Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, semua yang kita lakukan kena ikut SOP, jaga jarak, pakai mask, pakai hand sanitizer, dan tak boleh bersalaman. Jadi macam mana nak membayar zakat? Jangan risau, LZS telah menyediakan kemudahan dan inisiatif dalam bayaran zakat secara atas talian (online). Cara ni lebih mudah dan selamat.

hai assalammualaikum

Bayar Zakat Secara Online, Mudah, Pantas Dan Selamat - Alhamdulillah sudah 17 hari kita menjalani ibadah puasa, dan kita sudah biasa menjalani kehidupan norma baharu disebabkan covid 19 ni. Apabila datangnya bulan Ramadan tidak ketinggalan semua umat Islam wajib menunaikan ibadah zakat fitrah mereka sebagai tuntutan agama dan menyempurnakan rukun Islam. Selalunya, suami akan ke masjid bertemu dengan amil yang dilantik untuk membayar zakat. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, semua yang kita lakukan kena ikut SOP, jaga jarak, pakai mask, pakai hand sanitizer, dan tak boleh bersalaman. Jadi macam mana nak membayar zakat? Jangan risau, LZS telah menyediakan kemudahan dan inisiatif dalam bayaran zakat secara atas talian (online). Cara ni lebih mudah dan selamat.



Nad tertanya, boleh ke bayar zakat tanpa salam, tiada akad berlaku ketika menunaikan fitrah online tersebut.Orang ramai pun mungkin ada perasaan was-was macam nad. Nad ada baca dekat laman web Lembaga Zakat Selangor dan ini jawapannya.

Apakah hukum zakat fitrah yang dibayar melalui kaedah online dan tidak bersalam ( akad ) adakah sah zakatnya dan dalil-dalil yang berkaitan?

Zakat adalah ibadah yang tidak disyaratkan akad. Perkara yang wajib dilakukan oleh pembayar adalah berniat menunaikan zakat ketika beras atau wang fitrah diserahkan kepada amil atau terus kepada asnaf. Zakat adalah termasuk dalam kategori tabarru' ( derma/sedekah ). Akad tidak diwajibkan ke atas muamalah seumpama ini.

Ia berbeza dengan akad mubadalah ( pertukaran ) seperti bai', jual salam, mudharabah dan lain-lain. Akad atau lafaz dan qabul diwajibkan ke atas muamalah seperti ini.

Mengikut pandangan Mazhab Imam Syafi’e, wajib berniat di dalam hati dan tidak disyaratkan dengan kata-kata seperti contoh “Ini Zakat harta” walaupun tanpa berniat fardhu, ini kerana membayar zakat merupakan suatu kewajipan. (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 3/1811).

Imam Nawawi berpendapat sedekah sama hukumnya dengan hadiah, dan ia tidak memerlukan lafaz ijab dan qabul. Cukup sekadar penyerahan dan penerimaan barang dan pendapat ini merupakan pendapat yang sahih di dalam mazhab Imam Syafi’e serta telah di naqalkan oleh fuqaha’ mazhab muta’akhirin. (Lihat: Raudah al-Thalibin,5/365-366).

Bayar Zakat Secara Online Melalui Ezakatpay

Ezakatpay merupakan satu kaedah pembayaran zakat secara online di www.zakatselangor.com.my. Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

Cara ni memang sangat mudah dan selamat, teknologi yang ada digunakan sebaik mungkin. Lagi dalam keadaan sekarang, bayaran secara online amat diperlukan. Memudahkan kita untuk melaksanakan tanggugjawab sebagai seorang islam walaupun semasa dalam PKP ni. Boleh dibuat dimana-mana sahaja. Kita jaga diri kita dan orang lain. Dalam keadaan sekarang, banyak golongan asnaf yang memerlukan bantuan kita. Jadi, bayarlah zakat, takda alasan untuk tidak membayar zakat.


Mudah sahaja untuk membayar zakat secara online ni.
- Pergi ke link https://fpx.zakatselangor.com.my.
- Isi butiran penuh, semak butiran & klik pada bayar sekarang.
- Pilih Kaedah pembayaran, FPX atau JomPay.
- Pilih bank, daftar masuk dan buat pembayaran
- Resit pembayaran akan diberikan.

Bayaran Zakat melalui FPX merupakan bayaran yang sering digunakan oleh orang ramai. Kaedah pembayaran zakat fitrah secara dalam talian bagi memudahkan pembayar menunaikan kewajipan dengan lebih pantas dan selamat.


Bukan bayaran zakat fitrah sahaja, malah zakat harta pun boleh dibayar secara online. Boleh buat bayaran semua jenis zakat anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan cepat.

Kira zakat dengan mudah. Mengira zakat yang perlu ditunaikan dengan mudah dan cepat, dengan hanya lengkapkan borang yang boleh didapati secara ONLINE yang disediakan. https://www.zakatselangor.com.my/zakat-pendapatan/

Dengan adanya kalkulator di www.zakat.com.my anda boleh membuat kiraan secara tepat dan selamat untuk mengetahui anda WAJIB berzakat atau tidak. Klik di https://www.zakatselangor.com.my/zakat-pendapatan/

 Mudah sahaja. Jom kita selesaikan kewajipan.


Dapatkan Penyata Bayaran Zakat Tahunan Dalam Talian Di EZakat Online ( EZO )

Pengeluar zakat yang menunaikan zakat di Lembaga Zakat Selangor kini boleh mendapatkan penyata bayaran zakat tahunan secara dalam talian dengan melayari https://ezo.zakatselangor.com.my/


EZakat Online (EZO) diperkenalkan sebagai platform yang menyediakan kemudahan kepada pengeluar zakat untuk menyemak bayaran zakat sepanjang tahun, mencetak penyata zakat, mengemas kini maklumat peribadi, selain boleh menunaikan zakat secara terus melalui e-zakat pay. Juga untuk ssnaf yang telah berdaftar dan ingin membuat semakan status bantuan.

Memang sangat mudah ye, tidak perlu beratur panjang di cawangan dan ianya hanya memerlukan telefon pintar, tablet, computer dan sambungan internet untuk melakukan transaksi. Semuanya di atas talian.


Zakat@family ni merupakan satu inisiatif dakwah ke atas setiap keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan tanggungjawab memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di bawah tanggungan atau jagaan mereka.


Zakat@family merupakan tanggungjawab bagi Ketua rumah tangga menunaikan zakat bagi diri, isteri, anak-anak, ibubapa yg uzur yg dibawah tanggungan dapat menunaikan zakat.

Bagi yang sudah membayar zakat, anda layak untuk menyertai kempen Zakat@family ni. Cara penyertaan
- taksir dan tunaikan zakat
- imbas QR code atau pergi ke link seperti dalam gambar
- jawab dua soalan midah

Hadiah istimewa menanti anda.

Kempen Zakat@Family akan berlangsung mulai 24 April hingga 23 Mei 2020.  Hadiah menarik disediakan melalui E-Cabutan, selepas tempoh kempen.


Tunaikan kewajipan demi membantu saudara Muslim yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan.  Duduk di rumah, bayar zakat secara online. Lagi kita bersedekah, Allah akan melipatkan gandakan rezeki kita, Insyallah.

Covid 19 ni banyak merubah kehidupan kita. Tapi ia tak menghalang kita untuk melakukan ibadah dan tanggungjawab kita.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web dan juga laman sosial Lembaga Zakat Selangor:
Website : https://www.zakatselangor.com.my/
                https://fpx.zakatselangor.com.my/ (untuk tunaikan zakat)
                https://ezo.zakatselangor.com.my/daftar.asp ( untuk cetak penyata dan semakan status bantuan)
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/
Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor/
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

15 comments so far,Add yours

  1. smua on9 skrg..nk mempermudahkan dan elak wabak skrg ni

    ReplyDelete
  2. Wak pun bayar zakat cara online aje.

    ReplyDelete
  3. suami kak ana pun dah bayar online NAd

    ReplyDelete
  4. Saya belum sempat bayar zakat..inshaAllah akan bayar ya

    ReplyDelete
  5. mmg senang dgn kemudahan byr zakat secara online especially musim PKP ni...so tkde alasan tidak membayar zakat lg

    ReplyDelete
  6. terbaik buat secara online.
    tak semua tempat ada amil. tak semua org now mudah bergerak ke sana ke mari, kan.
    social distancing lagi. penting.
    melaka ni, byk lagi amil yg buka kaunter. di stesen minyak pun ada amil yg dok buka table.
    alhamdulillah. asben aida byr kat ofis. amil dtg.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah kami pun dah tunaikan zakat untuk tahun ni. semua online kan sekarang, mudah sangat nak berzakat. so dah tiada alasan untuk tunaikan rukun islam ni

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah dah bayar secara online. lebih mudah bayar online je. next zakat nak bayar online, senang

    ReplyDelete
  9. Good information. Thank you for sharing information for bayar zakat. Have a good day.

    ReplyDelete
  10. Bagus la sekarang ini segalanya mudah di hujung jari aje jadi tiad masalah PKP berlanjutan pun anda masih boleh tunaikan zakat fitrah online.

    ReplyDelete
  11. Memang senang mudah semua, walaupun macam kekok kan bayar online, janji niat dan tanggungjawab tu dah ditunaikan...yang penting bayar!

    ReplyDelete
  12. Thank you for the information. I will share this with my muslim friends.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, semakin mudah kita nak menyempurnakan ibadah kan... semuanya di hujung jari... semoga semua golongan akan mendapat manfaat dengan adanya portal pembayaran zakat online sebegini, baik pembayar zakat juga penerima zakat... okay, jom kita jalankan tanggungjawab kita gaissss... hehehehe...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, saya dah bayar zakat secara online pada awal Ramadhan haritu. Memang rasa macam feeling bayar depan-depan tu lebih terasa, tapi saya rasa kita gunakan kemudahan yang ada dan yang penting menunaikan tanggung jawab kita sebagai muslim

    ReplyDelete
  15. makin mudahkan urusan..jadi kita tidak ada alasan untuk menangguhnya banyak kali bukan...terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete