hai assalammualaikum


Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands - Bersambung cerita percutian ke Cameron Highlands yang dah berkurun ni..hahaa..Mood nak bercuti tu ada tapi takda bajet lagi, sudahnya kita cerita jela percutain bajet yang lama ni. Biar lama, asalkan tertulis dalam blog dan dijadikan kenangan..huhu. Sebenarnya masa bercuti kdi Cameron ni, tak tau pulak berkenaan Taman Agroteknologi Mardi ni. Macam ramai orang kurnag cerita pasal tempat ni. Nad tau pun, sebeb kawan yang suruh pergi. Jadi apa lgi, kita terjah la.

Tempat takde jauh dari penginapan kitaorang. Cuma tempat ni bahagian dalam sekali berdekatan dengan sekolah. Masa datang tu hujan dah renyai-renyai dah. Ingat nak patah balik, tak jadi masuk, tapi, kitaorang terjah juga, tunggu kejap, tak lama tu hujan berhenti. Alhamdulillah..dapatla tengok apa yang ada dekat sini.

Harga Tiket Masuk Terkini Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands





Tengok pada harga tiket, murah dan berpatutan. Berbaloi la bawak keluarga datang ke sini.

Boleh tahan juga tempat dia, besar, kena tengok peta, tau la setiap lokasi tu ada apa. Setiap tempat lain-lain seksyen. Tengok memang sesuai ambil gambar ni..hahaah...





Lalu dulu bahagian bunga-bunga yang cantik ni.. Warna warni tengoknyaa..Masa kitaornag pergi hujan masih renyai-renyai, jadi masuk dulu bahagian berbumbung. Habiskan sampai hujan berhenti.





Ada juga tanaman-tanaman hijau yang kita pernah tengok dan jarang tengok.




Dekat sini pun ada Ladang Strawberi. Tapi masa datang dia macam tutup je. So bergambar jela dekat strawberry besar ni.



Dekat sini, memang kena jalan jela. Memang penat tapi sebab nak tengok semua, gigih juga..Tengok ada teko besar pulak..Sebenarnya ni taman permainan kanak-kanak, siap gelongsor semua. Tapi waktu tu hujan, memang tak dpaat main la. Tempat basah.












Bahagian ni Fariza la paling suka. Taman Arnab dan Taman Rama-Rama. Taman Arnab kalau nak masuk kena bayar RM2, jaga kebersihan ya, kena basuh tangan. Boleh bagi makan dekat arnab tu sendiri dan pegang.

Budak ni memang nampak haiwan comel, dia pegang punya. Bagi makan pun selamba..Mommy yang geli sebab gigi arnab tu masa bagi makan..hahaa..Habis semua arnab berkerumun sebab lapar.





Taman Rama-Rama percuma. Tapi masuk sini macam takda je rama-rama sangat..hahaa..


Ada rumah cantik, rumah berkonsepkan English..


Ada juga Kilang Teh. Tapi tak sempat la nak tengok apa dalamnya..macam tak cukup masa kang nanti.


Dekat sini ada kemudahan surau.



Hah!!, kalau lapar, jangan risau, ada pelbagai gerai yang ada dekat sini menjual makanan. Pilih je..hehee..Ada juga food truck dekat sini. Jadi korang takkan rasa lapar pun.


Masa nad pergi, ada juga jualan barang-barang makanan dekat sini. Nad ada beli serunding strawberry daging dan ayam. Sedap..rasa pedas dengan beli air strawberry.

Kalau nak pergi sini, memang disarankan pergi waku pagi. Waktu redup , petang memang ramai orang. Pulak tu, masuk sini, ambil masa 1 - 2 jam kalau nak jejalah seluruh tempat ni. Nad tak smepat nak naik atas bukit. Sebab dukung anak..Tak larat..huhu..

Lagipun tempat ni tutup awal, dalam pukul 5 petang. Sebab tu pergi pagi, buka pukul 8 pagi.

Sesuai la tempat ni pergi bersama keluarga, terutama untuk anak-anak. Boleh tengok pelbagai jenis bunga, kenali tumbuhan dan macam-macam lagi. Best..lokasi wajib bila bercuti ke Cameron Highlands.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

26 comments so far,Add yours

  1. farah pun suka p sini kalau naik cameron harga tiket murah

    ReplyDelete
  2. HELLO


    Sama ada anda seorang usahawan atau pekerja kerajaan, dan anda mahu menjadi bebas dari segi kewangan dan mengembangkan perniagaan anda, inilah peluang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan jangka pendek, proses kami sangat mudah dan mudah. Anda tidak perlu terus bertanggungjawab secara kewangan kepada semua orang, hari ini anda boleh memutuskan bahawa anda mempunyai kebebasan kewangan dan kehidupan yang lebih baik untuk anda dan keluarga anda, kami sangat bersedia memberi anda pinjaman apa pun yang anda perlukan, Kami akan memberikan anda. Jangan merasa seperti menonton orang lain yang berjaya secara kewangan jika anda mahu pinjaman anda ditambah ke ekuiti anda atau memulakan perniagaan anda sendiri, ini adalah peluang anda untuk menghubungi kami hari ini.



