Menginap Di Chalet Rumah Kampung/Kenanga Di Riverside Janda Baik - Hah sebelum ni nad cerita mandi manda di Riverside Janda baik, kali ni nad nak cerita chalet yang nad stay dekat sana. Dah mandi manda tu mestila nak terus rehat dekat chalet kan. Bermalam satu hari pun ok, asalkan dapat berehat. Jadi, nad booking chalet Rumah Kampung atau Rumah Kenanga untuk dua keluarga. Nad pergi dengan kakak, jadi ramaila. Kalau dah ramai, memang elokla pilih chalet yang besar. Pilih punya pilih, Rumah Kenanga di Riverside Janda Baik ni sesuai sangat untuk 13 orang. Terus booking lepas kakak pun setuju.

Macam biasalah, check in chalet masuk pukul 3 petang. Jadi kitaornag pergi awal sebab nak mandi manda dulu dekat sungai Riverside, berkelah, bersantai dekat situ. Dah lama tak jumpa air sungai. Cuaca pula panas, dapat mandi air sungai, lega, sejuk je.


Menginap Di Chalet Rumah Kampung/Kenanga Di Riverside Janda Baik


Dalam pukul 3 petang, nad uruskan chalet pulak. Budak-budak masih mandi manda lagi. Pergi pejabat dia, dan cek nama kita. Lepastu bayar deposit RM200. Nak bayar cash boleh, nak cashless pun boleh. Lepastu akan dibagi kunci dan satu beg dalam tu remote control tv..hehe. So, kenala jaga elok-elok.

Ooopss!!, sebelum tengok rumah, nad nak tunjukkan cara booking chalet dekat Riverside Janda Baik ni.

Cara Booking Chalet Riverside Janda Baik


Yup, korang kene booking dulu dekat website Riverside Janda Baik. Biasalah kan, nak staycation mesti kena booking dulu. Bukan terus terjah je.


1) Pergi ke website http://www.riverside.com.my/

2) Tekan bahagian reservation

3) Pilihla tarikh dan berapa dewasa dan kanak-kanak


4) Pilih chalet, rumah yang korang nak. Ada banyak jenis yang korang boleh pilih ikut kesesuaian jumlah family.

Jenis-jenis bilik di Riverside Janda Baik




- Chalet Standard - Kipas
- Chalet Standard-Aircond
- Chalet Seroja
- Chalet Famili A
- Chalet Famili B
- Hillside Cribs
- Mini Cottage
- Chalet Sakura
- Rumah Kampung
- Rumah Melati
- Chalet Tepi Sungai
- Homestay Rafflesia

5) Dah pilih bilik, boleh tekan View rates, nanti akan keluar book room


6) Baca arahan dan isi details yang dikehendaki dan buat apa sahaja yang disuruh dan boleh buat pembayaran.

7) Lepas pembayaran sudah dibuat, akan dihantar ke email korang. Selesai

Check in pukul 3 petang, check out pukul 12 tengahari. Deposit RM200 perlu dibayar semasa nak check in.

Dekat sini parking memang banyak, jangan risau. 


Ada surau, ada tandas awam dan dekat dengan sungai.

Rumah Kampung/Rumah Kenanga


Ini lah Rumah Kampung/Rumah Kenanga yang nad booking. Dari luar cantik sangat. Tengok rumah kayu, lantai beranda guna buluh, dalam kayu memang macam rumah nenek-nenek kita. Luar rumah je penuh dengan pokok-pokok hijau buat suasana rumah ni sejuk, tenang dan cantik. Memang vibe kampung betul. Rumah ni sesuai untuk 13 orang, memang kukuh la ye.

Kelengkapan di Rumah Kenanga Riverside 










Kelengkapan dalam rumah ni semua lengkap. 
- Ruang TV
- Ruang Tamu
- Satu bilik dengan dua katil
- Dapur dengan kelengkapan dapur, peti sejuk, pinggan mangkuk, gelas, cawan, sudu, kuali, tempat memasak, cerek dan banyak lagi la.
- Tandas
- 11 tilam disediakan di ruang tamu.
- BBQ 
- Dekat dengan sungai

Makanan dan peralatan mandi semua bawa sendiri..hehehhee. Tandas lu betul. Siap ada air panas, air sejuk.

Rumah ni takda aircond, cuma ada kipas sahaja. Kitaorang ingat panas malam-malam, rupanya sejuk ye. 


Malam tu kitaorang buat bbq. Bakar ayam dan sosej. Makan dekat beranda. Pergh layan, sejuk ye. Berehat sambil menikmati nyanyian alam - bunyi cengkerik, deruan aliran sungai. Memang best la dapat stay sini walaupun satu malam.

Nak keluar makan pun boleh, ada je kedai dekat situ. Kalau tak tau boleh tanya dekat yang jaga pejabat tu. Tapi kitaorang malas nak keluar, sebab tu buat bbq.

Dah kenyang tidurla. Memang lena ye, takda nyamuk, sejuk je.



Esok pagi suami dan abang ipar pergi kedai beli nasi lemak. Syokla makan nasi lemak dekat beranda. Angin pagi meniup. Lepas sarapan sambung pergi mandi manda dekat sungai. 

Pukul 12 tengahari check out. Kalau takde kerosakan ke apa, deposit akan dibagi semula.

Rumah Makan Riverside


Dekat sini pun ada kedai makan sebenarnya, namanya Rumah Makan Riverside. Nad ingat dapatla makan dekat kedainya, tapi masa nad datang tutup pulak. Sedih rasanya. Katanya dekat sini ikan tempoyak tu sedap. Tapi tu la tak dapat nak rasa.


Tapi ada satu kedai apam balik yang sedap dekat sini. Korang kene beli dan rasa. Serius tak cukup makan satu.

Datang sini nak mandi manda sahaja pun boleh, nak staycation sekali pun boleh. Ada nad cerita .mandi manda di Riveside Janda Baik.





Bolehla datang sini nak rehatkan diri dari kesibukan kota dan kepanasan cuaca ni. Kitaorang pun enjoy sangat datang sini.
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2