Articles by "Tazkirah"
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
hai assalammualaikum


Hari Jumaat ni nak share l aperkara yang kita tak pernah ambik tau walaupun kita tau..Kongsi untuk buat renungan bersama.

12 PERKARA DLM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA YANG KITA TAHU TAPI KITA TAK PERNAH AMBIK TAU

1. Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.

2. Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

3. Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

4. Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

5. Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

6. Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

7. Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

8. Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.

9. Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

10. Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

11. Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

12. Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.


hai assalammualaikum

Terapi Al-Quran - Alquran adalah kitab suci kaum muslimin. Seperti kita tau, Al-Quran adalah perkataan Allah swt yang diberikan kepada nabi besar Muhammad saw sebagai mukjizat beliau, alquran diturunkan dari Allah melalui perantara malaikat-Nya, Jibril. Dengan membaca Al-Quran insyallah dapat menyembuhkan penyakit.

Doa-doa Terpilih

Sakit Pinggang

Ayat Al-Quran juga dapat menenangkan jiwa dan raga, daripada kita terus menghadapi tekanan.
Penawar segala penyakit

Batuk dan selsema

Demam Panas

Lelah Asma

Anggota badan yang retak

Merawat angin ahmar

Ayat-ayat Alquran yang Menyembuhkan Penyakit

Setiap ayat-ayat alquran memiliki kekuatan penyembuh yang luar biasa pada penyakit-penyakit fisik dan mental. Ada beberapa ayat yang biasa dilantunkan untuk menyembuhkan penyakit seperti ayat di surah Al-Baqarah, Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-nas. Surah ini memiliki satu keistimewaan sebagai penyembuh sebagaimana yang pernah dijelaskan dalam Hadis Nabi Muhammad saw. Tetapi pada dasarnya, semua ayat dari alquran adalah penyembuh dari berbagai penyakit.

Nabi Muhammad membiasakan diri untuk selalu membaca ayat-ayat alquran dan zikir lainnya untuk berlindung dari berbagai macam penyakit fisik maupun mental.

Pengubatan dengan ayat-ayat Alquran sudah terbukti secara medic dalam menyembuhkan brbagai penyakit sebagai mana diterangkan di surah Al-Isra ayat 82 yang artinya “Dan Kami turunkan Alquran sesuatu yang menjadi penyembuh dan rahmat bagi orang yang beriman . . . .”
hai assalammualaikum

Mereka Yang Bergelar Ayah, Bacalah Ini!! - Apabila sudah mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..

Nad dapat ni daripada group whatsup, jadi nad nak share dengan korang semua..

UNTUK RENUNGAN AYAH-AYAH


AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.

Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..

Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja...

Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..

Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..

Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..

Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..

Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?

Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.

Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.

Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..

Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawaban kelak.

Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..

Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.

Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!

Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan di masjid..
Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).

Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak

AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.

Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..


Wallahua'lam.
hai assalammualaikum

Wahai Anak Sedarlah, Suatu Hari Kau Akan Jadi Ibu Dan Ayah - Setelah ayahnya meninggal dunia, seorang anak telah menghantar ibunya ke rumah orang tua. Dia menziarahi ibunya dari satu waktu ke waktu yang lain. Pada satu hari dia menerima panggilan daripada pusat jagaan orang tua berkenaan memaklumkan ibunya dalam keadaan nazak. Dengan pantas dia datang untuk berada di samping ibunya pada saat terakhir begitu.```


Dia bertanya kepada ibunya: Apakah yang ibu ingin saya lakukan untuk ibu.
Ibunya menjawab: Aku mahu kamu sumbangkan kipas angin untuk pusat jagaan ini, kerana tidak punya kipas angin. Letakkan juga peti sejuk, tukang masak dan makanan kerana sering kali aku tertidur dalam keadaan lapar tidak makan.
Ibu kenapa pada saat seperti ini baru ibu pesankan perkara ini ?' Anak itu bertanya kembali.
Ibunya memberi alasan: Tidak apa anakku, ibu sudah boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan panas tanpa kipas dan lapar. CUMA IBU BIMBANG NANTI SAAT ANAK-ANAK KAMU MENGHANTAR KAMU KE SINI KAMU TIDAK DAPAT MENYESUAIKAN DIRI

Renung-renungkanlah. Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?*

*Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,_
_Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,_
_Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit._
_Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku._

*Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,_
_Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,_
*"mak pekak ke?",*
*"mak bisu ke? "*
*"tak dengar ker??"..*

