Articles by "Susun Atur"
Showing posts with label Susun Atur. Show all posts
 hai assalammualaikum

Spray Gold, Mencantikkan Barang Yang Lama Jadi Baru - Kalau dulu, nad nampak barang tu buruk, dah tak lawa, macam tak boleh guna, walaupun masih sempurna, mesti terus buang, sebab takda tempat nak letak. Takkan nak semakkan rumah kan. Kita ni kalau boleh nak kurangkan barang. Lepas tu, nampak dekat twitter ni, dia beli spray, dan spray mana-mana yang dia rasa nak spray. teru sbarang tu jadi cantik. Spray yang dia guna pulak warna gold. Memang lawa la kan.



Terus nad pergi ke shopee, cari spray tu. Korang boleh klik https://shp.ee/idimiwt . Dekat sini bukan warna gold je, ada macam-macam jenis warna ada. Pilih la mana yang korang berkenan, dan barang yang korang nak spray tu sesuai dengan warna tu. Macam nad sebab terpengaruh dengan orang tu, beli juga warna gold tu. Size botol 225ml. 

Sampai je terus nad spray lampu lama ni. Lampu ni memang dah tak pakai, memang terbiar je. Lepas tu nad basuh, bagi buang habuk. Dari buang baik nad buat perhiasan. Tapi tengok berkarat, macam tak lawa pula walaupun letak di satu sudut. Tu yang beli spray sebab nak spray lampu ni..hehehe.



Terus nad spray gold dekat lampu tu. Nah terus jadi cantik dengan warna gold. Nampak shining dan alwa kan. Barang lama terus jadi baru. Baru la cantik nak letak dekat satu sudut. Jadikan perhiasan dekat sebelah meja makan. Nampak lampu tu seperti disadur emas ye..hehehe

Ciri-ciri:
• Cat semburan berkualiti tinggi yang diformulasikan khas untuk mencapai kehebatan yang kelihatan seperti emas asli.
• Pengeringan cepat dan senang digunakan.
• Memberi kemasan seperti emas yang cemerlang.
• Sangat baik untuk digunakan pada kereta, bingkai gambar, dan di sekitar rumah.
• Saiz: 225g / 225ml

Arahan untuk digunakan:
1. Permukaan hendaklah bersih dari minyak, lilin, kelembapan, dll.
2. Goncangkan dengan baik sebelum menggunakan.
3. Semburkan pada jarak 30cm.
4. Biarkan 2-3 minit untuk lapisan kedua.

, Spray ni bukan untuk barang lama sahaja, malah barang tak rosak tapi nampak kotor ke apa, bolehla spray. Atau saje nak spray biar nampak lagi cun..hehee. Ok, boleh klik link di atas kalau nak beli
 hai assalammualaikum
 
Susunatur: Kemas Barang Makeup Simpan Dalam Storage Makeup Elak Berhabuk -  Sebelum ni konon tak membazir beli storage makeup tertutup, sebab rasa tak perlu dan membazir. Tapi lama-lama, tengok barang makeup cepat betul berhabuk, dengan tak laratnya nak bersihkan setiap minggu, jadi fikir panjang, baik beli storage makeup yang ada tutup untuk elak habuk. Makeup kita bukan sikit, banyak gila. Lepas tu ingat nak jimat pakai barang yang sedia ada je, tapi lama-lama macam bersepah pulak.

Rezeki dapat pulak voucher dekat PG Mall. PG Mall ni website shopping online. Nad suka shopping sini sebab banyak tawaran. Setiap minggu ada je tawaran diaorang buat. Korang boleh tengok berkenaan PG Mall dekat entri berkaitan yang nad buat ni.

Voucher yang nad dapat, nad beli storage makeup. Storage makeup jenis ada tutup. Pernah nad cerita berkenaan bekas simpanan barang makeup sebelum ni, lepas tu nad ada beli storage makeup yang boleh letak gincu dan bawah ada laci, tapi tu jenis open dan kecil. Biasalah, terpengaruh tengok beauty semua bekas simpanan barang makeup diaorang lawa. 



