January 2019
hai assalammualaikum


Review Food Fish Prosperity Burger Mcdonalds Sempena Chinese New Year Bakal Tiba 


Rasai Fish Prosperity Burger Mcdonalds - Haritu mr mafia bawa balik burger Mcdonalds. Tak tau pulak dia nak bawak balik burger prosperity ni. Dia tau, isteri dia mesti nak rasa punya dan kongsi dengan pembaca blog dia, kawan-kawan facebook dan instagarm dia..kihkihkih. Nad pernah rasa beef dan chicken prosperity dan paling sedap semestinya beef prosperity. Ditambah dengan sos blackpepper dia, memang menyengat rasa dia. Prosperity burger ni akan dikeluarkan Mcdonalds bila Chinese New year akan tiba. Menu terbaru prosperity burger yang Mcdonalds keluarkan ialah Burger Fis Prosperity. Eh, macam mana pulak rasa dia tu kan?

Mr mafia beli Beef Prosperity dengan Fish Prosperity burger. Jadi potong dua setiap satu burger, supaya kami berdua boleh rasa dua-dua..hahaa. Sebut je fish, dalam fikiran macam mana la rasa dia, sebab nad sendiri tak suka makan fish fillet tu, tak tau kenapa tak boleh masuk tekak..hahaa. Dahla lembik dan entahla, tak tau nak cakap. Adakah Fish Prosperity Burger ni sama denagn fish fillet tu?


Fish Prosperity burger di goreng rangup dan disalut dengan sos blackpepper. Kemudian ditabur dengan hirisan bawang dan diapit dengan roti bun yang sangat lembut. Ia didatangkan set dengan kentang Twister dan air Mcfizz. Apa yang and tengok, fish prosperity burger ni tak hancur, masih elok je dalam roti tu. Jom la kita rasa macam mana ye.


Sebelum makan, baca bismillah dahulu..hehee. Satu suapan, ermm ok, selepas tu masuk dua dan tiga suapan, sampaila habis..eh habis juga....hhahahaa..Hey, rasa dia sedap juga, tapi bukan sesedap beef tu. Rasa ikan tu masih ada, tapi tak kuat macam fish fillet. Mungkin sebab dia dah  disalut dengan sos blackpepper, tu yang buat arsa dia sedap. Lagi dengan kepedasan sos dan bawang, dan roti yang elmbut, memang gabungan yang terbaik. Bagi nad fish ni rasa baisa-biasa je, tapi masih boleh diterima tekak nad dan masih sedap..ye wak masih sedap tapi bukan sedap sangat..ehhee..Lembut tu biasa, sebab ikan kan..Ikan campur dengan sos blackpepper memang ok sangat!!..

Mungkin tekak kita lain-lain. Korang cubala rasa. Pedas tu semestinya..kita suka sos blackpper dia. Ala kan ada air Mcfizz dia..hilangla pedas tu..ehhee..Boleh dapatkan seegra dekat Mcdonalds berdekatan korang..Promosi tak lama pun, habis Chinese New Year, takda dah nanti.
hai assalammualaikum


Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat ( BSHR ) Fasa Pertama Dah Masuk Dalam Maybank Semalam 28 Januari 2019

Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 Fasa Pertama - Dah dua hari tak cek maybank2u, sekali harini nad cek untuk tengok ada duit masuk ke tidak..huhu..Biasalah surirumah, duit masuk melalui  job partime, bukan masuk sebulan-sebulan, kadang ambil masa berbulan-bulan. Harini nad cek maybank2u, eh namapk duit bertambah. Tengok transaksi, eh duit Bantuan Sara Hidup Rakyat ( BSHR ) untuk fasa pertama masukla. Nad ada baca sebelum ni berkenaan BSHR ni, tapi tu bagitau berkenaan status cek, dan permohonan. Nad tak ambil tau sangat pun sebenarnya, tapi dalam hati berharap dapat. Sebab nad dengan suami kerja sendiri, duit pun bukan bulan-bulan dapat. Memang memerlukan sangat. Alhamdulillah, syukur, dapat juga.

