GB Gold Malaysia Perkenal Edisi Khas Rekaan Emas Alif Satar - Sekarang ni emas memang jadi pilihan untuk disimpan dan dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang. Emas ni nilainya makin lama makin tinggi, jadi orang ramai mula sedar untuk menyimpan emas. Siapa yang suka kumpul emas mesti korang pernah dengar GB Gold Malaysia kan. Haritu nad dijemput ke Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Produk Emas Alif bersama GB Gold Malaysia & Alif Satar. Nampak nama Alif Satar memang nad akan pergi..hehee. Majlis ni bukan sahaja berbuka puasa tapi perkenalkan Alif sebagai duta GB Gold Malaysia dan edisi khas rekaan emas Alif Satar.


Meriah ye majlis, semua yang datang adalah dari penyimpan-penyimpan emas, pelabur GB Gold Malaysia, rakan dalam industri dan terbuka kepada orang awam. Satu dewan penuh tau, menunjukkan ramai sedar bahawa emas tu sesuatu yang penting dalam kehidupan. Kalau dulu emas fizikal jadi pilihan untuk simpanan, tapi sekarang emas berbentuk dinar dan gold bar lebih menairk perhatian.

GB Gold Malaysia Perkenal Edisi Khas Rekaan Emas Alif Satar 




Ditubuhkan pada tahun 2023, kedai emas GB Gold, yang terletak di seksyen 13, Shah Alam, Malaysia, merupakan penjual terkemuka dalam industri emas, yang mengkhusus dalam penjualan barang kemas dan gold bar. GB Gold telah mendapat jualan antara tertinggi di Malaysia terutama dalam pasaran dalam talian, tiktok. 

Selain kedai emas fizikal, GB Gold juga mempunyai platform yang memudahkan pengguna untuk membeli dan menyimpan emas. Sistem yang sangat mudah difahami dan mesra pengguna, sangat selamat untuk menyimpan dan menjual emas hanya dihujung jari. Paling penting ia patuh syariah.


Pada hari itu, Grand Bullion Gold Sdn Bhd atau GB Gold Malaysia menandatangani perjanjian memorandum persefahaman ( MoU) dengan selebriti Alif Satar sebagai duta bertujuan memantapkan jalinan kerjasama dalam bidang masing-masing di negara ini. Tahniah Alif satar atas pelantikan menjadi duta GB Gold Malaysia. Fuh siapa tak kenal dengan Alif Satar kan, artis yang kurang kontroversi dan mengajak orang ramai ke masjid. Pilihan yang bijak menjadikan ALif Satar sebagai duta emas.

Dengan lantikan Alif Satar sebagai duta, ia dilihat sebagai tarikan kepada orang ramai memilih emas sebagai simpanan. Lagi bila dapat tau ada rekaan emas Alif Satar, mestilah orang ramai akan membeli kan.


Ketua Pegawai Eksekutif, Shahfizzam Moideen berkata, "Alif Satar dipilih sebagai salah satu usaha GB Gold menyebar luas maklumat mengenai kelebihan menyimpan emas. Beliau terpilih bersandarkan kepada prestasi yang konsisten sebagai ikon artis serba boleh serta mempunyai idea-idea baharu, dan positif".

"Istimewanya Alif Satar selalu membawa idea segar dan baharu malah mengambil kesempatan dirinya yang popular untuk mengajak orang ramai ke arah kebaikan termasuk dari sudut kerohanian. Alif juga merupkan penyimpan emas tegar dan ia bertepatan dengan kempen GB Gold Malaysia. Alif bukan sekadar membawa jenama GB Gold tetapi akan berkongsi pengalaman sepanjang menympan emas dan mendidik masyarakat tentang kelebihan dan kepentingan menyimpan emas sebagai alternatif simpanan".

Selepas memperkenalkan inisiatif jual beli emas merangkumi kedai fizikal dan tawaran jualan dalam talian dengan konsep patuh syariah, seterusnya GB Gold Malaysia memperkenalkan rekaan baharu emas gold bar dan emas dinar yang kebanyakan sebelum ini berbentuk petak dan bulat.

Edisi Khas Rekaan Emas Alif Satar


Sempena lantikan Alif Satar sebagai duta selama 15 bulan, turut memperkenalkan Alif gold bar dan Alif dinar yang berbentuk huruf Alif yang pertama di Malaysia. Rekaan huruf Alif itu, diukir dan tertera hayya a'lal falah yang bermaksud marilah menuju kejayaan dan kemenangan.

Serius, cantik sangat rekaan emas gold bar dan dinar Alif ni. Limited Edition tau, kenala beli dengan segera. Sekurangnya dapat beli satu pun mesti gembira. Lebih istimewa, sesiapa yang membeli salah satu rekaan baharu jenama Alif Satar pada haritu, berpeluang menerima hadiah emas 999.9 seberat 100 gram yang bernilai RM35,000.


Pada majlis itu juga, GB Gold Malaysia menandatangi perjanjian dan mengumumkan penajaan kepada Alif Satar dan The Locos yang mengadakan konsert jelajah United Kingdom 2024. 

Lepas je majlis berbuka, lepas solat Isyak, Alif dan The Locos buat persembahan. 

Majlis dimeriahkan dengan adanya hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM30,000. Seronok ya mana yang bertuah dapat duit raya tu pada hari tu. 

GB Gold Malaysia sentiasa membawa aspirasi emas dengan bentuk-bentuk baharu dan di pasaran dengan kelainan dan berbeza daripada rekaan yang sedia ada di pasaran. Kempen akan diteruskan dengan rekaan baru mengikut musim antaranya edisi khas hari sambutan jururawat, sambutan hari kemerdekaan, musim raya Aidil Adha dan sebagainya.

GB Gold bukan hanya kedai yang menjual emas fizikal tetapi juga sentiasa mencipta kesedaran orang ramai terutama golongan muda yang positif untuk mengenali emas fizikal dan menjadikan salah satu pelaburan jangka panjang.

GB Gold yakin kempen ini mencapai sasaran kerana emas tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan masyarakat tetapi mereka akan terus memberikan pendedahan dan pengetahuan menyimpan emas dengan cara yang betul. Selain menyimpan emas fizikal, menyimpan emas dalam bentuk gold bar dan dinar adalah salah satu cara yang terbaik.

Kepada yang berminat untuk menyertai rangkaian agen GB Gold Malaysia dialu-alukan kerana model yang ditawarkan memberi pulangan yang baik serta sistem yang digunakan mempu menjana pendapatan pasif, bermaksud dengan usaha sekali, hasil berkali-kali melalui konsep Referral iaitu strategi pasaran yang popular ketika ini. 



Jangan risau GB Gold patuh syariah. 

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai GB Gold Malaysia


Kalau korang nak faham lagi mengenai GB Gold Malaysia ni, atau nak simpan emas gold bar dan dinar, boleh hubungi Grand Bullion Sdn Bhd di talian 013 7860916 atau layari
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2