Bila tengok balik tempat barang makeup nad yang bersepah tu, terus nad beli storage makeup tertutup. Meh tengok storage makeup apa nad beli. Nad ada sediakan video tengok sebelum dan selepas.



Semua barang makeup storage ni nad beli di website shopping PG Mall



Makeup storage white: http://bit.ly/365snF2 .Kliklink tu ye kalau korang nak beli. Harga RM56, ingat kecik rupanya besar. Puas hati. Dahla cantik. Ada banyak pilihan warna, ada light grey, off white dan pink. Tapi gambar dia tunjuk putih je. Entahla tak tau warna lain ada ke tak. Ukuran 290W x 200D x 390H (mm) . Nad tak ukur pun..hahaa. Puas hati la beli dapat ni.



Transparent storage box: http://bit.ly/351tBC8 . Yang ni ada large dan premium large. Nad ambil Extra large. Boleh isi banyak barang makeup.
 




Organizer cotton storage : http://bit.ly/34Ywrrs. Ni nak letak kapas muka. Kalau plastik je macam tu memang rasa bersepah..ehhee. Clear Acrylic Boxes. Kotak penyimpanan kapas make-up yang unik, boleh memuatkan kapas kapas kira-kira 40 persegi, reka bentuk yang boleh ditanggalkan, boleh dicuci. Dengan reka bentuk penutup, tahan debu dan tahan lembapan, mudah digunakan. Dengan ruang penyimpanan untuk kemudahan penggunaan, menyimpan alas kapas, sapu kapas, cepit rambut, cat kuku, krim kulit, gincu dan banyak lagi untuk organisasi yang lebih baik. Bahan PS tebal, tekstur, tebal, halus dan telus, terasa baik, tahan lama.




Led light makeup mirror: http://bit.ly/2TWSqbR. Oh ni ceritanya sebeanrnya, nad beli bekas storage makeup siap ade LED, tapi takde stok, so kene refund duit. Tu yang cari bekas storage lain dan beli LED light mirror ni..hehee..lawa pulak.
- Cermin dengan Lampu LED.
- 2 pilihan warna - Pink & Putih
- Lampu LED boleh dicas semula USB, 
- Dapat menyesuaikan kecerahan & warna (3 jenis warna).
- Sudut cermin boleh disesuaikan juga.
-  Penghantaran percuma.

Korang boleh usha website PG Mall ni, klik  https://cutt.ly/kgHSuys . Ada banyak pilihan barang yang ada. emas pun ada. Ok selamat bershopping.

 hai assalammualaikum
 
Susun Atur : Trend Pampas Grass Untuk Dekorasi Rumah - Sekarang trend daun kering ni untuk dekorasi rumah. Daun kering ni dipanggil pampass grass. Sesuai untuk hiasan dalam bilik, ruang tamu, dan di mana sahaja yang bersesuaian. Ada macam-macam jenis pampas grass ni, ada yang kecik, besar, panjang, semua ada. Sebab dah trend, tengok orang beli pun cantik, jadi nad pun terjebak beli. 
 

 
 
Susun Atur : Trend Pampas Grass Untuk Dekorasi Rumah
 
Beli dekat mana, mana lagi kalau shopee, hehee.banyak pilihan dekat situ. Macam baisa, nad cari yang murah, melainkan takda pilihan, ambil la mahal sikit. Tapi setakat ni yang nad beli takda mahal sangat, jenis pampass grass pun jenis biasa je.
 

 
Hah ni la dia pampas grass yang nad beli. Bukan beli satu tapi nad beli beberapa jenis pampas grass yang ada, dan paling penting murah.
 

 
Nad lupa pulak nak ambil satu-satu, so nad kongsi kedai terus la ye dekat sini. Nak tengok satu-satu, boleh tengok video nad ni.
 

Ok ni PAMPAS Bulrush Grass Communis Phragmites Dried Flower Dry. Boleh klik https://shp.ee/ta3ic2x
 
Pampas ni ad 15 pcs, ok la kira banyakla kan, terus dia bagi 15 pcs dari beli satu-satu jenis. Pampas Bulrush ni dapat takdela kembang snagat, tapi kalau guna hair dryer, kembangla sikit. Ada banyak warna, tapi nad ambil pink dan original. 
 

 

Kemudian nad beli 50pcs Rabbit Tail Natural Dried Flowers White Real Flowers Colorful. Boleh klik https://shp.ee/zuu5sxh
 
Kisahnya rabit tail ni nad dapat harga lagi murah, tapi kedai tu reject sebab ada masalah penghantaran. Kemudian beli kedai lain, sama juga tolak sebab penghantaran. Last sekali, pilihan beli dekat kedai sama nad beli Pampas Bulrush 15 pcs tu. sebelum tu cakap ada stock ke tak, sebab taknak jadi macam sebelum ni. Then seller cakap ada, hah terus order. Seller bagus. Penghantaran pun cepat je.
 
 
Rabbit tail ni nad beli banyak. Tapi warna berbeza. Yang ni pulak nad beli dekat kedai lain sebab warna tu takda dekat kedai sebelum ni. Nad pilih warna white dan blue. Yang ni tak banyak pcs, sikit je.
Local Ready stock Haregrass Rabbit Tail Bunny tail Natural Dried Flowers Colorful: https://shp.ee/7dycfyf
 
 
Ni pulak Dried Pampas grass: https://shp.ee/5f5fpbf
 
Dried Pampas ni, besar dan cantik. Beli banyak lawa la dia.
 

Ni pun Dried Pampas juga. Beli dekat kedai lain. Tekan link https://shp.ee/e845szrhttps://shp.ee/e845szr
 

Dah beli pampass grass, siap-siap beli pasu untuk pampas grass ni..hehe. dekat kedai ni banyak jenis pasu, so nad beli yang semua pasu gelap, ada corak perkataan dekat pasu. Namanya Creative Nordic glass vase, hydroponic vase, modern simple flower drier, Nordic ornament. Korang boleh klik https://shp.ee/qu7zmpxhttps://shp.ee/qu7zmpx
 
Ok, kot korang nak beli pampas gras, boleh usha yang nad bagi ni ok. Ni gambar sebelum dan selepas..hehee.
hai assalammualaikum

Dekorasi Dapur Dengan Barang Semua Warna Hijau - Dapur, antara ruang paling penting untuk perempuan. Waktu PKP ni banyak masa, jadi idea nak mendekorasi datang. Sebelum ni nad dah dekorasi bilik, sekarang dekorasi dapur pula. Satu-satu nad buat, ada rezeki lebih, kita deko la, bagi cantikkan rumah. Beli barang pun bukan sekaligus, beli sikit-sikit..hehee..


Dekorasi Dapur Dengan Barang Semua Warna Hijau

Bahagian dapur ni, sebenarnya dah banyak kali juga nad ubahsuai, sampaila PKPP, baru puas denagn dekorasi sekarang. Ni antara entry nad dekorasi dapur.
- Susun atur rempah ratus
- Semua barang warna hijau
- Susunan lebih kemas dengan tuppaware
- Rak mudah alih beroda
- Tong sampah jimat ruang


Sekarang, nak ambil gambar dekat dapur pun ok..hehehe..Dapur lebih luas dan teratur gitu.


Tema dari dulu, dapur memang warna hijau. Hijau maksudnya bukan semuanya hijau, dinding , kabinet ke apa, hijau untuk barang sahaja. Jadi, memang kenala cari barang warna hijau. Suami yang nak warna hijau, sebab dia cakap dapur biar namapk segar, kehijauan macam tu. Kita ikutkan jela..hehee..


Sebelum-sebelum ni, memang terfikir, nak pasang wallpaper je dinding tu, beli dulu tapi pasangnya tak. Masing-masing sibuk, nak buat sendiri memang tak la. Waktu PKP la banyak masa, suami pun duduk rumah. Hah, mintak tolong dia pasang wallpaper dekat dinding tu. Memang pilih yang berjalur melintang dan warna putih, terang sikit.



Lepas tu nad guna wallpaper anti oil ni pasang dekat table top almari lama, dan dalam kitchen kabinet letak barang. So takdela nampak kotor ke apa.



Hah ni la rupa setelah siap. letak daun palsu hijau, bagi cantik dapur.



Ni la bekas yang nad guna untuk isi rempah ratus dan makanan lain. Siap dengan stiker jar ..Bila suami nak masak, takda tertanya mana tu mana ni..hehee

Kalau tengok bekas, memang berlainan sebab nak cari sama hijau memang kurang pilihan. selalu orang kan pilih botol putih tu kan, tapi sebab nak hijau, tu kurang pilihan. Beli pun lain-lain kedai. Ada tu ikea punya..ehhee..Ada tu beli kat Tesco, ada tu beli kat shopee. Asal nampak hijau kita rembat jela..hehee..

Bahagian sabun pun nak lawa, siap beli papan dia, letak bunga, gitu. Tempat letak sabun tu masa PKP viral, tu yang beli dekat shopee.




Yang ni almari lama yang nad cakap. Kalau orang jawa panggil gerobok..hahaa. Gerobok ni dah lama, taknak buang sebab boleh diguna pakai. Nad isi kuali, barang buat kek dan barang pencuci macam tu. Selalu orang letak pencuci, semua bawah sinki, tapi bawah sinki nad dah letak baldi, jadi, selamat ada almari ni. Nad pun tak banyak barang sangat. Nak buat kek pun buat bila nak je.

Almari ni nad cadang nak cat dia, dan jadikan cantik. Tu nanti nad buat. Tunggu ada kerajinan..hehee..Kalau dah buat mesti buat entry punya..hehee..


Puas hati dengan dekorasi dapur sekarang. Cuma bahagian paip je belum selesai lagi.
hai assalammualaikum

Tong Sampah Jimat Ruang, Design Menarik Dan Pelbagai Guna - Halah, tong sampah je pun, tu pun nak buat entry ke.. Kotla ada orang tanya macam tu kan.. Hahaha. Tak kisah, nak cerita juga, mana tau, tong sampah ni unik untuk korang, macam nad rasa. Mana tau korang nak jimatkan ruang, taknak guna tong sampah atau kotak banyak-banyak untuk buang sampah atau buang barang kitar semula tu.Mungkin  nampak tong sampah je, tapi tong sampah nad nak tunjukkan ni tong sampah yang jimat ruang, design menarik dan pelbagai guna. Macam biasalah, nad dapatkan tong sampah ni dekat Shopee.


Tong Sampah Jimat Ruang, Design Menarik Dan Pelbagai Guna

Kalau tengok design dia, memang sangat cantik, menjimatkan ruang dan macam-macam boleh guna. Masa nad tengok, baca feedback, semua kata bagus. Mula-mula fikir juga, nak ke taknak, nak ke taknak,..hahaha, delima juga ye. Pastu tengok description, ada ukuran, buatla ukuran muat ke tak dengan tempat tong sampah nad. Yes, muat, pastu delima lagi nak beli ke tak.. Hahaha. Tapi fikir punya fikir, arghhh masukkan dalam cart, terus check out.. Kihkih.. Sebab berguna sangt tong sampah ni.



Macam nad, sebelum ni ade dua tong sampah, tapi saiz sederhana. Tong sampah nad buat untuk buang sampah dan pampers. Kadang tong sampah tu tak dapat nak tutup sebab dah terlalu banyak sampah. Nad selalu letak sampah dekat luar ikut hari lori sampah datang. Jadi apa-apa buang sampah dekat tong sampah dalam rumah dulu. Tu kadang penuh tu. Tong sampah pulak saiz sederhana, memamg kadang tak muat. Bila tak dapat tutup, berbau la kan.

Jadi bila beli tong sampah Locaupin Household Sorting Trash ni, banyak ruang, dan bakul dalam satu tingkat sahaja. Jadi dekat sini dah jimat ruang. Tak perlu banyak tong sampah. Lepastu dia ada saiz dia, ada 38L dan 45 L. Masa nad beli 38L dah habis, grab jela 45L. Baca komen 45L besar. Harga pun murah bagi nad la RM 79..tapi ni tak termasuk shipping..

Nad order 7/6, sampai 12/6..kira cepat jugala. Sampai pun dalam keadaan baik. Takda pecah ke apa. Kalau ada masalah, chat je dengan seller, dia respon.

Tong sampah sampai pun, teruja kemain.. Hahaha..




Nak pasangnya pun mudah. Tinggal cantum bakul, masukkan bakul bawah, dan letak penghadang tengah. Taknak letak penghadang pun boleh.


Tingginya dah sama macam anak.. Hahaha.. Senang diaorang nak buang sampah. Tinggal buka, takyah tunduk-tunduk.

Nasib baik saiz 48L tinggal, puas hati, sebab besar betul. Nak buang banyak sampah pun ok. Takda dah sampah terkeluar-keluar ke, tong sampah bersepah atau bau yang kurang menyenangkan.




Tong sampah ni ada pemegang dan roda. Senang nak sangkut apa-apa. Macam nad sangkut lap tangan.

Roda tu memudahkan untuk alihkan tong sampah. Takyah angkat ke apa. Suruh anak tolak pun boleh.. Hehehe. Nak bersihkan lantai, tolak je tong sampah.

Tong sampah ni jenis plastik, tapi plastik yang tebal, tahan ama, tahan kelembapan dan tahan cendawan. Warna pun cantik, putih je. Trend sekrg semua kan nak warna putih baru lawa.. Hehehe.. Lagipun tong sampah ni mudah dibersihkan.


Macam nad buat tong sampah ni untuk buang sampah kering, sampah basah dan pampers. Suami pun suka nad beli tong sampah ni, sebab takde bau. Yela sebelum ni pmpers anak, tong sampah depan bilik mandi, jadi kadang bau. Sejak pakai tong sampah ni, takde bau apa.

Tong Sampah Pelbagai Guna


Tong sampah Locaupin Household Sorting Trash ni boleh buat macam-macam. Selain sampah, boleh buat barang kitar semula ke atau simpan barang anak. Boleh juga buat macam almari ke.. Letak simpan buku atau majalah. Yela design dh lawa.. Hah, sayang nak guna untuk sampah, guna untuk lain. Betul tak.. Pulak tu ada roda, boleh bawak kesana ke sini.

Memang puas hati la beli. Dapur pun takda dah banyak tong sampah. Kotla korang nak juga, boleh usha  TONG SAMPAH LOCAUPIN HOUSEHOLD SORTING TRASH. Tengok dekat shopee. Nad tengok sekarang dah sold out, tapi mungkin ade dari seller lain.
hai assalammualaikum

Bulu Ayam Microfiber, Mudah Nak Bersihkan Habuk Tempat Tinggi - Dah macam-macam benda beli dekat shopee. Shopee ni berhantu tau, kadang saja tengok, lepas tu nampak comel, unik dan memudahkan, terus rasa berkenan. Bila rasa nak tu memang terus beli. Salah satu barang yang nad rasa memudahkan kerja yang nad beli dekat shopee, bulu ayam..hahaha. Kalau nak diikutkan, bulu ayam banyak je dijual dekat kedai, tapi, mungkin harga dia berbeza, atau susah nak cari. Jadi dah ada shopee, beli online jela.


Bulu Ayam Microfiber, Mudah Nak Bersihkan Habuk Tempat Tinggi

Kenapa dengan bulu ayam ni apa istimewa dia sampai nad beli?
Sebenarnya nad ternampak satu iklan dekat facebook. Bulu ayam tu ada macam magnet boleh tarik habuk. Lepas tu dia ada batang yang boleh disambung, jadi senang nak bersihkan habuk dekat bahagian tinggi macam kipas, siling, almari, lampu, apa sahaja la.





Mula la tertarik, dan nad cakap harga. Tapi harga dia, fuh, mahal bebenor. Tu terus pergi ke shopee untuk cari bulu ayam yang sama dengan harga yang murah. Shopee kan banyak barang murah.

Bila tengah cari, mulalah macam-macam yang keluar. Pelbagai bentuk dan harga ye. Nak cari yang sama, tak tau yang mana. Jadi baca la details dia dengan betul. Takut beli, jenis habuk yang tak melekat kat bulu.


Cari punya cari, yes jumpa. Bulu ayam jenis yang habuk melekat kat bulu dipanggil microfiber. Tengok harga pun murah. Material PP + Aluminium + Polyester fiber. Dekat details dia tulis fluffy duster : electrostatically charges to pull dirt, dust and lint. Jadi betul la ni jenis macam ada magnet. Harga pun murah.

Terus masuk dalam cart dan check out. Klik link ni untuk beli https://shp.ee/hw3f7jm


Masa penghantaran lama juga, sebab dari luar negara kan. Nad pun bukan nak guna rushing. Dalam seminggu lebih macam tu jugala dia sampai.

Dah sampai terus nak guna..hahaha. Jenis tak sabar, nak tau betul ke melekat habuk.

Memang ada satu warna je nad punya ni, warna putih, maybe penjual lain ada jual warna lain, malas nak tengok lain, sebab memang nak warna putih.

Bulunya kasar, dan bila sapu habuk memang melekat dekat bulu ayam tu. Bagus, jadi habuk takdela bertebaran masa kita bersihkan tu.



Lepas tu ada batang dia, sambungkan je, dan boleh sapu habuk dekat bahagian tinggi. Tak perlu dah tangga semua. Tak kisahla nak bersihkan habuk dekat siling, almari, lampu, kipas dan lain-lain yang tempat tinggi.

Ada orang cakap, dia lebih rela naik tangga untuk bersihkan semua tu...hahaa. Nad terus cakap " boleh ke nak bersihkan selalu dengan tangga tu..ofkos tak kan "..nad pun mestilah bersihkan juga semua tu dengan pakai tangga tapi mungkin buat dua minggu sekali ke je kan. Bulu ayam ni, bantu habuk dari terus ada lepas kita lap dengan kain, air, tu..lol..terus takde komen dah..hahaha..



Lagi satu bulu ayam ni boleh dibengkokkan dan diluruskan. Bila bengkok tu nak sapu habuk macam kipas senang.

Kalau warna putih, paham-paham jela, nampak kotor dia. Tapi bulu ayam microfiber ni senang dibersihkan.



Jadi memang berguna sangat bulu ayam microfiber ni. Bantu buang habuk dalam rumah. Klik link https://shp.ee/hw3f7jm untuk beli.
hai assalammualaikum

Dekorasi Bilik Tidur Nampak Lebih Romantik - Pejam celik, pejam celik, sebulan juga kita dah kuanrantin dalam rumah ye. Tahniah buat aku dan anda semua yang memebri kerjasama ( clap hand )..hehee..Sepanjang PKP ni, bila tak dapat pergi event, ada la lebih masa dekat rumah. Masa PKP fasa 2, job pun belum masuk sangat, jadi masa tu ada la sikit. Time ni juga, datang macam-macam idea nak buat dekat rumah. Salah satunya ialah dekorasi bilik.


Memang sebelum-sebelum ni, ada je tengok pinterest la, google la macam mana nak dekorasi bilik ni, dah ada idea, tapi masa tu macam tak ada masa. Jadi, bila dah kena PKP ni, hah, boleh la buat. Duduk dalam rumah pun, asyik masak je boring juga, jadi cantikkan rumah mana yang boleh. Dah dapat idea, maka bermulalah kita mendekorasi bilik ni..hehee..

Bilik ni memnag dah banyak kali nad kemas. Biasalah kadang kita tak puas hati, kemas sampai puas. sekarang rasa puas sikit. Bilik ni masuk memang dah ada almari dan katil ni. So pakai jela. Bilik pun tak besar, kena pandai-pandai kemas untuk sumbat barang yang nad ada.

Dinding bilik ni memang kosong takda apa. Selalu nad tengok dekat pinterest atau google, kebanyakan letak frame dekat dinding katil ni. Tapi, nad tak dapat letak frame, sebab tiada siapa nak mendrillnya. Alatan drill tu takde. Ketuk dengan hammer kang rosak dinding, dah tak lawa. Jadi, kita letak je lampu Fairy Curtain Lights ni.


Beli Fairy Curtain Lights ni dekat shopee sebelum PKP lagi..Dah lama dah beli. Tak pasang-pasang sebab takda masa nak pasang. Pastu takde orang yang tolong. Hah, waktu sekarang mr mafia pun tak sibuk, paa lagi suruh dia pasang la. Yela nak pasang biar tinggi sikit, lawa, nad ni dahla pendek, jengket pun tak sampai juga. Jadi, suruh la suami pasang..hahaha. Buat tengah malam..hahaha..Dari dia takda buat apa, baik tolong isterinya ni hah..kihkih.


Ok ni nad bagi link, korang klik je https://shp.ee/uy8rjvf . Kot korang berkenan juga kan..ehehe. Lampu ni nad usha dia guna bateri atau boleh USB..hah tu sebab nad beli, takda guna elektrik. Jimat.Lagipun pasang bukan selalu..hehe.


Selesai bahagian katil, dah cantik dengan lampu lip lap lip lap tu..ehehe..Nampak romantik gitu.

Bukan tu je, bahagian rak tempat letak macam-macam barang ni pun nad deko..hehee..

Rak ni nad beli dekat ikea. Nama rak ni MULIG Shelving unit. Dah beli lama. Klik nama tu, ada nad buat entry. Siap belikan untuk mak sebab dia banyak tingkat dan boleh letak banyak barang. Bila dah letak banyak barang nampak serabut pulak. Jadi, nak tutupla bagi taknak nampak barang-barang tu semua.

Geledah punya geledah, teringat kain putih yang nad guan masa kawin dulu. Kain ni untuk lapik meja photobooth. Memang barang yang berguna, nad akan simpan ye, sebab tau akan ada kegunaannya nanti..ahhaa. Mujur tak buang ke apa. Dah bolehguna untuk sekarang.


Apa lagi, nad pun jahit lepastu ambil tali dan ikat dekat rak Mulig ni.Tadaaa..siap la dia macam ni..hehee..Dah tutup elok, boleh jadi port untuk bergambar ok ..heheee

Oh nad ada juga Mini Copper wire string Fairy Light Led, jenis kecil punya. Ala ni semua orang selalu beli nak cantikkan bilik.


Yang ni nad pasang dekat bahagian pintu, sambung ke rack dan terus ke tempat sangkut beg. Hah!!, baru cantik..hehee..Klik kalau nak beli lampu ni https://shp.ee/ggxr9q5

Nad lekat dengan pelekat kuat dinding. Kalau selotape biasa, memang jatuh jela.


Nak nampak bilik ni macam lagi cun, nad letakla dedaun hijau dan bunga berjurai. Bunga dan dedaun jurai ni pun barang masa kawin hias bilik..hahaaha. Simpan bawk KL kau. Nah sekarang ni gunanya..hehee..



Cuma ni, nak tukar langsir dan tambah rak sikit. Banyak dah nak cerita pasal nad dekorasi. Korang boleh tengok dekat link SUSUN ATUR. Semua ada nad cerita situ.

Ni dah terfikir nak dekorasi dapur pulak. Tapi tu la, paip sinki rosak, nak kene betulkan dulu, baru boleh cantikkan. Barang dekat shopee dah masuk troli tu...haha. Nak tekan check out tak tekan lagi, sebab masalah paip sinki tu la.

Ni sampai terfikir nak cantikkan tempat area makan sekali..hahaa..Nampak tak tiba-tiba datang banyak idea nak cantikkan rumah. Kalau boleh nak mengecat semua rumah..huhu..tapi kita ni kudrat perempuan, tak semua boleh buat. Nak suruh laki kita, entah bila la. Rumah ni pun dah 5 tahun dinding tak pernah cat. Eh rasa lebih dari tu..kahkah..

Kalaula kita ni ada kuasa, petik jari je terus cntik..kan bagus..hahaa.