hai assalammualaikum

Promosi Aidilfitri Pusat Pakaian Hari-Hari, Baju Berkualiti, Harga Berpatutan Dan Banyak Pilihan - Macam biasa, beli baju raya awal, biar tak kelam kabut, semua siap cepat, banyak pilihan baju raya dan tak sesak nak pilih baju raya. Kalau nak membeli tu biar tenang-tenang je kan. Pilihan untuk membeli baju raya, sama seperti tahun lepas, dekat mana lagi kalau bukan di Pusat Pakaian Hari-Hari. 

Kenapa nad pilih Pusat Pakaian Hari-Hari
1) Pusat Pakaian Hari-Hari ni banyak outlet dia, ada 90 cawangan, jadi boleh pergi dekat mana-mana yang berdekatan
2) Banyak pilihan baju raya yang ada untuk semua usia, dari dewasa sampai kanak-kanak. 
3) Harga yang sangat berpatutan dan berkualiti. Ada promosi sempena raya ni.
4) Staff yang banyak membantu dan memudahkan pelanggan



Promosi Aidilfitri Pusat Pakaian Hari-Hari, Baju Berkualiti, Harga Berpatutan Dan Banyak Pilihan


Memandangkan lagi dua minggu kita nak beraya, hari minggu haritu, nad ajak suami pergi ke Pusat Pakaian Hari-Hari di Bandar Sri Permaisuri. Masuk je, terus belek baju raya mana yang cantik..hehehe. Banyak pilihan baju raya dekat sini dengan pelbagai design dan warna yang ada. Baju pun dari yang simple, ada yang lace, dan semuanya memang cantik.


Masing-masing sibuk tengah pilih baju mana nak. Bila anak-anak dah besar, masing-masing dah pandai nak pilih sendiri, tapi, mommy tetap tentukan baju mana sesuai dengan tema apa untuk raya. Kuasa wanita mesti nombor satu..kihkih.

Dekat sini semua baju peringkat usia ada, dari baju raya dewasa lelaki dan perempuan sampaila baju raya kanak-kanak lelaki dan perempuan. Kira pusat baju raya untuk satu keluarga.







Baju raya lelaki dewasa dan kanak-kanak, ada Baju Kurta, Baju Melayu, samping dan songkok. Baju raya lelaki ni ada pelbagai saiz, ada juga yang slimfit. Tengokla suami kita pakai, hensem kan, hehe.




Baju raya perempuan dewasa dan kanak-kanak , ada baju kurung, baju kebaya, macam baju kebarung dan macam-macm lagi la.

Baju raya dekat sini semua berkualiti dan kainnya elok sahaja. Tahun lepas nad beli baju raya dekat sini juga dan masih elok.

Nad suka shopping baju raya dekat Pusat Pakaian Hari-Hari ni sebab tak perlu bersesak. Macam nad sejak akhir-akhir ni memang tak larat nak masuk tempat ramai orang, jadi Pusat Pakaian Hari-Hari ni la tempat nad cari baju raya. Tenang je pilih baju, takda perlu berhimpit dengan orang lain. Nak pilih mana-mana design pun senang. Tak perlu berebut bagai..hehehe. 

Ni pun ambik masa 2 jam juga pilih baju raya sebab nak pilih baju design apa, memang pening ya..hehehe. Tapi ok je, sebab tak ramai orang boleh la ambik masa lama dalam ni kan..hahaha.


Ingat tema tahun ni nak warna biru muda, tapi terjumpa pulak baju design yang cantik, yang bukan tema yang kita nak. Jadi tema tahun ni kita tukar lagi tema warna kelabu. Takpe asalkn baju yang jumpa tu cantik, saiz sesuai dengan nad, anak-anak dan suami semua.

Alhamdulillah, siap dah beli baju raya, tak kalut beli awal macam ni. Harga baju raya dekat Pusat Pakaian Hari-Hari memang berpatutan dan sangat sesuai untuk keluarga besar yang nak berjimat membeli baju raya. 

Promosi raya Aidilfitri Di Pusat Pakaian Hari-Hari

Waktu raya ni, Pusat Pakaian Hari-Hari pun ada buat Promosi Raya Aidilfitri tau.


Untuk Raya ini, Hari-Hari ada bagi diskaun 10% untuk pemegang kad Watsons! Hah, grab cepat. 



Ada juga freegift semasa buat pembelain. Bagi pembelian RM100 keatas PERCUMA sampul raya dan bagi pembelian RM200 keatas PERCUMA beg woven Hari-Hari. Bermula 9 April ini! 

Sementara stok masih ada tau! 

Ooppss bukan tu je, ada lagi. Korang boleh dapat rebat 10% untuk pembelian Online di www.ehari.com

Pusat Pakaian Hari-Hari ni ada 90 cawangan seluruh Malaysia tau. Nak pergi Pusat Pakaian Hari-Hari yang berdekatan, boleh tengok di www.hari.com.my/locator

Untuk tau lebih lanjut, boleh layari
Website : www.ehari.com
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. seronok pilih baji di hari hari... murah dan saiz ada banyak. tak risau takde saiz

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS