hai assalammualaikum

Lindugi Kulit Dari Sinaran UV Dengan Set Petal Velvet Althea - Sebelum ni nad ada bagitau nad terpilih sebagai New Althea Angels dan dapat gift box daripada Althea. Korang boleh tekan link ( i am new althea angels) untuk baca lebih lanjut.

Harini, nad nak review dua barang yang nad dapat tu selepas beberapa minggu nad pakai. Mestila kena cuba lama dulu baru review kan. Barula nad kongsi dengan pembaca semua, supaya apa yang nad rasa sampai ke hati pembaca,  gituh...Barang yang nad nak kongsi ialah Petal Velvet Sunaway dari Althea dan Petal Velvet Powder. Produk ni adalah produk terbaik untuk lindungi kulit daripada cahaya matahari.


Lindungi Kulit Dari Sinaran UV Dengan Petal Velvet Sunaway

Pendedahan matahari yang berlebihan boleh menyebabkan kulit muka dan tubuh rosak. Cuaca dekat Malaysia, kalau dah panas, fuh habis kering kulit. Bila cuaca panas, kulit mesti akan terkena sunburn, muka kemerahan, tak pun berbelang di muka. Efek negatif palong teruk menyebabkan kanser. Bahaya juga kan. Jadi, untuk lindungi kulit dari sinaran UV,  nad pakai product dari Althea iaitu Petal Velvet Sunaway.

Sebelum-sebelum ni, nad memang jarang pakai sunscreen sebab kebanyakannya buat muka nad jadi bertambah minyak dan melekit. Lepas tu muka jadi berbelang. Bila Althea keluarkan produk terbaru ni, mestilah nad nak cuba. Nad suka dengan produk Althea sebab sesuai dengan muka nad. Sebab tu tak rasa was-was nak cuba Petal Velvet Sunaway ni.


Lepas nad cuba Petal Velvet Sunaway ni beberapa hari,  rasa selesa je. Nad tak rasa melekit atau berminyak. Tekstur dia yang ringan,lembut dan transparent tu,  terus meresap ke dalam kulit. Memang lain daripada yang lain tau. Seriusss...

Sebenarnya untuk sunscreen,  paling bagus kita tengok SPF dia, lagi tinggi SPF,  lagi bagus untuk perlindungan kulit. Althea Petal Velvet Sunaway mempunyai SPF sebanyak 50+ dan PA ++++, jadi kulit anda akan dilindungi sepanjang hari. Sebagai sebahagian daripada jalur Petal Velvet, ia juga mengandungi zarah-zarah serbuk mikro yang memberikan kulit yang licin, seperti kelopak. Ia bukan sahaja melindungi malah buat muka kita jadi lembap. Takde kesan tompikan pada muka selepas guna.

Selalunya sunscreen ni takda bau langsung,  tapi berbeza dengan Petal Velvet Sunaway,  bau wangi,  iaitu bau rose. Tapi bau dia sekejap je,  lama-lama hilang. Kenapa ia bau rose??  Hah kalau nak tau ia dirumuskan dengan asid hyaluronik dan ekstrak Damask meningkat, memastikan kulit anda tetap segar dan terhidrat sepanjang hari.



BAHAN-BAHAN UTAMA
Damask rose ekstrak - Menghidrasi dan menenangkan kerengsaan yang mendalam, menjadikan kulit berasa sihat

Asid hyaluronik - Humectant yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi

Minyak geranium - Memberi kulit rangsangan berseri dan menyembuhkan jerawat


Bagaimana nak menggunakannya??
Mudah sahaja, goncang dahulu, tuang sedikit dan sapukan ke seluruh wajah dan biarkan ia menyerap ke dalam kulit. Wajib pakai ketika hendak keluar rumah. Amat sesuai untuk semua jenis kulit. Petal Velvet Sunaway merupakan sunscreen paling bagus setakat ni yang nad guna.

Harga pun murah je, hanya RM43 untuk 55ml


Althea Petal Velvet Powder

Lepas pakai sunscreen Petal Velvet Sunaway,nad sapu pula muka dengan Petal Velvet Powder. Petal Velvet powder ni ada tiga jenis iaitu # 0 Translucent dan # 23 Warm Beige Colors. Manakala terbaru ialah #pink lavender.



Best sangat pakai Petal Velvet Powder ni, terus buat muka jadi shining tau.  Muka pun tak berminyak,  lagi-lagi bahagian zon T tu. Petal Velvel Powder,  berfungsi untuk mengekalkan pengeluaran sebum di luar tanpa mengeringkan kulit untuk kelihatan segar, sambil memberikan bau lembut. Pastikan solekan kelihatan hebat sepanjang hari.


BAHAN-BAHAN UTAMA
Ekstrak biji Althea - kaya dengan antioksidan, melindungi kulit dari luar negeri dan memastikan ia tetap baik dan terhidrat.

Polyphenols - Memelihara kulit yang dilindungi dari sinaran UV

Saponarin - Pembaikan sel-sel yang rosak dan mengembalikan keanjalan kepada kulit.


Petal Velvet Pink Lavender powder merupakan rangkaian terbaru Althea. Warna menarik dengan bauan lavender yang menyenangkan. Mencerahkan dan melicinkan kulit anda dengan formula khas ini yang mengandungi pigmen merah jambu dan ungu untuk mencerahkan kulit yang kusam. Zarah-zarah halusnya membantu mengekalkan sebum di luar tanpa mengeringkan kulit yang segar


BAHAN-BAHAN UTAMA
Ekstrak Lavender - Kerengsaan merengsakan membantu memperbaiki kulit. Ia juga mempunyai ciri aromaterapi untuk menenangkan deria

Lecithin terhidrogenasi - Keadaan dan melembapkan kulit

Glycerin - Humectant yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi



Setiap kali nak keluar,  akan ganti-ganti pakai powder ni,  kadang pakai dua jenis sekali powder. .Ehhee.


Kedua-dua produk iaitu Petal Velvet Sunaway dan Petal Velvet Powder mudah dibawa ke mana sahaja kerana bentuknya yang ringan dan comel. Boleh dapatkan Petal Velvet Powder dengan mendapatkan 10% apabila beli sekali dengan Petal Velvet Sunaway.

Korang kalau nak boleh dapatkan di website https://my.althea.kr/petal-velvet-set



Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

20 comments so far,Add yours

  1. sejak ada sunscreen althea ni,pakai yang ni je.selesa pada kulit

    ReplyDelete
  2. Cuma nak cakap produk Althea semua lawa2 packaging dia
    Feminin sangat
    Nnti nak cuba gak beli satu dua barang dia hahaha
    Since tengok ramai user cakap feedback best je ni
    Hahaha tergoda i

    ReplyDelete
  3. Sekarang asal nak keluar rumah je wajib pakai PV Sunaway ni. Kemudian finishing pakai petal powder. Memang mudah dan cepat. Kulit pun kekal lembap dan terpenting dpt elak dr sinaran Uv berbahaya.

    ReplyDelete
  4. Althea lagi! hahahah banyaknya produk Althea lately ni., bagus betul ya sebab banyak betul rangkaian produk dia,. yang pasti dijamin kualiti dan dipercayai. tahniah buat Althea!

    ReplyDelete
  5. Produk tgh hangat ni. Dah keluarkan sunscreen pulak! Best produk ni! Suke tengok die punya packaging nampak simple and nice. Kecik pon kecik.Senang nk bawa kemana2.hehehe

    ReplyDelete
  6. Putihnya wajah bila pakai produk Althea ini hehehe macam hantu kak limah wakakak tapi orang perempuan memang suka wajah putih-putih ni hehehe banyak juga produk dari Althea ni yer...

    ReplyDelete
  7. Nampak best betul yer powder keluran althea nie. Dah lah packaging dia comel. Warna dia pon cantik. Pakai dekat muka tambah glowy2 gitue. Laki boleh pakai x utk nampak kulit mcm pinkish2. Larikkkk

    ReplyDelete
  8. So far Velvet powder tu memang the best for me. Yang sunscreen tu kalau tak cair sangat camtu..I ok je. Texture to me very light and good protection.

    ReplyDelete
  9. Nice review babe. I see many ppl review this and it's seem really good. I have yet to try it out. hopefully I can try it next time when my current one run out of stock

    ReplyDelete
  10. produl altea semua best dan murah...ramai yang bagi positif feedback lepas guna dari siri petal ni..paling penting lepas pakai muka cam glowing hehe

    ReplyDelete
  11. Sunscreen is really important and I will not leave home without, can't wait to try Althea's version, confirm best kan? plus their price always affordable.

    ReplyDelete
  12. Kak liez suka bau sunscreen dia.. bau bunga rose. Mmg sekarang pakai tu je tiap oali kluar.. xpakai bedak pun.. yg powder pun sama.. ringan dan lembut pada kulit.. kita mmg sesuai untuk kulit

    ReplyDelete
  13. Comel je packing dia. Memang brst best produk dari Althea sekarang ni kan.
    Beruntung angle Althea. Boleh try banyak produk yang best best.
    Selalunya memang akan serasi dengan kulit kan.

    ReplyDelete
  14. emi pn pkai petal velvet sunaway tu jugak sekarang. bestttt, muka x rasa melekit pn bila pakai.

    ReplyDelete
  15. Rawlins pun suka sunscreen dia - pakai everyday pun takde masalah dan langsung tak melekit. I is in love! Packaging plak memang sesuai untuk dibawa ke mana sahaja

    ReplyDelete
  16. rata-rata baca review pengguna Althea ni cakap best. mest boom sale Althea pasni kan..

    ReplyDelete
  17. Best kan dua produk ni. Nad sekarang pakai sunscreen Althea as daily use. Bagus pun bagus sebab SPF 50, jaminan untuk perlindungan kulit tinggi. Hehe sama-sama lah kita ber petal velvet sunaway ye.

    ReplyDelete
  18. Sunscreen ni memang wajib akak pakai. Ia melambatkan penuaan dan kemunculan garis halus. Pakai lah sunscreen ikut kandungan yang diterangkan. Moga akak terus cantik. Hehehe

    ReplyDelete
  19. Best gileeee. .ringan ja bila pakai kt muka. Xdak rasa mcm sticky mcm sstgh sunblock tu.. Rasa euwww sangat kdg2 tu

    ReplyDelete
  20. Jelousnya kat ramai yg dpt review produk althea Petal Velvet..mesti best dpt manjakan kulit wajah

    ReplyDelete