Nad tak cek pun, nad ni lulus ke tidak untuk BSHR kali ni. Bersyukur la sebab terpilih untuk menrima BSHR ni. Membantu sangat sekarang..huhu..Untuk fasa pertama pertama dapat bayaran sebanyak RM300.

Tapi nad dapat tau, baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baru seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Proses kemas kini data perlu dilaksanakan untuk  pembayaran BSH 2019 fasa kedua dan ketiga selaras dengan penambahbaikan Program BSH secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah. Kriteria pembayaran dan kaedah baru akan diumumkan dalam jangka masa yang terdekat. Agaknya macm mana la ye..

Kerajaan telah  meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk menjaminkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup mereka. Bagi membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap golongan B40 dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, pembayaran BSH 2019 fasa pertama telah dilaksanakan pada 28 Januari 2019 (Isnin) mengikut pangkalan data lama dan kaedah lama.

Bayaran BSH 2019 seperti di bawah ini:
Yang isi rumah gaji dan pendapatan RM2 ribu ke bawah : RM1 Ribu
Yang isi rumah gaji dan pendapatan RM2,001 hingga RM3 ribu : RM750
Yang isi rumah bawah RM4 ribu : RM500

Sesiapa yang ada anak anda akan dapat tambahan RM120 untuk setiap seorang (maksimum 4 orang sahaja tetapi tida had jikalau anda ada anak oku)

Kategori yang layak menerima BSHR 2019
- Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:

Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
Warga emas sebatang kara

 Kategori Pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:

Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia); atau
Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan; atau
Bujang yang mempunyai tanggungan

 Bagi pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa pertama BSH 2019, perlu membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan. Tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 adalah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari
Website: https://bsh.hasil.gov.my/
Semakan : https://bsh.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx

hai assalammualaikum

Enjoy Di Kiddomo Universe Kids Playland , Disney Mickey & The Roadster Racer Supercharged 3D Art Buat Anak Teruja

Bergembira Di Kiddomo Universe Kids Playland - Hari minggu, selalunya nad akan bawak anak-anak keluar berseronok tidak kira pergi taman permainan atau tempat-tempat menarik untuk diaorang bergembira. Jadi, plan haritu, nad bawak diaorang pergi ke Kiddomo Universe Kids Playland, indoor playground di The Starling Mall. Kiddomo playland ni di tingkat tiga. Haritu nad pergi dengan anak-anak sahaja, suami tak ikut sebab dia ada kerja. Bila pergi tempat permainan macam ni, nad masih boleh uruskan lagi budak berdua ni, lagipun diaorang memang dah selalu dengan nad, dan jenis " behave"..hehee. Haritu pulak datang, nad ternampak ada Disney Mickey & The Roadster Racer Supercharged, lagi suka la diaorang, sebab budak berdua ni memang suka tengok cerita Mickey Mouse dekat tv channel astro 613. Paling teruja si kakak la, Fariza..hehee..Apa yang menarik dengan Disney Mickey ni, hah, meh baca dan tengok ni..


Ni pertama kali nad datang ke sini, nad tau apa yang menarik ada dekat sini. Adakah sama seperti playland indoor tempat lain? Kiddomo Universe ni bukan tempat mainan saja-saja je tau, tapi ia merupakan tempat untuk anak-anak berimaginasi, yang dapat merangsang semua deria mereka dan menjalankan imaginasi kreatif mereka dengan cara yang baru. Maksudnya dekat sini, ada permainan yang boleh buat mereka untuk rekabentuk, berkreatif dan berimaginasi.


Harga Kiddomo Universe

Harga dari Isnin sehingga Jumaat :
Kiddomo (2 tahun dan keatas) : RM55
Kiddomo VIP : RM45
Guardian ( 18 tahun dan keatas ) : RM 15
Baby dan Seniors ( bawah 2 tahun dan 60 ke atas : PERCUMA
Pakej Keluarga ( 2 dewasa & 2 kanak-kanak ) : RM120

Harga untuk Cuti Sekolah, Sabtu dan Ahad, Cuti Umum :
Kiddomo (2 tahun dan keatas) : RM65
Kiddomo VIP : RM55
Guardian ( 18 tahun dan keatas ) : RM15
Baby dan Seniors ( bawah 2 tahun dan 60 ke atas : PERCUMA
Pakej Keluarga ( 2 dewasa & 2 kanak-kanak ) : RM140


Special untuk VIP

Macam biasa, seperti tempat playland indoor lain, perlu pakai stokin untuk keselamatan. Jadi bawa siap-siap dekat rumah. Kalau tak bawa, dekat sini puna ada jual.


Masuk sini kena pakai wristband dahulu. Lepas tu, kena register nama dengan ambil gambar dan pilih watak apa, sama ada binatang atau orang. Sebab setiap permainan yang ada dekat sini, wristband atau gelang yang dipakai tu akan digunakan untuk scan dan akan muncul muka kita. Kalau wrist band tu hilang, jangan risau, sebab boleh minta semula di kaunter. Selalu kita risau bila gelang hilangkan..hahaa.



Fariza excited tengok muka dia dekat badan harimau..hahaha. Mommy pulak ahli sihir..ofkos mommy taknak ketinggalan..hahaa.

Dalam ni boleh bawak stroller. Mujur boleh bawak, si adik ni kadang malas berjalan. Nad pun tak larat la nak dukung..hehhe




Bebudak ni kalau dah nampak bola-bola ni, mesti tak sabar nak masuk..Mak pun teruja, sebab dekat sini bola dia banyak gila..luas..hahahaha..Masa tu pulak pergi tak ramai orang..Memang best la..Cantik pulak warna dia hijau kuning..


Dekat sini, bukan main bola saja-saja, tapi kena cari telur dinosaur. Lepas tu letak dekat tempat scan, nak tau telur dinasour ape tu. Hah!!, nampak tak anak-anak boleh belajar sekali.

Kiddomo Kolaborasi Dengan Disney Mickey & The Roadster Racer- Supercharged

Ok, sebelum nad explore tempat lain, apa yang menarik dekat sini ialah Disney Mickey & The Roadster Racer Supercharged. Kiddomo telah berkolaborasi dengan Disney Mickey Racer bagi kanak-kanak berkreatif dan memberi keseronokan bila diaorang lihat kereta racer diaorang "hidup"..hah menarik sangat. Ia bermula dari 21 January sehingaa 28 February 2019 ni sahaja.


Korang boleh nampak kan, screen besar di dinding tu dengan adanya banyak kereta geng Mickey Mouse. Ada Mickey, Minnie, Goofy dan macam-macam lagi. Mulanya nad ingat tu hiasan sahaja bagi memeriahkan tempat dia, tapi rupanya itu adalah kereta bergerak yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Kereta mereka dalam bentuk 3D art..fuh..menarik giler. Kereta tu boleh disentuh dan digerakkan.




Sebelum tu, kena la warnakan dulu kereta pilihan anak-anak. Fariza pilih Mickey Mouse. Lepas tu dia warna sendiri, ikut macam mana dia sukala..hehee. Nad biarkan je dia. Teruja dia bila tengok Mickey Mouse ni. Cerita kesukaan dia. Dengan mewarna, ia dapat menyerlahkan bakat mereka mewarna, kreatif mana mereka berwarna.



Lepas warna, kertas tu perlu discan di mesin scan yang disediakan. Scan juga wristband yang korang guna tu. Baru la keluar kereta 3D art tu dekat mesin. Hah!!, nampak kereta Fariza tu..hehee.

Lepas tu terus dia ke screen besar, di dinding tu nak tengok kereta dia keluar. Fariza paham rupanya, kereta dia akan muncul..ehehe..Nad cuma cakap " hah mana kereta fariza, mana? "..hehe..Dia pun tercari-cari kereta dia. Lepas dia kenal kereta dia, terus dia tunjuk " tu kereta Fariza "..seronok dia. Dia sentuh kereta dia, zoomm laju jalan..hehee..


Hasil warna lukisan diaorang juga boleh transform ke Papaercarft 3D. Kena pergi print dekat tempat yang disediakan. Jadi bolehla reka kereta anak-anak tu. Best dan menarik kan. Fokus bila diaorang dapat buat macam ni.

