hai assalammualaikum

Tempat-Tempat Menarik Di Kuala Selangor - Hah, hari minggu dah nak tiba, korang nak ada perancangan belum nak pergi bercuti di mana. Nak bawak anak-anak yang dah letih duduk di dalam rumah, yang nak tengok dunia luar selain dalam rumah, hehee. Kalau tak tau, apa kata, korang jalan-jalan bercuti ke Kuala Selangor. Banyak tempat-tempat menarik yang ada di Kuala Selangor tu yang mungkin ada tempat yang korang tau dan tak tau.Meh nad senaraikan.
Tempat-Tempat Menarik Di Kuala Selangor


Skymirror
Skymirror tempat pelancongan yang dah diketahui semua orang dinamakan juga Pantai Cermin. Berjalan di atas air dan bergambar dengan cara kreatif dan unik. Kawasan ini hanya 'muncul' untuk beberapa hari dalam sebulan, iaitu ketika paras laut adalah rendah. Anda perlu menaiki bot untuk ke sini. Oleh kerana itu, anda dinasihatkan untuk melakukan tempahan dengan tour operator lebih awal untuk memastikan tarikh dan masa yang sesuai untuk lawatan anda.



Fenomena Blue Tears
Ingat kat luar negara je ke ada air biru cantik macam ni. Ada juga di Selangor tau. Lokasinya terletak berdekatan dengan Sky Mirror. Jom lihat bintang-bintang di laut. "Air Mata Biru" seperti cerita dongeng di mana air bersinar dengan warna biru memang nampak ajaib. Betul- betul romantik sangatlah ~ Terutama melihat fenomena ini dengan orang yang anda sayangi. Air biru ni terhasil dari sejenis tumbuhan marin yang hanyut di permukaan air. Ia kemudian menghasilkan cahayabiru apabila bertindak balas dengan oksigen air laut.


Melihat Kunang-Kunang 
Dulu kecik-kecik pernah nampak juga la kunang-kunang ni, sekarang susah nak tengok. Kalau nak tengok boleh pergi ke Kampung Kuantan. Selain Kampung Kuantan, ada juga di Kampung Bukit Belimbing.Sebelum ni nad pergi Firefly resort, tapi datang situ nak mandi kolam je. Tak sempat nak tengok aktiviti kunang-kunang dekat situ. Nak tengok kunang-kunang ke, mestila kene naik bot melalui Sungai Selangor. Dapatla tengok banyak kunang-kunang yang ada. Penting jangan bising dan ada flash kamera sebab kunang-kunang tak suka bising dan antiflash.




Eagle Tour
Ingat dekat Langkawi je ada bagi makan dekat helang, kat Selangor pun ada juga ye. Dapat tengok banyak helang datang bila kita mencampakkan daging ke dalam air sungai. Sambil tu boleh melihat pemandangan indah.



Bukit Melawati
Ni last nad pergi masa kecik-kecik dulu. Lepas tu dah tak pernah pergi. Nak ajak suami tak tau la bila dia senang. Bercinta kalau nak ajak dia jalan-jalan. Ingat lagi datang sini, dekat atas bukit, atas meriam tu , lepas tu ada beberapa ekor lotong..hehee. Bukit Melawati ni tempat bersejarah, Bukit yang pernah menjadi pusat pentadbiran dan kota kerajaan Selangor ini dibina sebagai benteng pertahanan daripada serangan Belanda pada akhir kurun ke-18. Kota ini telah ditawan oleh Belanda pada tahun 1784 namun telah berjaya dirampas kembali oleh sultan Selangor pada tahun seterusnya.

Menarik kan semua tempat ni. Pemandangan bandar, pergi ke kawasan tarikan berunsurkan alam semulajadi yang sangat menarik dan dapat dinikmati warga kota. Kepada mereka yang bercuti bersama anak-anak, tarikan-tarikan sebegini insya-Allah membuka mata mereka untuk lebih mendekati dan menghargai alam sekitar. 
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Teringin nak tengok Blue Tears & amik gambar kat Sky Mirror.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS