GB Gold Malaysia Perkenal Edisi Khas Rekaan Emas Alif Satar - Sekarang ni emas memang jadi pilihan untuk disimpan dan dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang. Emas ni nilainya makin lama makin tinggi, jadi orang ramai mula sedar untuk menyimpan emas. Siapa yang suka kumpul emas mesti korang pernah dengar GB Gold Malaysia kan. Haritu nad dijemput ke Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Produk Emas Alif bersama GB Gold Malaysia & Alif Satar. Nampak nama Alif Satar memang nad akan pergi..hehee. Majlis ni bukan sahaja berbuka puasa tapi perkenalkan Alif sebagai duta GB Gold Malaysia dan edisi khas rekaan emas Alif Satar.


Meriah ye majlis, semua yang datang adalah dari penyimpan-penyimpan emas, pelabur GB Gold Malaysia, rakan dalam industri dan terbuka kepada orang awam. Satu dewan penuh tau, menunjukkan ramai sedar bahawa emas tu sesuatu yang penting dalam kehidupan. Kalau dulu emas fizikal jadi pilihan untuk simpanan, tapi sekarang emas berbentuk dinar dan gold bar lebih menairk perhatian.