Permainan Lain Yang Ada Di Kiddomo Universe





Taman Permainan Yang comel ni..hehee


Dalam ni ada pelbagai tempat lagi yang menarik tau. Ada Karaoke Kid. Dah lama rupanya nad tak berkaraoke, dapat masuk tempat kanak-akank pun bolehla..hehee..Lepas gian walaupun lagu anak-anak. Anak-anak pun enjoy.




Ada Magic Academy. Pakai tongkat nak lawan raksasa. Macam cerita Harry Potter pulak dahh..hehhee.


Gelongsor tinggi uiii.. Tak naik nampak macam seram je..hahaa..Tapi mestilah best dan selamat.



Bilik Gym Untuk Kanak- kanak pun ada..Alahai depa dua orang ni..Masuk sini, adik dengan kakak main dengan seronok sangat.




Kalau korang perasan, dekat dinding ada macam tv kecik tu semua. Semua tu adalah permainan tau. Nak main kene scan dahulu dengan wristband yang kita pakai. Bukan saja-saja dia tampal..hehee.

Workshop Untuk Anak-Anak






Haritu, Fariza sempat join workshop yang disediakan di Kiddomo ni. Setiap minggu akan ada workshop di sini bagi aktiviti anak-anak bertambah seronok. Haritu aktiviti yang Fariza buat ialah buat craft Welt God Keychain sempenan Chinese New year yang akan tiba tak lama lagi. Cuma lekat-lekat je. Fariza memang suka join-join ni semua. Dia akan fokus apa yang perlu dibuat. Kita suruh je, dia buat sendiri. Dalam masa tengah membuat craft tu, ada la soal jawab.Jadi budak takda bosan sangat. Memang bagus sangat..

Adik pun suka juga join workshop..hehee..

Kemudahan Yang ada di Kiddomo







Banyak kemudahan yang ada dekat Kiddomo ni yang memudahkan ibu bapa. Ada tempat makan, ada tandas, ada  tempat menyusu, kira semua lengkap la. Tak perlu nak terkejar-kejar keluar cari kan.


Jadi, korang rasa macam mana. Ok tak tempat ni. Bagi nad ok je. Tempat dia takdala besar mana, tapi permainan dia semua bagus. Permainan yang menggunakan teknologi canggih, buat anak bermain sambil belajar. Hari minggu, atau cuti sekolah, nak bawak main permainan indoor, boleh cuba datang ke sini..Dekat sini pun boleh buat birthday party tau..

Kiddomo Universe Starling Mall
Lot T-328, Level 3, The Starling, No 6, Jalan SS21/37, Damansara Utama
Petaling Jaya, Malaysia
Operation Hours : 10:00 AM - 10:00 PM
Website : www.kiddomo.com
Facebook : fb.com./mykiddomo
Whatsapp : +6012-7027-969


Meh layan, kegembiraan dua beradik ni berseronok di Kiddomo Universe Kids Playland Starling Mall.



hai assalammualaikum

BuyandShip, Servis Penghantaran Antarabangsa Yang Murah, Cepat dan Selamat

Suka Shopping Barang Luar Negara, Guna Servis BuyandShip, Mudah dan Penghantaran Murah - Nad tau ramai pembaca nad, kawan-kawan nad  teringin nak membeli belah barang luar negara seperti USA, UK, Jepun, Korea, Cina dan Hong Kong. Yela, barang original, berkualiti dan tahan lama, siapa yang taknak kan. Tapi, kadang terfikir takut terjadi masalah seperti barang tak sampai ke tempat kita, dengan shipping cost yang terlalu tinggi. Nad pun kadang terfikir dua benda ni juga, tapi nad dapat tau, ada servis penghantaran ni yang dapat membantu kita untuk shopping barang luar negara dengan kos penghantaran serendah RM15 dan selamat sampai ke tempat rumah kita. Pergh, seronok dengar kan!!. Servis yang nad maksudkan ialah BuyandShip. Yang biasa shopping barang luar negara tu, wajib tau guna servis BuyandShip ni. Takdelah rugi sangat kalau shopping barang luar negara tu..ehhee.


Kalau korang nak tau BuyandShip ni dia seperti gudang tempat simpan barang. Tapi ia lebih bagus la, sebab bukan simpan saja-saja, malah tolong hantarkan barang tu ke tempat kita. Kita relaks je order barang dekat luar negara, semua diuruskan BuyandShip. Tapi masa shopping tu, kenala letak tempat alamat semua details tu dengan betul. Kita mudahkan kerja mereka, mereka mudahkan kerja kita. Nad ada baca banyak feedback positif untuk servis BuyandShip ni.


Sebelum tu, korang kenala daftar dahulu dengan BuyandShip ni. Ala macam  biasa la kalau nak daftar, isi segala apa yang dia nak. Sebab bila dah daftar, korang akan dapat ID ahli dan alamat gudang untuk 7 negara seperti USA, UK, Jepun, Korea, Cina dan Hong Kong. Alamat ni korang akan gunakan semasa korang shopping di website luar negara.

Nad pun cepat-cepat daftar BuyandShip ni, mana tau nanti nak shopping barang luar negara kan. Baik daftar siap-siap. Lepas daftar, nad terima rewards 10 kredit point, 1 point = RM1 jadi, 10 point = RM10.




Nad pun tengok shopping site luar negara, mak aih barang dia memang menggoda. berkenan dengan makeup, kasut semua aihh..Terbekenan dengan satu kasut lelaki ni, kot nak bagi hadiah dekat suami kan. So kita usha dulu. Kalau rasa nak dapat murah, boleh je tunggu untuk Black Friday, Sale, lagi macam-macam la.


Nak guna servis BuyandShip ni pun mudah je, ada je dia tunjuk tutorial, info berkenaan Buyandship ni. Semua ada. Tapi kalau tak paham juga, boleh je chat dengan diaorang. Diaorang akan balas.



Bila dah nampak cantik tu mestilah rasa nak shopping. Bila dah shopping tu, shipping address korang ambil dekat Oversea warehouse addresses dekt akaun korang. Bila seller dah bagi nombor tracking, korang update pulak dekat akaun BuyandShip create shipment korang tu. Ini memudahkan pihak BuyandShip menerima barang korang dekat gudang mereka. Update terus tau, jangan lengah-lengah.

Barang yang korang order, daripada warehouse alamat yang korang bagi, seterusnya akan dihantar ke gudang mereka di Hong Kong, lepastu baru mendarat ke Malaysia..hehe. Barang boleh disimpan selama 30 hari di gudang Hong Kong. Jadi kalau korang nak tambah shopping lagi, tak kisahla negara mana korang shopping boleh je, lepas tu, diaorang akan satukan barang korang tu, dan hantar serentak terus. Memang jimatla kan, semua barang datang sekaligus.

Nad rasa kalau tempat lain, mesti mahal harganya sebab barang tempat lain-lain atau dia tak boleh kumpul satu barang. BuyandShip ni okla kan.

Lepastu, korang updatela, alamat penghantaran dekat mana korang nak BuyandShip tolong hantarkan dan buat pembayaran penghantaran tu.



Harga penghantaran mengikut berat sebenar untuk semua negara bukan berat volumetrik, dan tiada cas tersembunyi. So memang jimat. Carton_Box-01 1kg adalah 2.2046lbs. Penghantaran pun dalam 5-7 hari macam tu. Apa-apa, BuyandShip akan emel korang. Pengguna BuyandShip dapat menyemak status terkini penghantaran dari laman web BuyandShip bila-bila masa, di mana sahaja. Kemas kini status akan dihantar melalui e-mel untuk memberitahu pelanggan dalam masa nyata. Semua berkenaan maklumat peribadi korang selamat dengan mereka daripada didedahkan sebab mereka menggunakan penyulitan keselamatan SSL.

Hah, macam mana, kagum tak dengan servis BuyandShip ni. Dahla mudah, murah , barang pun selamat sampai ke tangan kita. Takda lagi ras aresah dan gelisah kalau nak shopping barang dekat luar negara.


Apa tunggu lagi, daftar BuyandShip sekarang..ni link nad bagi https://www.buyandship.com.my nanti korang akan dapat rewards ok.

Layari
Instagram : @buyandship.my
Facebook : BuyandShipMalaysia