Menangani Penyakit Neurofibromatosis Jenis 1 (NF1) Menerusi Kesedaran Dan Diagnosis - Walaupun kita takda keluarga yang mempunyai penyakit, tak semestinya kita tak perlu ambik tau berkenaan sesuatu penyakit terutama penyakit yang jarang jumpa seperti Neurofibromatosis Jenis 1 (NF1) ni.

Korang pernah dengar ‘Neurofibromatosis Jenis 1’ (NF1)? Mungkin ada di antara kita tak pernah dengar dan tidak ketahui berkenaan penyakit ini. Walaupun penyakit ini diklasifikasikan sebagai penyakit jarang jumpa, namun tanpa kita sedari, sebenarnya lebih ramai rakyat Malaysia menderita dengan NF1 dari apa yang kita jangkakan. 


Menangani Penyakit Neurofibromatosis Jenis 1 (NF1) Menerusi Kesedaran Dan Diagnosis

PENYAKIT NEUROFIBROMATOSIS JENIS 1 (NF1)

Nad berpeluang mendengar dan mengetahui tentang penyakit ini dengan lebih mendalam di forum Menangani Penyakit Neurofibromatosis Jenis 1 (NF1) Menerusi Kesedaran Dan Diagnosis.

Apa itu Penyakit Neurofibromatosis Jenis 1 (NF1)?


NF1 adalah penyakit genetik autosomal dominan yang berlaku dengan kebarangkalian 50:50; sama ada diwarisi daripada ibu bapa atau disebabkan mutasi spontan pada gen NF1. 

PENYAKIT NEUROFIBROMATOSIS JENIS 1 (NF1)

NF1 ialah penyakit yang boleh melibatkan pelbagai sistem tubuh badan, antara cirinya termasuklah perkembangan tumor pada tisu saraf, perubahan pigmentasi kulit, serta komplikasi yang lain.

Penyakit ini berisiko terjadi seawal usia kanak-kanak, dengan anggaran 1 daripada 3,000 kanak-kanak mengalami NF1 di seluruh dunia.

Simptom Neurofibromatosis Jenis 1 (NF1)

PENYAKIT NEUROFIBROMATOSIS JENIS 1 (NF1)

Simptom awal termasuk bintik-bintik coklat muda (café’ au-lait macules) pada kulit, atau benjolan sama ada di permukaan atau di bawah permukaan kulit (neurofibromas), keadaan ini menyukarkan ibu-bapa dalam mengenalpasti permulaan penyakit anak mereka. 

Dalam kalangan pengidap NF1, 30%-50% daripada mereka berisiko mengalami neurofibroma pleksiform (PN), yang sebahagian besarnya dapat dikenal pasti sejak lahir. PN berisiko menyebabkan kecacatan melampau, kelumpuhan, serta mengganggu pertumbuhan dan fungsi normal anggota badan.

NF1 juga boleh menyebabkan bebanan psikososial yang ketara kepada pesakit  kerana simptom lain seperti tumor yang merebak pada saraf boleh menyebabkan benjolan ketara, dan mungkin menarik perhatian yang tidak diingini dari khalayak ramai.

Kepentingan Menangani NF1


Disebabkan penyakit NF1 ini jarang jumpa, jadi orang ramai perlu ambik tau kepentingan menangani NF1 menerusi pelbagai langkah pendekatan.

PENYAKIT NEUROFIBROMATOSIS JENIS 1 (NF1)

Bagi membincangkan tentang kepentingan menangani penyakit ini, mereka telah menjemput Professor Dr Thong Meow Keong, Pakar Perunding Genetik Klinikal, Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya; Dr Ngu Lock Hock, Ketua Jabatan, Jabatan Genetik, Hospital Kuala Lumpur; Azrul Mohd Khalib, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre for Health and Social Policy, dan Puan Nadiah Hanim binti Abdul Latif, Presiden Malaysian Rare Disorders Society.

Antara yang dikongsi para jemputan mengenai cara menangani NF1

1) Tingkatkan Pemahaman NF1 dikalangan awam


Dr. Ngu Lock Hock, Ketua Jabatan, Jabatan Genetik, Hospital Kuala Lumpur berkata, 

“Usaha bagi mendekatkan jurang kesedaran adalah langkah utama untuk meningkatkan pemahaman NF1 tidak hanya dikalangan awam, tetapi ia juga penting kepada pengamal perubatan. 

Sebaik-baiknya, kita wajar meningkatkan kurikulum perubatan untuk penyakit jarang jumpa ini dan memanfaatkan platform media sosial sebagai kempen kesedaran. Bahkan, tumpuan juga perlu diberikan kepada usaha kita bekerjasama dengan kumpulan sokongan pesakit bagi memulakan perubahan kepada dasar dan pembiayaan penyakit jarang jumpa.”

2) Wujudkan kumpulan perubatan khas


Berucap di majlis berkenaan, Professor Dr. Thong Meow Keong, Pakar Perunding Genetik Klinikal, Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya berkata,

“NF1 adalah penyakit yang memerlukan pengurusan menyeluruh daripada pasukan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang perubatan termasuklah pakar neurologi, pakar genetik, pakar bedah, dan pelbagai kepakaran perubatan yang lain. Disebabkan ini, penting bagi kita mewujudkan kumpulan perubatan khas dalam menguruskan NF1.”

“Penubuhan kumpulan kerja yang terdiri daripada pelbagai pakar kesihatan adalah penting dalam membuat proses diagnosis,dan seterusnya menambah baik  pengurusan NF1 agar rawatan terbaik dapat diberikan kepada pesakit. Kita wajar mendesak perubahan dasar dalam pendekatan penyakit jarang jumpa ini dan ia meliputi keperluan pembiayaan, perkhidmatan dan sumber yang tidak berpusat bagi menjamin kualiti kesihatan di Malaysia. 
Bahkan,terdapat keperluan melaksanakan lebih banyak latihan perubatan untuk melahirkan pakar bagi penyakit jarang jumpa , termasuklah memberikan pengiktirafan serta jawatan kepada kaunselor genetik,” kata Professor Dr. Thong.

3) Perubahan dasar menghadapi penyakit jarang jumpa


Menyokong seruan perubahan dasar berkenaan, Azrul Mohd Khalib, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre for Health and Social Policy bersependapat bahawa perubahan dasar dapat memupuk pendekatan ekosistem dalam menguruskan penyakit jarang jumpa dan meningkatkan akses rawatan yang diperlukan pesakit bagi mendapatkan kesihatan lebih baik. 

Azrul juga berkata, 

“Oleh kerana NF1 terlalu asing kepada pengetahuan orang ramai, terdapat jurang yang besar dalam memenuhi hak keperluan pesakit bagi mendapatkan diagnosis dan rawatan berkesan. Menangani NF1 memerlukan pendekatan menyeluruh, membabitkan pelbagai disiplin perubatan dan mempertingkatkan dasar sedia ada bagi menghadapi cabaran berterusan penyakit jarang jumpa berkenaan.”

4) Pesakit memerlukan bimbingan yang jelas dan terancang


Puan Nadiah Hanim binti Abdul Latif, Presiden Malaysian Rare Disorders Society (MRDS) berkata, 

“Penyakit jarang jumpa wujud tanpa kita sedari, walaupun begitu, kurangnya maklumat penting di kalangan orang awam untuk membantu pesakit menghadapinya. Pesakit memerlukan bimbingan yang jelas dan terancang dalam menyokong pengurusan penyakit mereka. Usaha kami untuk mendekatkan jurang kesedaran terhadap NF1 bertunjangkan kepada harapan untuk membantu lebih ramai memahami NF1 dan memastikan lebih ramai pesakit mendapatkan diagnosis serta rawatan sewajarnya.” 

“MRDS terus bekerjasama dengan kumpulan pesakit, pakar perubatan dan kesihatan, dan semua pihak berkepentingan yang terbabit untuk menambah baik perjalanan pesakit bermula di peringkat awal mengenal pasti diagnosis sehinggalah pesakit mendapatkan rawatan sewajarnya. 

Kami komited bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi meneruskan usaha menjamin hak kesihatan dan kesejahteraan setiap individu pengidap penyakit jarang jumpa dan keluarga mereka dipertahankan di Malaysia. Dalam mendukung komitmen negara terhadap Liputan Kesihatan Universal, kami percaya tiada seorang pun wajar dinafikan hak mereka mendapatkan rawatan.”

Pelancaran laman web Lets Now Figure 1

PENYAKIT NEUROFIBROMATOSIS JENIS 1 (NF1)

Bersempena forum itu juga, turut berlangsung pelancaran laman web Let’s Now Figure 1 sebagai inisiatif memacu kesedaran terhadap NF1. 

Laman web yang disokong oleh AstraZeneca itu berfungsi sebagai pusat yang menawarkan maklumat penting NF1 – termasuklah informasi mengenai  simptom, diagnosis,  serta pendapat dalam pengurusan NF1. 

Boleh layari www.learnNf1.my untuk mengenali pasukan kesihatan yang berpotensi untuk dihubungi bagi mendapatkan pelan rawatan (pesakit), bersama maklumat lengkap kepada pesakit yang baharu didiagnosis, serta persediaan kepada keluarga yang memiliki anak-anak pengidap NF1

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Great post! I found it really interesting and well-written. Looking forward to more from you! 👍

    ReplyDelete
  2. This was a fantastic read! I couldn't agree more with your points. Keep up the excellent work! 😊

    ReplyDelete
  3. I'm impressed with the quality of your content. This post is concise and insightful. Looking forward to your next one! 👏📚




    ReplyDelete
  4. Gaining access to the Linksys router setup page using myrouter.local is a relatively straightforward process, as it requires only the default login credentials for your router. Once you successfully log in and enter the setup wizard, you will have comprehensive control over the settings and configuration of your Linksys router. Moreover, there is always a support team available to assist you.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2