukan burung yang boleh ko simpan dalam sangkar dan ko lepaskn ikut time die je...

Ketiga akan mengawal 24 jam..ini lagi sengsara wa cakap kat lu..24 jam akan perlu massage dengan die..24 jam kene bagitau ko wat pe..nak berak pun kene cakap..sadis tak..pastu apa ko wat kene cerita dari A-Z..kalau si lelaki panas baran ni tak puas hati, dia akan terus bertanya..dan bertanya..fedup sesangat...dia juga ingin mengetahui dengan sape si perempuan berkawan..kalau ade lelaki memang nahs dikerjakan..sampai si perempuan akan tutup telefon takmau diganggu..ko ingat ko je yang kene dilayan..perempuan pun ada kawan yang nak dilayanla..

Keempat seorang yang tidak membenarkan si perempuan berkawan..kalau boleh lelaki ni nak biar teman wanitanyer hanya untuk die dan bukan untuk orang lain..memang sedih part ni bila ex nad memisahkan nad dengan kawa-kawan nad..betapa jahat dan kejamnyer dia..kawan karib dari form 1 sampai la form 5..terpisah akibat lelaki panas baran ni..disebabkan itu persengkataan telah berlaku...bila difikir balik kenapala aq leh suka die..

Kelima seorang kaki pukul..sememangnya lelaki yang panas baran akan bertindak liar apabila kemarahan sudah menguasai diri walaupun apa yang dilakukan oleh teman wanitanya hanya la perkara kecil..sangat sedih dan tak boleh buat apa..sana sini lebam..dimarah dikhalayak ramai..di tengking, kasih sayang hanya sekejap..sekiranya kemahuan tidak diturti teman wanita akan dimarah dan dipukul dengan teruk..

kisah ni berlaku masa nad form 6, ada tu nad terpaksa bohong demi kebebasan nad sendiri, siapa dia nak control kita macam tu, akhir sem 1 nad nekad nak putus, masa tu si lelaki mengugut..nad tak kisah, hati dah tak boleh terima si dia..3 tahun sengsara..alhamdulillah selepas putus hidupku seperti burung yang terbang bebas..dan alhamdulilah ku te lah ketemu jodoh yang mampu membawa ku kebahagiaan...

pengajaran sebelum nak lebih jauh perhubungan perlu mengenali lelaki itu dengan lebih mendalam..kadang-kadang mereka akan boleh bertukar menjadi sesuatu yang kita tidak ingini..





Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. see? ada hikmah di sebalik setiap kejadian :D

    ReplyDelete
  2. Akak sy pun senasib dgn akk skrg nie .. tp belum putus..tekanan gilee

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm..kalau awak dah tak tahan,nekad macam saya tinggalkan dia. Jangan biarkan diri awak sengsara

      Delete