hai assalammualaikum

Mudahnya Email Gambar Dan Video Menggunakan Wetransfer.com - Nak mudah, memang apa-apa email nad akan tengok dekat apps email je yang ada dekat phone. Semua email nad balas dekat phone ni. Tapi masalah nad setiap kali nad sent video dekat email, mesti tak lepas disebabkan besar. Video selalunya untuk job, kadang ada klien mintak tolong email untuk tengok dulu video tu sebelum diapprove.

Bila email je video, pulak tu tak boleh, terpaksala transfer dekat dropbox pastu baru boleh sent video tu dekat email. Takpun transfer ke laptop, masukkan dalam dropbox pulak, baru boleh sent email video tu. Kadang dropbox pula penuh storage. Masalah lagi. Banyak kerja pulak, yela nad ni dengan nak uruskan anak semua. Semua video memang dalam phone, nad edit pun guna phone.Nak kena cari jalan penyelesaian macam mana nak sent video dekat email secara mudah.


Wetransfer.com Apps Hantar Video Dan Gambar 


Nad baru tau satu apps ni,memudahkan kita sent video dekat email secara mudah. Tu pun klien yang bagitau. Kihkihkih. Kalau tak sampai ke sudah tak tau. Apps yang memudahkan kita sent video atau gambar dekat email walau saiz besar,nad guna apps Wetransfer.com

Jadi nad pun nak cuba pakai apps ni. Nad download dekaf playstore. Lepas download biasalah kene register bagai. Tapi sekejap je. Mudah je.



Dah selesai, terus boleh guna. Buka je wetransfer tu, dan pilih gamabr atau video yang korang nak sent email.



Lepas dah pilih, akan keluar korang nak hantar email dekat siapa. Tulis la gamabr   atau video tu untuk apa.

Lepas tu, tekan perkataan transfer tu.


Nanti dia tunjuk macam dalam gambar tu. Kira dia tengah hantar la tu. Sampai la 100%.


Bila dah transfer selesai, dia tunjuk macam gambar dekat atas. Maknanya dah sent email dekat orang yang korang nak hantar tu.

Nanti orang tu akan terima, dan download la video atau gamabr kita bagi. Dia akan sent dekat email kita, so kita akan tau juga. Mudah kan. Cubalah korang.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours