Pusat Sains Negara : Tiket Percuma Sehingga 2 Jun 2024- Haritu adik, dan kakak-kakak nad datang rumah nad bermalam satu hari dekat rumah nad di Kuala Lumpur ni. Cuti sekolah bermula, diaorang pun datangla bercuti di KL. Dah alanmg-alang datang tu, nad pun bawala diaorang jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur ni. Malam minggu nad bawaj jalan dekat KLCC, dan esoknya hari Ahad, bawa diaorang ke Pusat Sains Negara. 

Nad pun dah lama tak pergi ke Pusat Sains Negara. Masih ingat lagi dulu pergi sebab rombongan sekolah. Sekarang dah ada anak dua baru nak jejak semula. Farhanah dia dah pergi sebab ikut rombongan sekolah tabika dia, Fariza la belum pergi. Hah, memang elokla bila diaorang ni ada semua, kitaorang jalan-jalan ke Pusat Sains Negara. Lagipun cuti sekolah, dapatla bawa diaorang ke sini.

Pusat Sains Negara 


Kitaorang pun plan last minit, siang tu baru fikir nak ke mana. Dalam kepala Pusat Sains Negara jela, sebab duk fikir anak sulung nad ni tak pernah pergi dan dia nak sangat pergi. Pukul 1 petang kitaorang gerak ke Pusat Sains Negara, dan sampai sana sampai dalam pukul 2.30 petang. Suami parking tepi, lepastu naik tangga, sama je macam dulu-dulu lagi. Sampai je atas, memang semput juga la..hahhaa. 

Harga masuk ke Pusat Sains Negara


Dewasa (13 tahun ke atas): RM 6
Kanak-kanak (7-12): RM 3
Warga Emas (55 tahun keatas) : RM 3

Sebelum pergi memang kitaorang dah survey harga masuk Pusat Sains Negara. Lepas dah sampai kaunter, kelam kabut kira berapa dewasa, berapa kaanak-kanak. Almaklumla nak tau kanak-kanak tu sampai umur berapa..hahaa. Macam lost pulak, padahal sebelum pergi dah tengok.

Nad: kanak-kanak umur sampai
Abang kaunter: sampai 12 tahun.

Pastu mula pening kira anak buah berapa. Tak semua nad tau umur diaorang berapa..hahahha

Dah kira tu, nad dah keluarkan kad debit siap nak bayar, orang tu pun dah n bagi tiket sekali dia cakap

Abang kaunter: tak yah bayar, percuma sekarang.

Kitaorang terkjut..hah!!, percuma, betul ke?

Abang kaunter tu tunjuk notis berkenaan tiket percuma tu dekat kaunter tu. Nampak tak, tadi punya kelam kabut sampai tak nampak notis yang ditulis. 

Tiket Percuma Sehingga 2 Jun 2024


Alhamdulillah rezeki anak-anak cuti sekolah ni, dapat tiket percuma. Tiket Percuma ni sehingga 2 Jun. Kira sepanjang cuti sekolah.

Seronokla, terus masuk dalam.

Pelbagai Aktiviti Sains


Biasalah, dah namanya Pusat Sains Negara, dalam ni cuma sains jela. Best bagi anak sulung nad, Fariza, sebab dia suka bab pelajaran Sains ni. 







Semua benda dalam ni dia nak cuba. Sebab tu nad memnag nak bawa sangat dia ke sini.

Macam adik pernah pergi masa rombongan sekolah tabika dia, dia bolehla tau mana yang best dan tak best..hahahha. Layan jela gambar-gambar yang nad ambik sedikit ni.


Cuti sekolah ni memang ramai ibu bapa bawa anak-anak ke sini.

Pameran Obskura XR

Oh, ada satu pameran Obskura XR dekat Pusat Sains Negara ni. Tapi ynag ni kena bayar asing. Ni takda percuma, kena bayar ye. Masa nad datang dah habis tiketnya.

Harga Masuk Pameran Obskura XR

Dewasa : RM 8
Kanak-kanak 4-12 Tahun : RM 6
Kanak-kanak 3 Tahun Kebawa) : RM 0.00
Warga Emas (55 Tahun Ke atas) : RM 0.00
OKU : RM 0.00
Kump. Prasekolah (Termasuk Guru) : RM 3
Kump. Sek. Rendah (Termasuk Guru) : RM 3
Kump. Sek. Menengah (Termasuk Guru) : RM 5




Pameran Obskura XR ni macam cahaya fantasi dan ilusi gitu. Ada dalam bentuk 3D, macam dalam gambar tu la.

Sempat juga la kitaorang semua selongkar apa yang ada dekat Pusat Sains Negara ni sampai pukul 5 petang, sebab tempat ni tutup pukul 5 petang.

Taman Tema Air Pusat Sains Negara


Syoknya kalau datang Pusat Sains Negara ni, datang awal, bila dah habis jalan-jalan dekat Pusat Sains Negara boleh pergi dekat Taman Air Pusat Sains Negara. Tapi nak datang sini terus ke tam tema air ni pun boleh. Masuk Percuma juga tiada bayaran.

Info Lanjut Pusat Sains Negara


Cuti sekolah ni bawa la anak-anak ke Pusat Sains Negara. 

Pusat Sains Negara Kuala Lumpur
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Persiaran Bukit Kiara
50662 Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Tempahan : tempahan(at.)psn.gov.my
Operasi: Sabtu sehingga Khamis (9:00 am – 5:00pm).
Ditutup pada hari Jumaat
Kaunter tiket ditutup pada jam 4:00 petang.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Bagus bawa anak ke sini. Pendedahan awal mengenai ilmu sains. Tiketnya pun harga ok. Tak dapat free, bayar pun ok la ^^ thanks share.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2