SELESAI DOSE SINOVAC VAKSIN PERTAMA KU

in , , by Nadia Johari, 11:20:00
 hai assalammualaikum

Selesai Dose Sinovac Vaksin Pertama Ku - Vaksin yang ditunggu-tunggu akhirnya kunjung tiba. Selalu nampak orang lain post diaorang dah dapat vaksin, punya bersabar kita menunggu giliran untuk mendapat vaksin. Daftar dari bulan 2, setiap hari cek Mysejahtera, tak pernah miss, nak tengok dapat ke tak vaksin, masih tak dapat-dapat. Sedih, hampa, akhir sekali, redha dan tunggu sahajala. 
 

Selesai Dose Sinovac Vaksin Pertama Ku

Alhamdulillah, 11/7/2021 dapat massage ' sila semak butiran temujanji vaksinasi Covid-19 .......'.Nampak massage tu, terus buka Mysejahtera, punya gembira bila nampak 1st dose appointment. Terus klik confirmation untuk vaccine link biru tu. 


Nad tak buat cara yang viral sebelum ni, yang helpdesk tu, nad biar je, sebab waktu tu memang redha. Nad percaya kita semua akan dapat vaksin cuma cepat atau lambat je. Nad pun daftar bulan 2, 11/7/2021 baru dapat 1st dose appointment. Mana yang bertuah sebelum ni dapat awal, tu rezeki diaorang. Tapi kalau korang nak buat juga yang helpdesk tu, boleh je cuba.

Lokasi nad dapat di Stadium Bukit Jalil. Seronokla, jauh sikit, dekat stadium pulak tu. Lama tak berjalan jauh dari 10km..hahahaa. Dapatla jalan-jalan juga. Jalan ke?..kihkih.

Lepas tu mula datang gelisah pulak..hahaha. Patut gembira, tapi nervous ye, ada rama-rama dalam perut ni. Mana taknya, nad pergi seorang, tak tau macam mana suasana dekat sana. Lepas tu duk fikir, apa akan jadi kalau dah cucuk ye. Takut kesan yang kita dapat. Semua dah masuk dalam kepala. Takpe, insyallah tak jadi apa-apa, kita proceed je.

Nak pergi cucuk vaksin ni seeloknya pakai baju yang mudah diselak. Nad haritu pakai baju dalam jenis tshirt singlet, luar pakai cardigan. 

Sampai hari 12/7/2021, hari untuk divaksin. Waktu nad vaksin pukul 5.30 petang, nak menunggu lama pulak pukul 5.30 petang tu ye. Nad pergi awal, dalam pukul 4.10 petang nad dah book grab. Naik grab je, senang, suami tak dapat hantar,jaga anak-anak dekat rumah. Malas naik train, malas nak jalan semua. 


Naik grab terus pergi ke PPV Stadium Bukit Jalil, depan pintu masuk lagi. Kita nak semua berjalan lancar, taknak kalut ya.

Nad sampai Stadium Bukit Jalil 4.30 petang, terus boleh masuk. Tapi nak pesan, update dulu Mysejahtera siap-siap ye. Cara update Mysejahtera


- Pergi Profile, tekan refresh



- Pergi home kemudian tekan covid-19 status, isi soalan dalam tu semua dan submit
- Pergi profile semula dan tekan refresh.

Update ni bila kita refresh akan tunjuk tarikh hari tu.

Masa nad datang, tak ramai orang sangat, mungkin waktu petang. Dan waktu appointment nad pukul 5.30 petang, tapi nad boleh masuk terus walaupun waktu tu tak sama. Bagus juga. Petugas dekat situ cakap, takpe, asalkan tarikh pada waktu itu.



Setiap laluan ada banner, ada petugas dan perlu scan check in. Jangan risau..semua dah ada, memudahkan urusan kita. 


Macam nad untuk dose pertama di HCO B. Jalan tu jauh juga la, lepas tu sampai ke kaunter pendaftaran. Dekat sini akan ada petugas beri borang dan bagitau apa kene isi. Jalan lagi turun tangga baru sampai ke khemah. 


