Masa PKP fasa 2, banyak masa, time ni juga, datang macam-macam idea nak buat dekat rumah. Salah satunya ialah dekorasi bilik.

hai assalammualaikum

Dekorasi Bilik Tidur Nampak Lebih Romantik - Pejam celik, pejam celik, sebulan juga kita dah kuanrantin dalam rumah ye. Tahniah buat aku dan anda semua yang memebri kerjasama ( clap hand )..hehee..Sepanjang PKP ni, bila tak dapat pergi event, ada la lebih masa dekat rumah. Masa PKP fasa 2, job pun belum masuk sangat, jadi masa tu ada la sikit. Time ni juga, datang macam-macam idea nak buat dekat rumah. Salah satunya ialah dekorasi bilik.


Memang sebelum-sebelum ni, ada je tengok pinterest la, google la macam mana nak dekorasi bilik ni, dah ada idea, tapi masa tu macam tak ada masa. Jadi, bila dah kena PKP ni, hah, boleh la buat. Duduk dalam rumah pun, asyik masak je boring juga, jadi cantikkan rumah mana yang boleh. Dah dapat idea, maka bermulalah kita mendekorasi bilik ni..hehee..

Bilik ni memnag dah banyak kali nad kemas. Biasalah kadang kita tak puas hati, kemas sampai puas. sekarang rasa puas sikit. Bilik ni masuk memang dah ada almari dan katil ni. So pakai jela. Bilik pun tak besar, kena pandai-pandai kemas untuk sumbat barang yang nad ada.

Dinding bilik ni memang kosong takda apa. Selalu nad tengok dekat pinterest atau google, kebanyakan letak frame dekat dinding katil ni. Tapi, nad tak dapat letak frame, sebab tiada siapa nak mendrillnya. Alatan drill tu takde. Ketuk dengan hammer kang rosak dinding, dah tak lawa. Jadi, kita letak je lampu Fairy Curtain Lights ni.


Beli Fairy Curtain Lights ni dekat shopee sebelum PKP lagi..Dah lama dah beli. Tak pasang-pasang sebab takda masa nak pasang. Pastu takde orang yang tolong. Hah, waktu sekarang mr mafia pun tak sibuk, paa lagi suruh dia pasang la. Yela nak pasang biar tinggi sikit, lawa, nad ni dahla pendek, jengket pun tak sampai juga. Jadi, suruh la suami pasang..hahaha. Buat tengah malam..hahaha..Dari dia takda buat apa, baik tolong isterinya ni hah..kihkih.


Ok ni nad screenshot, kedai mana nad beli dan harga dia tu. Kot korang berkenan juga kan..ehehe. Lampu ni nad usha dia guna bateri atau boleh USB..hah tu sembab nad beli, takda guna elektrik. Jimat.Lagipun pasang bukan selalu..hehe.


Selesai bahagian katil, dah cantik dengan lampu lip lap lip lap tu..ehehe..Nampak romantik gitu.

Bukan tu je, bahagian rak tempat letak macam-macam barang ni pun nad deko..hehee..

Rak ni nad beli dekat ikea. Nama rak ni MULIG Shelving unit. Dah beli lama. Klik nama tu, ada nad buat entry. Siap belikan untuk mak sebab dia banyak tingkat dan boleh letak banyak barang. Bila dah letak banyak barang nampak serabut pulak. Jadi, nak tutupla bagi taknak nampak barang-barang tu semua.

Geledah punya geledah, teringat kain putih yang nad guan masa kawin dulu. Kain ni untuk lapik meja photobooth. Memang barang yang berguna, nad akan simpan ye, sebab tau akan ada kegunaannya nanti..ahhaa. Mujur tak buang ke apa. Dah bolehguna untuk sekarang.


Apa lagi, nad pun jahit lepastu ambil tali dan ikat dekat rak Mulig ni.Tadaaa..siap la dia macam ni..hehee..Dah tutup elok, boleh jadi port untuk bergambar ok ..heheee

Oh nad ada juga Mini Copper wire string Fairy Light Led, jenis kecil punya. Ala ni semua orang selalu beli nak cantikkan bilik.


Yang ni nad pasang dekat bahagian pintu, sambung ke rack dan terus ke tempat sangkut beg. Hah!!, baru cantik..hehee..

Nad lekat dengan pelekat kuat dinding. Kalau selotape biasa, memang jatuh jela.


Nak nampak bilik ni macam lagi cun, nad letakla dedaun hijau dan bunga berjurai. Bunga dan dedaun jurai ni pun barang masa kawin hias bilik..hahaaha. Simpan bawk KL kau. Nah sekarang ni gunanya..hehee..



Cuma ni, nak tukar langsir dan tambah rak sikit. Banyak dah nak cerita pasal nad dekorasi. Korang boleh tengok dekat link SUSUN ATUR. Semua ada nad cerita situ.

Ni dah terfikir nak dekorasi dapur pulak. Tapi tu la, paip sinki rosak, nak kene betulkan dulu, baru boleh cantikkan. Barang dekat shopee dah masuk troli tu...haha. Nak tekan check out tak tekan lagi, sebab masalah paip sinki tu la.

Ni sampai terfikir nak cantikkan tempat area makan sekali..hahaa..Nampak tak tiba-tiba datang banyak idea nak cantikkan rumah. Kalau boleh nak mengecat semua rumah..huhu..tapi kita ni kudrat perempuan, tak semua boleh buat. Nak suruh laki kita, entah bila la. Rumah ni pun dah 5 tahun dinding tak pernah cat. Eh rasa lebih dari tu..kahkah..

