Majlis ni adalah untuk menerangkan apa pembelajaran, rutin harian di Tabika. Juga apa aktiviti yang dijalankan sepanjang 2020 ni di sekolah tabika anak masing-masing.

hai assalammualaikum

Hari Penerangan Konsep Tabika Bagi Tahun 2020 - Hari Isnin haritu, semua ibu bapa yang anaknya sekolah tabika, area Pandan Mewah, Pandan Jaya dan Pandan Indah hadir ke Hari Penerangan Konsep Tabika Bagi Tahun 2020. Majlis ni adalah untuk menerangkan apa pembelajaran, rutin harian di Tabika. Juga apa aktiviti yang dijalankan sepanjang 2020 ni di sekolah tabika anak masing-masing. Pertama kali nad datang majlis ibu bapa ni..hahaa..Rasa macam janggal pun ada. Like serius, nad datang majlis ibu bapa, serius ke nad dah jadi ibu..hahaha.


Majlis ni macam PIBG la gitu. Kiranya ni permulaan menunjukkan komitmen ibu bapa datang ke majlis seperti ini. Nad kalau bab anak memang bagi komitmen ye..kihkih. Nak jadi ibu yang terbaik..agitchuu..Masa mr mafia cakap " sayang pergi la sendiri, abang hantar je "..terus nad cakap ' ni anak siapa? dari benih siapa? Anak punya takkan malas kot ?'..hahaaha.,Lagipun mr mafia tak ada kerja pun. Nad kalau boleh kalau bab persekolahan anak, nad nak ada suami turut serta sekali. Biar dia tau apa yang disampaikan cikgu tu. Haihh..kata nak jadi bapa, hah macm ni la kerja bapa. Lainla ada komitmen lain tak dapat hadir..kannnn..

Sekolah Tabika yang terlibat hanya tiga sekolah je iaitu Tabika Pandan Mewah, Tabika Pandan Jaya dan Tabika Pandan Indah.

Cikgu setiap tabika masa tu ada. Anak-anak memang sekolah,pembantu tabika yang tolong jaga. Masa ni la diaorang terangkan apa itu Tabika, visi dan misi serta objektif Tabika ni. Baru nad tau Tabika ni ialah Taman Bimbingan Kanak-Kanak. Berbeza dengan Tadika, ia adalah Taman Didikan Anak-Anak. Leas jadi ibu baru tau maknan Tabika ni, sebelum ni langsung tak ambil tau..kah..


Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah.

Adalah cikgu cerita bab anak belajar, memegang pensel dan kelakuan, sepatutnya ibu bapa yang ajar dahulu. Sampai sekolah cikgu cuma bantu lagi supaya terus pandai. Cikgu cerita, ada anak murid langsung tak reti menulis, ada tu pegang pensel salah. Cikgu la kena ajar semula, lembutkan jari bagi elok pegang pensel tu semua. Bagi nad, apa cikgu cakap memnag betul, ibu bapa la sepatutnya ambil langkah untuk membantu anak-anak ni. Jangan harapkan cikgu sangat. Masa dia dah masuk sekolah, balik rumah, bagi beljar sama-sama.

Berkenaan yuran pun cikgu dah terangkan. Lepas tu, cikgu bagitau tentang masa, pembelajaran di sekolah Tabika. Macam Tabika Fariza bermula dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengahari. Buat masani, nanti akan ada kelas agama macam tu, waktu sehingga 1 petang. Nad memang akan masukkan dia kelas agama tu. Kelas tu katanya bulan 2 baru bermula,

Kemudian, aktiviti bersama ibu bapa bersama cikgu dan anak-anak di sekolah. Hah!!, part ni macam nad pulak tak sabar..hahaa. Biasalah, macam lama tak masuk sekolah kan. Masuk Tabika pun dah teruja..Aktiviti seperti mencantikkan sekolah, atau aktiviti lain lagi. Cikgu cakap, aktiviti melibtakan ibu bapa la penting, buat anak gembira.




Kemudian, satu-satu sekolah tunjukkan aktiviti yang mereka buat tahun lepas. Mungkin tahun ni sama la juga. Aktiviti seperti sambut hari lahir, perarakan merdeka, sukaneka, rombongan sambil belajar dan banyak lagi. Part ni pun nad suka. Tak sabar nak tengok Fariza buat semua aktiviti tu. Part hari lahir tu, rasa nak buat je juga. Selama ni tengok kawan-kawan buat hari lahir anak dekat sekolah. ANd pun rasa nak buat bagi dia seronok dapat raikan bersama kawan. Cikgu dah pesan awal, hari lahir jangan bagi goodies jajan..hehee..

Itu jela antara yang dibincangkan. Ada lagi lain, takkan nak cerita semua kan..hehee..Sekarang, nampaknya mommy pun kene aktif ye..hahaa..






Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. waalaikumussalam. alhamdulillah. bagus ada aktiviti macam ni. selain eratkan hubungan guru dan waris kan :)

    ReplyDelete
  2. Bagusnya penerangan ini. Saya ingin memahami tabika dengan lebih banyak dan sis telah memberi saya penjelasan yang baik. Saya suka cat dinding tabika yang berwarna-warni. :D

    ReplyDelete