_Aku minta maaf anakku._
_Aku semakin_ *TUA...*

*Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,_
_Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,_
_Semua itu adalah sebahagian dari proses_ *MENUA.*
_Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua._

*Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,_
_Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku._
_Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi._
_Badan aku lemah._
_Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri._
_Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil._

*Anakku...*

_Bila aku tua,_
_sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku._

*Anakku....*
_Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba,_ _Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian._
_Jangan cemas._
_Jangan menangis._
_Hadapi dengan redha._
_Aku berjanji pada kamu._
_Bila aku bertemu_ *Tuhan*
_Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku._

_Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku...._

_Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku..._
_Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri.._

*SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA  NANTI KITALAH EMAK/AYAH* Ingatan untuk kita, kalau Ada tersilap terpandang , sila tegur. Kadang-kala kita terlupa.
hai assalammualaikum


7 kunci kebahagiaan hidup - Kalau kita nak bahagia, buatlah sesuatu perkara yang boleh mengembirakan diri kita. Bukan yang boleh menyakitkan hati lagi..huhuhu..ni dia 7 kunvi kebahagiaan hidup yang boleh kita lakukan

1) Jangan membenci sesiapa pun walau ada yang menyalahi hakmu.
- macam nad la, pernah suatu masa nad dimalukan dalam facebook hanya perkara kecil, memang marah, benci, tapi tak lama..dalam hati lantak kaula nak buat apa, yang penting ada benda lain yang boleh gembirakan nad. Dan nad takkan  benci orang tu pun, sebab dalam hati Allah akan balas perbuatan kau. Buat apa kita susah-susah nak balas..hahha..

2) Jangan pernah bersedih secara berlebihan - Nangis memang nangis, tapi pada masa sama,layan cerita running man atau layan lagu..hilang sedih tu..hahaha..itulah nad buat..nad tak fikir sangat masalah tu.

3) Hiduplah dalam keserdahanaan - Yup, hidup dalam sederhana dan tak berapa mewah..duit, lebih baik simpan.

4) Jangan memutus doa untuk saudara mukmin - Ini paling penting, walaupun takda orang doakan kita, biar kita doakan orang tu. Kita dapat pahala.

5) Perbanyakkanlah memberi walaupun tengah susah - Bila kita memberi, Allah akan balas dengan berlipat ganda. Pernah dengar cerita kan, orang tu tak banyak duit, tapi dia tetap tolong orang susah, dan akhirnya ada gandaan lumayan yang datang dekat dia.

6) Tersenyumlah walaupun hati sedang menangis - Ni nad selalu buat. Walau tengah sedih, taknak fikir sedih tu, tersenyum bagi hati ni sejuk.

7) Berbuatlah kebaikan - Sentiasa buat baik dekat orang. Insyallah, hati kita akan sentiasa bahagia.
hai assalammualaikum

Tazkirah Jumaat: Zikir - Amalan yang paling baik disisi Allah iialah zikirullah. Zikir adalah sebaik amalan malah lebih baik daripada sedekah. Kanapa?? Sebab zikir membuatkan seseorang itu sentiasa ingat kepada Allah.

Orang yang sentiasa berzikir, prang itu akan bersih hatinya. Secara automatik dia akan suka sedekah dan jihad fisabilillah. Solat dipenuhi dengan zikrullah. Jika anda ingin tahu pokok, batu, gunung,ikan dilautan malah makhluk yang bukan manusia sentiasa berzikir kepada Allah. Malaikat berduyun-duyun turun ke dunia mencari majlis zikir. Tapi manusia tak ramai yang datang. Hadis menyatakan jumlah malaikat yang datang adalah seamai hingga sampai langit yang paling dekat dengan dunia. Sebab majlis ini dipenuhi dengan rahmat Allah.

Apabila majlis habis, semua Malaikat balik kelangit lalu ditanya oleh Allah walaulun Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku.

Allah: apakah yang dibuat oleh hambaku??

Malaikat: Engkau lebih tahu Ya Allah..hambamu masih berzikir dan mereka mengharapkan keampunan dan syurga daripadaMu.

Allah: adakah mereka pernah lihat syurga?? Dan apakah yang akan mereka lakukan jika mereka diberi peluang melihat syurga??

Malaikat: sesungguhnya Kau lebih Mengetahui Ya Allah. Jika mereka melihat syurga, pastilah mereka akan menambahkan amalan mereka.

Allah: adakah mereka pernah lihat neraka??

Malaikat: Kau lebih tahu Ya Allah. Jika mereka melihat neraka ,nescaya mereka akan meninggalkan laranganmu.

Allah: sesungguhnya Aku mengampunkan semua orang yang hadir majlis zikir itu.

Malaikat: bagaimana pula orang  yang sekadar duduk tanpa berniat untuk.mendengar majlis ilmu?? Adakah mereka juga Engkau ampunkan.

Allah: Ya, disebabkan dia duduk bersama dengan orang yang aku ampunkan dalam majlis zikir.

Orang yang duduk sahaja pun dapat kelebihan. Yang betul-betul niat duduk dalam majlis zikir apatah lagi. Ada hadis menyatakan tiada amalan yang boleh jadi penyelamat daripada azab neraka melainkan zikirullah. 

Zikirullah juga bole menyelamatkan seseorang daripada musibah. Itulah yang terjadi pada Nabi Yunus. Baginda berzikir dalam perut ikan Nun, Allah keluarkan baginda dari perut ikan tersebut.

Jadi terus istiqomah drngan zikrullah. :).


         
hai assalammualaikum



ADAKAH ANDA TAHU LATAR BELAKANG ATTA'HIYYAAT Serta Mengapa Kita Baca Dalam Solat Kita?

ATTA'HIYYAAT adalah doa yang sangat penting; kita mengulanginya di dalam solat harian kita. Apabila saya mendapat tahu akan kepentingan ini, amat tersentuh hati saya.

ATTA'HIYYAAT sebenarnya adalah sebahagian daripada perbualan antara Pencipta kita Allah SWT dan yang kita kasihi Nabi Muhammad SAW semasa perjalanan Isra' Mi’raj.

Ketika Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT, dia tidak berkata 'Assalamualaikum'. Apakah yang seseorang akan berkata apabila dia bertemu Allah? Kita tidak boleh mengucapkan selamat sejahtera kerana semua sumber kesejahteraan adalah melalui Dia.

Jadi Nabi Muhammad SAW berkata:
"Attahiyyaatul Mubaaraka TusSolawaatut toyibaatulillah" (Segala pujian, segala doa dan ibadah hanyalah untuk Allah)

Allah jawab:
"Assalamu Alaika Ayyuhannabiyyu 'Warahmatullahi Wabarokaatuh" (Salam sejahtera ke atas kamu, Wahai Nabi dan Allah memberi rahmat dan keberkatan).

Untuk ini, Nabi Muhammad SAW menjawab:
"Assalamu 'Alaina Wa'ala'Ibadillahis So'lihin" (Selamat sejahtera kepada kami dan kepada semua hamba yang baik kepada Allah)

Nota * Nabi Muhammad SAW mengata "kami" dalam jawapan ... (dan pada semua hamba yang baik kepada Allah)

Dan mendengar perbualan ini antara Allah dan Rasul-Nya, para malaikat berkata:
"Ash'had'u'an La ilahaillallah Wa Ash'hadu Anna Muhammadun Abd'uhu Wa Rasuuluh"
(Aku bersaksi bahawa tiada siapa yang berhak disembah melainkan Allah Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul.
 hai assalammualaikum


Mengajar Anak-anak Membaca Al-Quran Seumur Hidup - Malaysia kini dalam suasana bersedih. Banyak negeri yang terlibat dengan banjir. Harta benda musnah. Rumah ada yang hanyut. Ada juga yang kehilangan ahli keluarga. Tapi disebalik musibah, masih ramai yang melihat segala yang terjadi dari sudut positif.

Nad kongsikan nukilan Muhammad Rusydi untuk tatapan anda hari ini. Semoga ia memberi sedikit keceriaan untuk anda.

———————————————————————

Rumah kami terkepung dengan air banjir.

Menyesal pula balik bercuti di kampung hujung minggu. Sekarang, dah tak boleh keluar dari sini. Nasib baiklah rumah ni di kawasan tinggi sikit. Tapi, kawasan yang lain yang tenggelam. Jalan utama dah tutup.

Jawabnya, berkampung dalam rumah sehinggalah air banjir surut. Adik-beradik lain ada di rumah sama. Balik sebab nak kemas-kemas bilik masing-masing. Takut barang-barang kesayangan dibawa air.

Yang peliknya, abah nampak happy. Aku pun pelik. Adik-beradik lain pun pelik. Dahlah streamyx pun dah terputus, tiang dah tumbang. Internet fon bukan main siput lagi. Bosan kot duk rumah ni. Nak-nak, seminggu nak hidup dalam banjir. Nak tengok tv, tak ada cerita best. Nak layan movie di laptop, bosan ulang tayang benda sama. Nak turun dari rumah main air banjir, nanti demam pula tak pasal-pasal. Last-last, duduk sajalah dalam bilik. Tidur.