Lepas tu duduk dan isi borang yang diberi. Tak tau apa nak kene isi, jangan risau. Dekat situ ada petugas yang boleh bantu korang. Ada yang cakap borang ni boleh print siap-siap, isi dekat rumah. Mana yang ada print bolehla print.


Jangan lupa bawa pen sendiri ya. Lebih selamat, takda bersentuhan. Dah isi, tengok nombor giliran, terus pergi ke meja nombor giliran kita. Dekat situ dia mintak Kad pengenalan kita, nak cek la. Kemudian ada la tanya-tanya sikit. dan disuruh scan QR Code link yang ada dekat Mysejahtera kita.


Lepas tu pergi ke stesen konsultansi. Dekat sini, semua doktor. Jadi dekat sini, bagitau la korang ada sakit ke, makan ubat apa ke atau apa-apa nak ditanya la. Dalam borang tu pun jangan menipu. Yela, takut jadi apa-apa kan. Bila doktor dah kata semua ok, ok kita proceed ke cucuk vaksin


Hah, masa ni terus masuk, nurse yang nak cucuk dah siap sedia dah..hehe. Dekat situ, dia akan bagitau, kita cucuk vaksin apa, dia akan tunjuk vaksin tu dalam jarum, scan code semua tu la. Dekat sini boleh ambil gambar, tapi tak boleh ambil video. Ok je petugas dekat PPV ni semua, memang membantu sangat. Nad ni memang ketar la tengok jarum, tapi tengok juga la..hehhee. Alhamdulillah, masuk dah vaksin sinovac dalam badan..kihkih.


Selesai cucuk, kita kene rehat kejap, tunggu giliran untuk petugas lain cek pulak. Masa rehat ni pun nak tengok korang ok ke tak lepas vaksin. Kalau semua ok, boleh la balik terus. Kalau tak, akan ada doktor bantu.

Semua berlaku dengan cepat, takda lambat. Nad sampai 4.30 petang, habis dalam jam 5 petang. Dalam setengah jam macam tu. 



Dah selesai semua, keluar dan ambil gambar. Ni pun mintak tolong orang yang ambil vaksin juga ambilkan gambar...ehhee. Lepas tu siap-siap sanitize ye telefon semua. Yela, seeloknya tak perlu strangers pegang phone kita, tapi kalau nak, lepas ambil gambar terus sanitize.

Alhamdulillah, selesai dose sinovac vaksin pertama nad. Setakat ni takde kesan effect apa-apa. Semuanya ok.

Lepas ni tunggu dose kedua, pada 2/8/2021 dekat tempat yang sama juga. 
SHARE 14 comments

Add your comment

  1. bestnya da vaksin, IQ masih menunggu giliran ni

    ReplyDelete
  2. Tahniah nad, semoga kita semua dilindungi

    ReplyDelete
  3. Tahniah, saya pun dah vaksin 1 sinovac. tapi saya tak setabah awak. saya menangis hehehhe

    ReplyDelete
  4. kite pun dh setel dose 1.. sinovac jugak... dose 2 tataw la bila lagi.. kene kuarantin lak ni..

    ReplyDelete
  5. Syukur Alhamdulillah selesai 1st dose vaccine

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah kak nad dah selesai 1 dos. Shad tunggu giliran lagi..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Tahniah Nad. Lepas ni 2nd dos pulak ye.

    ReplyDelete
  8. Bestnya dah vaksin. Iza tarikh pun tak dpt lg ni ha.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.. boleh la tggu utk 2nd dose pula..

    ReplyDelete
  10. Teaaay sama lah kita sinovac

    ReplyDelete
  11. Kita memang tak sabar nak tunggu vaksin tak dapat2 lagi date tsktsk

    ReplyDelete
  12. Jelesnya ramai dh vaksin. Kite je belum lagi

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah dah selwsai dose pertama yer.. kak pun sudah, alhamdulillahlps vaksin sihat xde apa genjala

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS