hai 

Kebaikan Semulajadi California Blueberries - Apa kita nak buat dengan blueberries harini, nak buat pencuci mulut, kek, minuman atau makan macam tu sahaja? hah, macam-macam kita boleh buat dengan blueberries ni. Nampak sahaja saiz dia yang kecil tu, tapi banyak kebaikan semulajadi California Blueberries ni tau.

Memandangkan sekarang musim blueberries, rasai sendiri kemanisan buah California Blueberries dan sediakan hidangan berasaskan blueberries yang sedap dan berkhasiat. Nad suka makan blueberries, nampak sahaja kecil tapi hebat . Jom nad kongsikan kebaikan semulajadi California Blueberries ni.


Kebaikan Semulajadi California Blueberries


California adalah salah satu daripada enam negeri pengeluar blueberry terbesar di Amerika Utara. Buat penggemar blueberries, korang boleh menikmati kelazatan dan kesegaran Califoria blueberries yang manis juicy ini di Malaysia dan jadikan buah manis ini sebagai tambahan yang sempurna dalam diet sihat dan rutin harian korang.

Mulakan hari anda dengan cetusan rasa yang meriah dengan menikmati khazanah kecil ini. Blueberry dikenali sebagai "super fruits" dan  mempunyai banyak kebaikan. California blueberries penuh dengan nutrien, vitamin & antioksidan. Buah permata kecil ini boleh dinikmati dengan pelbagai cara untuk gaya hidup yang sihat dan bertenaga. Sama ada menikmatinya dengan begitu sahaja atau menggabungkannya ke dalam pelbagai hidangan, pencuci mulut atau minuman, kepelbagaian California blueberries tidak terhad.


Kebaikan California Blueberries


Beri biru California bukan sahaja memenuhi citarasa anda, tetapi ia juga menawarkan banyak kebaikan kesihatan. 

- Blueberry California rendah lemak : Satu hidangan satu cawan blueberry mengandungi 80 kalori dan hampir tiada lemak. Jadi boleh nikmatinya seberapa banyak yang boleh.
- Kaya dengan Serat: California Blueberry bukan sahaja lazat, tetapi juga rendah lemak dan sumber serat yang baik dalam mengekalkan kesihatan penghadaman.
- Vitamin C untuk Penguat Imun: Satu hidangan blueberry mengandungi 25%  keperluan Vitamin C yang diperlukan tubuh untuk membantu sistem imun yang sihat.
- Kesihatan Tulang dan Penggalak Tenaga: California blueberries tinggi dengan Manganese, nutrien penting yang memainkan peranan dalam pembangunan tulang dan menukar protein, karbohidrat dan lemak kepada tenaga.


Tips Memilih Bluberry Yang Betul

- Cari blueberry yang pejal, kering, gebu dan mempunyai kulit licin
- Pilih beri yang mempamerkan warna ungu-biru hingga biru-hitam dengan permukaan mekar keperakan
- Walaupun beri biru kemerahan mungkin masam untuk dimakan secara langsung, ia sesuai untuk memasak atau membakar
- Elakkan buah beri dengan kesan jus, daun, batang, atau tanda usia seperti kelembutan atau kedutan

California Bluberries, bukan sahaja kecil tapi mempunyai banyak kebaikan semulajadi untuk kesihatan dan menyedapkan apa jua hidangan. Apa lagi, dapatkan California Blueberries dan masukkan dalam kehidupan diet hidup korang. 

Dapatkan Blueberry California di pasaraya terpilih berhampiran.

Untuk maklumat lanjut boleh layari

Mengenai California Bluberries Commission


The California Blueberry Commission was founded on March 1, 2010. The blueberry industry in California is necessary to assure the public of a continuous supply of this important commodity and the maintenance of needed levels of income for those engaged in the blueberry industry of this state. The Commission is authorized to carry out programs of pest management, advertising, promotion, food safety, maturity standards, education, marketing, and research relating to blueberries, and more. The Board of Directors consists of 20 experienced industry representatives (10 board and 10 alternatives) who have a personal understanding of the market situation and the needs of the industry.
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2