Cara Menghentikan Tabiat Merokok dengan Pengurangan Tembakau - Bila bercakap berkenaan rokok ni memang kadang-kadang geram je dengan sikap mereka yang tidak ambil endah, ibarat menempah penyakit berbahaya dan tidak hargai nikmat kesihatan. Asap rokok tu bukan sahaja bahaya pada diri sendiri, malah bahaya pada sekeliling terutama sekali pada anak-anak kecil. Ya, bila sekali dah hisap rokok, bukan senang nak berhenti dan ia adalah satu proses yang sukar.

Kita masih boleh lihat berapa ramai perokok-perokok tegar dengan bangganya menghembus asap pembunuh ke udara tanpa memikirkan risiko pada orang sekeliling. Dianggarkan terdapat 1.1 billion perokok dewasa di dunia. Apa sebenarnya yang menyebabkan berlakunya ketagihan merokok ni? Sedap sangat ke rokok ni sampai orang susah nak berhenti dari merokok? Dalam hal merokok ini, asap rokok tu la paling bahaya. Cara untuk mengurangkan kemudaratan ialah berhenti merokok sepenuhnya atau dengan menggunakan alternatif bebas asap rokok bagi perokok tegar.

Cara Menghentikan Tabiat Merokok Dengan Pengurangan Tembakau





Macam suami nad, memang penghisap rokok yang tegar. Tapi sedaya upaya mengurangkan sikap merokok ni. Korang tau tak, dengan menghisap rokok korang boleh dapat masalah jantung, tahap kesihatan makin merosot dan, gigi jadi kuning kesan dari merokok tu.

Dengan mengamalkan pengurangan bahaya tembakau yang juga dikenali sebagai Tobacco Harm Reduction (THR), cara ini dapat mengurangkan bahaya dan mudarat kepada tabiat si perokok berbanding dengan rokok tradisional.. 

Haa bagi yang tak tahu, sebenarnya isu ketagihan merokok ini berpunca daripada NIKOTIN yang ada dalam rokok tersebut. Nikotin merupakan bahan semula jadi di dalam daun tembakau. 

Namun begitu NIKOTIN bukan punca utama penyakit berkaitan merokok.

“It’s not the nicotine that kills you, it’s all the other carcinogens in lighting tobacco on fire.” - Scott Gottlieb, Commissioner of the US Food & Drug Administration (Interview on CNBC, 24 Aug 2017)

Bila konsep Pengurangan Bahaya Tembakau di amalkan, ia mengurangkan risiko kesihatan dari toksik yang ada dalam asap tembakau dan sekaligus menukar cara pengambilan nikotin yang bahaya kepada yang kurang bahaya.

Sebatang rokok mempunyai bahan berbahaya

Korang tau tak, sebatang rokok mengandungi banyak bahan bahaya dan TAR adalah salah satunya. Ramai fikir TAR ialah bahan digunakan untuk membuat jalan raya. Walau bagaimanapun, ia adalah satu istilah digunakan untuk menggambarkan berat berasaskan mesin pengukuran bagi zarah dalam rokok asap. TAR ini dihasilkan apabila air dan nikotin dikeluarkan dari asap rokok. Ia mempunyai sifat karsinogenik dan boleh menyebabkan pertumbuhan sel-sel kanser dan menyebabkan gigi menjadi berwarna kekuningan.


Pembakaran asap rokok merupakan penyebab utama penyakit berkaitan rokok


Punca utama masalah kesihatan pula adalah asap rokok yang mengandungi pelbagai bahan kimia yang berbahaya melalui pembakaran. Apabila sebatang rokok dinyalakan, bahan tembakau (bahan api) di dalamnya akan menyala terbakar, menghasilkan abu, haba dan cahaya (tenaga) dan asap.

Menurut Pengurus Pengurusan Projek dan Integrasi Pengetahuan di PMI, Mark Bentley berkata asap rokok yang dibebaskan daripada proses pembakaran tembakau mengandungi lebih 6,000 sebatian kimia, sekurang-kurangnya 100 daripada bahan kimia ini dikelaskan sebagai berbahaya atau berpotensi berbahaya dimana ia boleh mengakibatkan penyakit berkaitan merokok seperti kanser paru-paru, emfisema, dan penyakit jantung. 

Kaedah mengurangkan bahaya dengan menggunakan produk bebas asap rokok


Paling baik adalah untuk seseorang berhenti merokok sepenuhnya. Tetapi bukan semua mahu berhenti merokok. Jika seseorang perokok tidak mahu berhenti merokok, maka salah satu kaedah adalah dengan menggantikan rokok tembakau tradisional dengan menggunakan produk bebas asap rokok seperti produk pemanasan tembakau, vape, snus, dan lain-lain lagi.. 

Alternatif bebas asap tidak melibatkan proses pembakaran, oleh itu, ia tidak mengeluarkan asap. Tanpa asap, bahan kimia yang terdapat di dalam asap rokok tidak hadir dan oleh itu, akan mengurangkan kadar bahaya tersebut. Bagaimanapun ia masih tidak bebas risiko.

Contohnya, Heated Tobacco Products (HTP) - ia adalah salah satu produk alternatif dimana ia cuma memanaskan tembakau pada suhu yang bertetapan. Oleh itu, ia tidak mengeluarkan sebarang bentuk asap. Apa yang dilepaskan sebaliknya adalah aerosol.

Selain itu, ada juga produk yang dipanggil Snus, iaitu produk tembakau tanpa asap oral yang biasanya diletakkan di belakang bibir atas, sama ada dalam bentuk longgar atau dalam uncang bahagian, dan digunakan terutamanya di Sweden dan Norway.

Sememangnya, pilihan terbaik untuk perokok dewasa ialah berhenti merokok dan nikotin sama sekali. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang dewasa yang tidak mahu berhenti bolehlah bertukar untuk menggunakan produk alternatif daripada terus merokok berterusan.


Jepun menunjukkan cara terbaik pengurangan dalam tabiat merokok


Melihat sendiri negara Jepun, bagaimana mereka memperkenalkan Sistem Pemanasan Tembakau (THS) pada tahun 2014, mulanya telah diperkenalkan di Nagoya, bagi mengurangkan kemudaratan pada kesihatan rakyat.Sistem Pemanasan Tembakau (THS) ini telah terbukti berjaya apabila penurunan  penjualan rokok tembakau sebanyak 9.5% dalam jualan rokok dari 2015 hingga 2018 

Pada 2019, kajian menunjukkan bahawa di Jepun, 76% adalah pengguna Produk Tembakau Dipanaskan (HTP) manakala hanya 24% pengguna HTP yang meneruskannya dengan menghisap rokok.

Jepun juga telah menetapan syarat yang ketat untuk perokok seperti menyediakan tempat khas untuk perokok. Mengambil kira negara Jepun sebagai model yang berjaya, negara lain yang mempunyai bilangan perokok tegar yang tinggi seperti Malaysia, harus meneliti semula undang-undang dan sekatan yang dikenakan.

“Alternative nicotine delivery devices, such as nicotine vaping products, could play a crucial role in reducing the enormous health burden caused by cigarette smoking” - Public Health England

Macam nad, dalam keluarga nad, takda siapa yang merokok, tapi dapat pula suami yang merokok. Siapa la kita nak menolak jodoh kan. Kalau dah dapat lelaki yang merokok tu, kita cuma boleh nasihatkan jela. Nampak la struggle dia nak berhenti merokok, dari seminggu beberapa kotak dan berkurangan dari sehari ke sehari. Mungkin akan nasihat dia untuk beralih ke produk bebas asap rokok.

Banyak sebab kenapa perlu berhenti merokok? Bukan sahaja untuk kesihatan, malah untuk semua. Tak rugi berhenti sekarang. Tapi kalau rasa susah sangat nak berhenti secara mendadak, boleh lah kurangkan jumlah merokok tu atau boleh try alternatif lain seperti guna produk bebas asap rokok.

SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2