Anak cerai susu badan sebab mak vaksin..hehe. Mudah sangat anak cerai susu badan.

 hai assalammualaikum

Anak Cerai Susu Badan ( Wean Off ) Sebab Vaksin, Senang la, Hehehe - Ingat la masa anak pertama, Fariza, memang susah nak bagi dia cerai susu badan ( wean off ). Terpaksa susukan dia sampai usia 4 tahun, pada masa sama susukan anak kedua, Farhanah. Kemudian paksa juga Fariza berhenti susu badan dengan bagi susu botol memandangkan dia dah nak 5 tahun dan nak masuk sekolah. Punya struggle, susahnya nak berhentikan susu, jenis yang menangis, melalak macam kena dera.

Boleh baca : Percubaan Cerai Susu Badan Buat Fariza

Tapi masa tu hati seorang mak kene kental, lama-lama Fariza paham, dan minum susu botol je lepas tu. Lagipun masa tu susukan si Farhanah, memang penat berganda, sebab tu kene ceraikan susu badan untuk Fariza. Ya, nad dari kakak sampai ke adik memnag tak berhenti susu ni. Untuk kali kedua tu duk fikir juga la, macam mana la nak berhentikan adik susu badan ni.



Anak Cerai Susu Badan ( Wean Off ) Sebab Vaksin, Senang la, Hehehe

Untuk tahun ni 2021, adik masuk usia 3 tahun dah. Ya, seperti ibu-ibu semua tahu, anak capai 2 tahun ke atas, seeloknya berhentikan susu badan ( wean off ). Tapi macam biasala, budak ni taknak berhenti lagi. Start awal 2021 nad dah bagi Farhanah susu botol, sebab dia pun dah selalu ikut apa kakak buat. Biasalah, kakak kan mentor..hehee. Tapi tu la, hisap botol susu tapi masa sama nak susu badan.

Fikir lagi macam mana la nak bagi cerai susu badan ni. sampaila terjadinya covid ni, dan adanya vaksin untuk mencegah covid. Tarikh 12 Julai 2021, nad dapat tarikh untuk dose pertama vaksin. 

Untuk vaksin ni, untuk ibu menyusu, mengandung boleh ambik dan tak membahayakan. Tapi nad sentiasa berwaspada juga, balik dari cucuk tu, tak bagi Farhanah susu badan lagi, nad cakap esok baru susu. Yela, takut kesan ke anak pulak. Jadi biarkan 24 jam, esoknya baru bagi susu dekat dia. 

Sebenarnya nak halang dia dari susu badan, nak suruh wean off, tapi tu la, tak menjadi ye. Melalak dia lagi teruk dari kakak dia. Cakap elok-elok pun tak jalan. Kita dah tunjuk muka sakit pun tak heran. Sampaila nad pergi cucuk untuk vaksin dose kedua. 

Balik dari cucuk tu, nad buat sakit betul-betul skait. Tunjuk dia tempat cucuk tu. Lepas tu setiap kali dia nak susu, nad cakap  " sakittt..sakittt" dengan riak muka yang betul-betul tunjuk skait..hehee.

Bila dia nampak muka nad sakit, dia tak jadi susu. Sebab dia ada rasa kesian dah. Tak tau kenapa, sebab sebelum ni takda pulak dia macam tu. Kali ni dia mengalah..hehee. Taktik tu jela nad buat bagi taknak dia susu badan dan bila tak dapat nad akan buat susu botol dekat dia. 

Alhamdulilllah, lepas tu dia dah tak mintak susu badan, dia mintak susu botol je..hehe. Mudah sangat ye, takda strugle macam kakak dia nak berhentikan susu..hehe. Sekarang Farhanah dah fully botol susu.

Sekarang kalau tunjuk puting, dia rasa geli, nak pegang pun geli..hahaha. Rasa kelakar denagn muka dia tu. 

Macam-macam kan anaka-anak ni. Banyak pengalaman kita sebagai ibu, banyak kenangan dnegan anak-anak..hehee.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours