hai assalammualaikum

Facebook Kena Locked Sementara - Sejak beberapa minggu, nad memang jarang bukan facebook. Tiba-tiba semalam nak buka facebook, yela, nak tengok apa yang terbaru dekat facebook dan nak post something dekat facebook. Dah lama kan tak buka facebook, rasa lain macam bila tak buka.


Jadi malam semalam nak buka facebook, tiba-tiba keluar ayat macam dalam gambar. Dia cakap facebook akaun nad kena temporary locked sebab dikatakan ada attack dari " phishing". Nad memang tak cuak, sebab sebelum ni nad pernah kena macam ni. Beberapa kali jugakla kena. Masa pertama kali kena, memang cuak, tapi ni kali ke berapa ntah dah tak cuak..hahaha. Tapi terkejut juga sebab kali ni buat tak menjadi..adoii..nangis kejap, tak boleh tidur dari semalam.

Selalunya, keluar gambar tu,, nad tekan continue.Lepas tekan continue, macam pertama kali kena, nad kena tukar pasword. Banyak kali juga kena..dah sampai empat kali tukar pasword.

Kali kelima kena, bukan pasword dah..tekan continue, dia suruh buat pilihan sama ada
- pilih kawan daripada kawan yang ditagged yang ditunjuk
- pilih recent comment timeline facebook




























Antara dua ni, nad pilih kawan yang akan ditagged. Senang sikit sebab nad kenal kawan-kawan nad ( contoh gambar di atas. Maaf madi, kuar gambar u. Masukkan dalam blog ni..nak bagi contoh ). Masa buat tu nasib nad kenal semua kawan yang di tag. Selesai semua lima gambar keluar, dia ketatkan lagi security suruh tukar pasword sekali lagi. Tukar, lepas tu alhamdulillah boleh login facebook semula.


Tapi kali ni, jadi lain, lepas tekan continue gambar atas tu, dia keluar ayat cannot vrify identity. Aduh..apa nak buat ni. Dahla nak post job. Jadi pula macam ni.

Siang tu bagitau kawan-kawan blogger apa nak buat, diaorang pun cakap continue. Tapi masalahnya nad dah tekan continue, cuma dia tak boleh cam verify identiti. Diaorang suruh sabar, buat nanti semula. Nad dah tak tentu hala. Ada sorang kawan blogger nak tolong, tapi tempat opis dia kene block fb. Jadi tak dapat buat..hahaha..adoii. Jadi whastup mr mafia, suruh dia tolong.

Kot dia boleh buat dekat komputer dia. Nad dekat kampung, mungkin kat telefon tak dapat buat, dekat komputer baru boleh buat..Masa tu mr mafia tolongla. Kita pun bagila pasword dan email. Sekali mr mafia buat boleh. Dia tekan continue jadi macam pilihan atas sama ada pilih kawan atau recent comment. Jadi nad mintak dia pilih kawan yang akan ditagged. Jadi, dia hantarla gambar yang ditagged tuyang. Nad cam tiga gambar,, lagi dua gambar tak cam..arghh sudahh..risau lagi takut kena blocked terus.

Tapi mr mafia cakap, takpe ada satu lagi pilihan, dia hantar code dekat telefon kita, lepas tu tukar pasword. Nad kata ok. Lepas code hantar dekat telefon nad, terus nad bagitau mr mafia. Setel masuk code mintak masuk pasword baru. Hah!! Buat lagi pasword baru, yang ke berapa ntah.hahaha..memang kena tulis dekat buku pasword ni. Kang lupa naya nad.

Lepas tu nad cuba login semula, alhamdulillah ok. Hilang cuak nad kejap. Terika kasih mr mafia. Nasib ade suami tolong..kalau tak, muram jap kita. Fuh. Dia kata mungkin nad ada tekan link yang sepatutnya atau spam. Dia ada cakap satu apps ni, mungkin apps ni yang nad tekan dan yang spam. Sebab tu jadi gitu. Eee jahat apps ni tau. Jadinya nad mintak dia buang. Syohh..

Pesanan, jangan tekan link yang ntah apa-apa atau link yang permainan facebook.tu macam anda bakal kerja apa, berapa umur anda, eh macam-macamla.. kalau nak selamat facebook. Ni pun nad tengah nak, padam apa yang tak berkaitan dekat facebook. Takutt!!!!..

Nad baca ramai yang kena ni. Ada yang dapat diselamatkan..ada yang macam tak.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

14 comments so far,Add yours

  1. sekarang bahaya en macam2 orang buat entahlaaa tatau apa ja yang selamat sekarang ni..

    ReplyDelete
  2. SAMA! semlm jadi gitu jugak..
    ketaq jugak la, fb kot, syg klau jadi apa2..
    lepas buat mcm atas tu ok dah, cuma verify dia lain sikit..

    ReplyDelete
  3. same here kena 2 wks ago. yeah entah apa link fb clik mcm ni jadi

    ReplyDelete
  4. Susah juga ye bila kena locked

    ReplyDelete
  5. Tq nad. Nice sharing. Kena beringat ni sbb suka sngt yg style von von tu. Kan
    Alhamdulillah dh boleh. Kan

    ReplyDelete
  6. betu..link2 mainan tu memang bahaya sebab dia nak guna identity kita kan. nampak je best. tapi akhirnya..huhu..bahaya.

    ReplyDelete
  7. Pernah j ga sekali guna kena block danbperlu pilih nama rakan facebook yg mereka tunjukan.

    Lepas tu memang kena tukar password.

    ReplyDelete
  8. Halo,
    Ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini untuk memohon dan mendapatkan Pinjaman segera. E-mel Kami: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete
  9. identiti not confirmed terus huhu..kadang2 kalau byk sgt letak link dia anggap kita robot haha..tu identity bagai ni hehe

    ReplyDelete
  10. sy pon kena, Tekan continue loading2 jer. selalu brpe lama ye..?

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum...fb sy pn kene cmni..baru je kene ni...sy dh try masuk phone no,sms pn xdpt..dh try Identify your recent comments pun xboleh jugak...gile btl...dhla fb ni dh lame pakai..skg tgh aktif buat iklan marykay..sapela durjana yg dengki tu...eee..skg xtau nk buat apedah....sedih sgt

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum...fb sy pn kene cmni..baru je kene ni...sy dh try masuk phone no,sms pn xdpt..dh try Identify your recent comments pun xboleh jugak...gile btl...dhla fb ni dh lame pakai..skg tgh aktif buat iklan marykay..sapela durjana yg dengki tu...eee..skg xtau nk buat apedah....sedih sgt

    ReplyDelete
  13. sorry,sy xreti nk komen blog,...sy terletak name link blog awk pulak..,.hehehehehe

    ReplyDelete
  14. sy mohon pertolongan semua...fb sy xboleh bukak dh...

    ReplyDelete