    Syarikat: CREDIT FINANCIAL GROUP
    E-mel: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
    Whatsapp: +447480724786
    BBM INVITES: {DDA46523}

    ReplyDelete
  3. Dah pernah 2x masuk sini. Berbaloi dgn harga dia.

    ReplyDelete
  4. Kalau pergi cameron harus singgah dekat sini.. Beli sayur-sayuran.. Makan ice cream nnt bln 11 nak pergi lagi

    ReplyDelete
  5. Merasa gak pergi sekali je.. Tp time tu musim tgh kering sikit.. Lama sgt tak pi.. Teringin nak kunjungi lagi

    ReplyDelete
  6. Best kan pergi short holiday in Cameron Highlands especially hot weather like now.

    ReplyDelete
  7. Menariknya Nad.. lama tak pergi Cameton dah. Nanti nak kena repeat lah kalau macam nie.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. geramnya tgk pegang arnab gituuu!

    ReplyDelete
  9. Pergi CH takde pun singgaj sini. Lepas ni boleh singgah sini bawa anak anak.

    ReplyDelete
  10. Walau byk kali ke Cameron, mcm tak pernah habis je bjln

    ReplyDelete
  11. Dah lama tak ke cameron. Last pergi lepas kawen. Dah nak masuk 6tahun dah. Nanti nak ajak la ddy dorang ke sana.

    ReplyDelete
  12. lama tak pergi bercuti.. boleh la bawa hadif pergi Cameron nanti.. menarik tempatnya!!

    ReplyDelete
  13. bestkan, saya penah sampai syiok nyaman layan view indah2..

    ReplyDelete
  14. Port wajib akak kalau ke CH. Memang syok tengok sayur, buah dan tanaman lain yang segar-bugar. Teringin plak nak tanam then subur macam tu. Kalau kesini memang wajib beli poko...hahaha

    ReplyDelete
  15. Menarik ni, Nad.
    Aida & family sgt suka singgah CH.Tempat ni aida x sempat gi lagi. Next time in shaa Allah.
    Sejuk. Stroberi. Jagung. Keledek. Teh tarik sedap.

    ReplyDelete
  16. dah lama x pergi Camaron Highland...bolelah dapat info dari aini...thanks nadia

    ReplyDelete
  17. pernah ke sini masa pertama kali bercuti dengan keluarga. memang best dan banyak yang menarik. tapi masa tu tak tahu pulak harga ticket masuk berapa sebab masih kecil, haha. nampaknya macam nak kena pgi lagi ni. :) terima kasih share ya

    ReplyDelete
  18. Nad, Ruby belum pernah sampai ke sini. Tapi suami ada plan nak bercuti CH. InshaAllah boleh lah singgah sini next time.

    Nampak seronok Fariza pegang dan bagi makan arnab tu.

    Thanx Nad share

    ReplyDelete
  19. Menarik juga tempat ninya. Ayu suka bawa anak-anak ke tempat macam ni. Lebih tenang dan nyaman. Kena repeat balik datang CH ni

    ReplyDelete
  20. okay next trip ke cameron nak singgah sini. selalu pergi cameron mesti ada je benda baharu. yg nie x explore lagi. nampak best dan cantik utk bergambar

    ReplyDelete
  21. Syu pergi dulu naik buggy. Tak larat nak jalan kaki hahaha. Masa tu baby tido. So bayar RM10, staf mardi tu bawak round seluruh kawasan hampir 40 minit jugak. Nyaman je

    ReplyDelete
  22. Tempat Baru kat cameron ke? Mouse mommy tak pernah singgah lagi, nampak best, ada pet zoo, tumbuh-tumbuhan yang jarang jumpa. Bila sy pergi nnt, mesti nak lawat ni!

    ReplyDelete
  23. Bestnya Nad.. dah lama tak pi Cameron Highland ni.. Allah.. dulu selalu naik Cameron ni dengan kawan sorang tu.. dia memang suka drive jauh2 sampai ke cameron.. kita ikut je.. pastu dah puas amik angin kat ladang teh.. baru turun bawah balik.. hahaha... kelakar kan.. waktu yang betul2 TB berjalan sakan di Cameron ialah dengan hubby.. 2 pi dengan hubby.. naik superbike.. best sebab leh masuk kawasan dalam2 tu..

    ReplyDelete
  24. Saya day lebih 20 tahun x give Cameron. Not sure with what’s new there.

    ReplyDelete
  25. setiap kali singgah Cameron Highlands mesti singgah sini gak dik.. lepas kan anak-anak main dalam tu, explore persekitaran yang tak de kat KL, amik udara segar.. hee~ btw !! bila nak pegi lagi ?

    ReplyDelete
  26. Lama tak pegi cameron. Rinduuuu. Thanks for sharing. Kena bookmark ssiap post ni. Hehe

    ReplyDelete