hai assalammualaikum


Playzone Area Untuk Anak-Anak Di Dalam Rumah - Bila kau dah anak-anak, memang dalam rumah ni perlu ada playzone area diaorang untuk bermain atau diaorang akan sepahkan satu rumah ni..Macam nad, mula-mula ada anak sorang memang takda lagi playzone area untuk budak-budak, lepas dah masuk dalam group dekorasi, tengok diaorang sediakan ruang untuk bermain anak, nad pun rasa, nak buat macam tu juga. Senang..lagi best kalau ada satu bilik khas untuk diaornag punya barang dan main, tapi rumah nad ni memang takda blilik dah, semua bilik berada di atas. Bawah, ruang tamu, stor bawah tangga, dry kitchen dan wet kicthen serta tandas..tu je..

Jadi, nak buat ruang bermain untuk anak, memang nad buat banyak tempat. Kejap dekat situ, kejap dekat sini.. Dari Fariza kecik, tempat bermain dekat depan meja makan. Sebab masa tu dia seorang je, bolehla dia main situ sekejap. Kalau sebelum ni mainan bertaburan dalam box, nad beli storage untuk mainan anak-anak, biar dia senang ambil dan susun ikut mana. Ada nad buat entry dekat SINI.


Lepas tu, tukar pulak tempat, sebab dah tambah beli meja tulis semua. Sudahnya tempat mainan dia ditukar ke meja dia untuk belajar. Adik dia pun join sekali..

Untuk mainan nad ubah ke sebelah sofa. Rumah ni besar dan panjang. Jadi, boleh susun macam ni jela.

Kalau sebelum tu, guna khemah je, mainan dalam box lain pulak..hahaa..Tapi sekarang, nad pakai ikea punya. Alamk lupa pulak nama dia apa. Benda ni beli berbeza, laci lain, satu lagi lain. Dia bukan satu set. Bila beli ni, dapatla simpan mainan dia yang banyak tu. Tapi susun elok-elok juga dalam tu.


Mula-mula susun menegak, kononnya nak pisahkan sofa dengan ruang mainan mereka. Tapi bila orang datang macam sempit pulak, sudahnya letak rapat dengan dinding macam gambar atas sekali.

Ni dah berapa kali tukar dah..hehee..Tengok nanti tahun depan macam mana pulak..hahaa..sebab memang nak bagi pisah antara ruang mainan anak-anak dengan ruang tamu tu.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. nt ade umh sndiri mmg kene buat 1 ruang utk ank2 main..
    skrg ni pon dh bersepah abs 1 umh,.. haha

    ReplyDelete
  2. bestnya...nieyl teringin juga nak buat ruang utk anak²..
    tapi belum ade rezeki lagi nak ade anak...InsyaƁllah doakan yaa...:)

    ReplyDelete