Kalaula kita ni ada kuasa, petik jari je terus cntik..kan bagus..hahaa.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

31 comments so far,Add yours

  1. Hamboiii kemian lomantiknyaaa bilik diaaa...Sis ada gak dah beli lampu tu, belum gantung, konon nak guna masa raya nanti, nak pasang tepi kat kebun kecil tu, ni macam raya uma je, so esok lusa suruh je laa anak pasang terus, tak payah tunggu raya hahahaha

    ReplyDelete
  2. Cantiknya deco-deco ruang bilik sis Nad . Tak perlu banyak barang unfuk nampak cantik kan . Kreatif . Bilik pun nampak mood romantik gitu

    ReplyDelete
  3. bestnye dpt deco bilik sendiri... kretif.. cantik..

    ReplyDelete
  4. Sally banyak kemas brg kat rumah, sbb yg brg masa pindah dulu baru habis kemas. Buang yg mana x perlu... Ehehehe... Cantik dah bilik Nad

    ReplyDelete
  5. Cantik deco nad.. Suka putih2 hijau.. Zaza pun nanti nak deco tapi blm mula lagi.. Nak beli cat dulu

    ReplyDelete
  6. Cantik bilik nad skrg. Berlip lap lagi. I like.

    ReplyDelete
  7. wawa beli lampu cmni 2 thun lps hajat nk hias bilik tak terhias smpi skrg haha.. Kreatif laa nad..

    ReplyDelete
  8. Cantik lampu tu, bila buka memang nampak romantiknye...

    ReplyDelete
  9. rajinnya dekorasi. saya memang tak berbakat lansung nak decorate rumah selakunya ubah susun atur je

    ReplyDelete
  10. cantiknya.. dah macam pinterest pun ada. senang la lepas ni buat video youtube dah ada background cantik, eh lampu lip lap ni boleh guna tuk raya nanti

    ReplyDelete
  11. Biasalah ada masa je memang nak tukar- tukar pandangan dalam bilik tidur. Mommy mommy jugak. Kejap alih sana, kejap alih sini. Nak tambah perabot terhad. Sebab bilik kecil

    ReplyDelete
  12. Fairy light ni cantik sangat. Harganya pun suka sebab berbaloi. Bila letak nampak ala ala fairytale pulak.

    ReplyDelete
  13. lama dah tak mendeko. hari tu plan nak ke DIY sebab katanya dah buka.. tapi sampai skang takde idea lagi nak buat apa. nak beli apa pun tak tahu. konsep fairy light ni pun nice

    ReplyDelete
  14. waaa. rajinnya mendeko kan rumah. ni mesti idea penuh di minda kan. haha. ala rindu pula bilik zaman-zaman remaja. macam ala-ala orang putih gitu :)

    ReplyDelete
  15. Inilah jikmahnya PKP dapat dekor rumah kan? Cantik lengkap lampu lip lap lagi.. eloklah tu persediaan utk 7 likur nanti.

    ReplyDelete
  16. Wahh! Pandai mendekor rumah ya? Mesti cantik. Tambah kreatif pulak. Siap cik abang tolong pasang lagi. Apa pun terima kasih atas info semua barang tu ya.

    ReplyDelete
  17. Kat bilik kita pon dah pasang lampu kelip2 tu..rindu lak bilik kat pj tu..ni kat kg dok mengemas rumah mak je la..nak buang barang mana2 yg xnak dah ni..haha

    ReplyDelete
  18. This looks beautiful! I think I can also start decorating my room! Need a little makeover!

    ReplyDelete
  19. nampak cantik & menarik. macam saya di rumah susah nak decorate sbb banyak barang2 saya, adik2 beradik dalam bilik. hehe

    ReplyDelete
  20. Amboi bukan main bilik dia lip-lap2. Sesuaila dan masuk Ramadhan ni. Apapun byk hikmah juga dpt buat sekarang kan.

    ReplyDelete
  21. Cantik dekorasi mcmni tapi za tkleh buat la kat bilik tidur nnt habis ditarik anak za yg kecik tu .hahha

    ReplyDelete
  22. wah cantik la deko cam ni. lip lap lip lap nanti blh gantung di luar juga kan nak raya ni

    ReplyDelete
  23. wow! idea romantik pkp ni lain mcm la, Nad :) ha ha ha...
    lip lap lip lap gitew!
    cantik la lampu liplap Nad pilih. both aida berkenan. tetiba terus nak gi survey harga.
    maklumla kan. aida kan baru nak masuk kali ke2 beraya kat rumah ni.
    aida terasa nak letak lampu Nad yg kedua tu, copper tu kat ruang makan la. keliling cermin besar ikea.
    wow! idea sudah dtg...

    ReplyDelete
  24. Kreatif deco bilik tidur kak mmg tak kreatif pun nk deco2 ni, nak membeli brg2 dia lglah xrajin tp bila tgk nad deco bilik tifur nak traylah

    ReplyDelete
  25. Time pkp ni terus jadi.kreatif nak buat macam3 kan hehe

    ReplyDelete
  26. Time PKP ni la nak decorate bilik bagi lagi cantik.. saya pun sama.. takde la decorate sangat sebab tak pi shopping apa-apa. Tapi ubah2 kedudukan perabot je la, saja tukar angin.

    ReplyDelete
  27. Cantik..tapi sis tak deko bilik..bilik sis simple je sb kecik

    ReplyDelete
  28. Wow betul lar lebih romantic macam berada dalam alam maya. :D

    ReplyDelete
  29. Wah pandai nyer hias rumah, i pun tengah fikir apa nak ubah suai rumah or rearrange the furniture.

    ReplyDelete