Mini Olahraga Sekolah Farhanah – Meriah Habis! - Hari Khamis lepas, adalah Hari Mini Olahraga Sekolah Farhanah. Sejak dia masuk darjah satu ni banyak aktiviti dia buat dekat sekolah. Kalau masa tabika tak banyak aktiviti ada, hah masuk sekolah rendah baru dia rasa best. Dapat pulak dia join hari sukan ni, dapat masuk acara lari lagi. Sebagai mak mestilah semangat nak datang tengok anak masuk larian dan bagi sokongan.
Pagi tu memang bagi dia sarapan yang sihat la. Nak bagi dia cergas dan tak lapar. Dia pun dah semangat nak lari. Siap bawa air, kipas, semua. Mak pulak yang excited..heehhe. Untuk mini olahraga ni bagi tahap 1 ( pra, darjah 1,2 dan 3) sahaja. Tahap 2 hari sukan tarikh lain. Bagusla tak campur, kalau tak penuh padang.
Mini Olahraga Sekolah Farhanah
Pagi tu cikgu-cikgu semua sibuk uruskan susunan murid-murid semua. Mak , ayah siap semua pergi padang. Lepas tu anak-anak semua beratur ikut susunan kelas masing-masing. Semua pakai baju rumah sukan masing-masing. Farhanah rumah sukan warna kuning.
Sebelum buat acara, pagi tu cikgu buat senamrobik dahulu bagi anak-anak cergas. Lagu pulak pasang lagu trend sekarang, Soda Pop semua tu. Dengan kita sekali enjoy buat senamrobik ni..hahaha. Dah selesai semua, masing-masing dikumpul ikut acara pelajar masuk.
Acara Paling Ditunggu: Larian 50 Meter
Inilah masa yang Farhanah tunggu-tunggu. Dia masuk lari 50 meter. Masa nak beratur kat garisan mula tu, muka dia nampak nervous sikit tapi tetap senyum. Bila wisel ditiup… zasss! Semua budak berlari sekuat hati.
Kawan-kawan dan cikgu menjerit bagi semangat, ibu ayah pula macam jadi jurulatih tepi padang. Farhanah lari dengan penuh gaya, walaupun langkahnya kecik-kecik je, tapi semangat dia memang besar.
Guru-guru pun sporting habis. Siap ada yang jadi pengulas sukan, bagi semangat dekat peserta. Setiap kali ada acara larian, sorakan bukan main kuat lagi – kalah stadium bola.
Sebagai mak lagila menjerit dekat anak, suruh lari laju..hahhaa. Alhamdulillah, dapat nombor tiga.
Tempat Ketiga!
Fuh, bangga betul tengok dia naik pentas terima pingat. Walaupun bukan nombor satu, tapi senyuman dia masa cikgu sarungkan pingat tu… priceless! Memang nampak dia happy sangat. Mulanya Farhanah kecewa juga dapat nombor 3, tapi nad cakap, "okla tu nombor tiga, dari tak dapat apa". Tahun depan boleh buat lagi better. Okla dia sikit. Sekurangnya dapat bawa balik piala.
Setiap kali kawannya ada piala, dia cakap, ko nombor berapa. Ada kawan dapat nombor satu, terus dia cakap "Apa nii nombor satu, kita nombor tiga". Cara budak-budak bercakap..hahahha. Tapi dia tetap happy sebab dapat piala.
Pengalaman sedih ketika acara
Ada juga yang sedihnya, bila ada seorang budak pra, dua kali dia salah larian. Pertama bila dia lari kasut tercabut di tengah larian, lepastu dia taknak teruskan larian. Menangis dia, tapi cikgu bagi sokongan dengan mak ayah yang datang bagi sokongan. Dia pun lari terus.
Kali kedua, dia tersalah lari. Kesian tengok. Takpela dik, ni namanya pengalaman. Tahun depan boleh cuba sebaik mungkin.
Hari Sukan = Kenangan Terindah
Hari sukan ni memang lebih daripada sekadar menang kalah. Yang penting anak-anak dapat pengalaman, belajar semangat berpasukan, dan yang paling best – dapat kenangan indah masa kecil. Farhanah sendiri cakap dia seronok sangat sebab dapat join acara, walaupun penat berlari.
Dan biasalah, acara sukaneka untuk mak ayah pun ada. Riuh rendah jadinya bila ibu bapa pun join main. Memang kelakar habis tengok ada yang jatuh, ada yang gelabah nak habiskan game.
Pendek kata, Mini Olahraga Sekolah Farhanah tahun ni memang meriah gila. Semua orang enjoy, semua orang happy. Tahniah buat guru-guru dan kawan-kawan yang bertungkus-lumus jayakan hari sukan ni. Dan paling penting, tahniah juga buat Farhanah kerana buktikan dengan usaha dan semangat, akhirnya berjaya bawa balik pingat pertama!
Add your comment