Lepas Isyak, abah panggil semua anak-anaknya berkumpul. Abah suruh : “Semua ambil Al-Quran, tunggu di ruang tamu.”

Aku pun dengan malas ambil Al-Quran dan tunggu. Adik-beradik lain pun nampak malas juga. Maklumlah sibuk dengan henpon masing-masing. Dah besar-besar belaka dah pun. Semua umur 22 ke atas. Memang dah season berpasangan belaka. Dah beberapa orang yang kahwin.

“Semua dah ada ya. Baiklah, abah nak tanya, berapa umur abah sekarang?”

Angah menjawab : “67 tahun. Kenapa abah?”

Abah senyum. “Rasulullah s.a.w. umur 63 tahun wafat. Bermakna abah sekarang dah guna umur subsidi 4 tahun.”

Along pula mencelah. “Kita nak baca Ya Sin ke malam ni? Siapa yang meninggal?”

Abah menggelengkan kepala. “Malam ni, abah nak setiap seorang baca Al-Quran depan abah. Biar abah dengar dan check, betul atau tidak bacaan kamu.”

Kami semua tersentak seketika. Angah bersuara, “Tapi, kami dah dewasa. Dah umur 20, 30 tahun dah. Dah boleh baca sendiri, abah.”

Abah senyum. “Bila kali terakhir kamu baca Al-Quran depan abah?”

Semua terdiam. Abah menyambung kata, “Seingat abah, kali terakhir setiap dari kamu baca depan abah, masa akhir sekolah rendah. Kemudian, khatam. Lepas tu, setiap dari kamu sibuk dengan study, kejar cita-cita masing, hinggalah dapat kerja dan berkeluarga. Jarang ada di rumah lagi.”

Along mencelah pula, “Maksud abah? Kami tak faham.”

Abah senyum manis. “Adakah abah hanya layak periksa bacaan anak-anak masa kamu semua masih kecil saja? Tak kan?”

“Akhir-akhir ini, abah banyak berfikir. Kerja mengajar Al-Quran pada anak-anak sepatutnya kerja abah seumur hidup. Supaya setiap hari, abah dapat pastikan anak-anak baca Al-Quran. Hidup dengan Al-Quran. Tapi, abah perhati, misalnya bila kamu balik kolej, tak ada pun anak-anak abah nak datang dekat abah, baca Al-Quran seperti kamu kecil-kecil dulu. Balik kampung, tak pernah abah dengar antara kamu baca Al-Quran walaupun berseorangan. Semuanya asyik dengan hal masing-masing.

Abah rasa abah gagal sebagai seorang abah. Abah dah tua begini. Baru abah sedar kesilapan abah. Abah dah tengok anak-anak abah berjaya di dunia. Belajar bagus, kerja pun alhamdulillah. Tapi, dari sudut akhirat, abah rasa dukacita. Abah tak menyediakan anak-anak abah dengan jiwa Al-Quran. Andai baca pun jarang, bagaimana nak beramal dengan isi dalam Al-Quran itu? Jauh sekali.”

Kami semua terdiam lama. Sebak. Terasa ke lubuk kalbu. Akui memang Al-Quran dipinggirkan dalam kehidupan sehari-hari selama ini.

“Abah dah tua, abah harap abah belum terlambat untuk mengajar Al-Quran pada kamu semua balik. Harap sangat.”

Along ke depan abah. Dengan linangan air mata. Angah pun sama turut menangis. Aku pun dah menitis air mata sama.

“Along nak baca dulu, abah. Bagi along baca dulu. Abah periksa bacaan along dulu.”


Abah senyum, namun aku nampak air matanya jatuh saat mendengar anaknya seorang demi seorang membaca Al-Quran di hadapannya. Seolah-olah berkata dalam hatinya, Abah takkan putus asa. Selagi ada masa tersisa.”

Credit : Muhammad Rusydi


hai assalammualaikum

Tazkirah Jumaat : Jika Tiada rezeki - hari Jumaat yang indah merupakan hari penghulu segala hari. Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa. Dalam suatu hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat di namakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. 

Berbalik kepada tajuk " Jika Tiada Rezeki "..apa itu rezeki?..Perkataan al-Rizq atau melayu sebut rezeki bermaksud pemberian ataupun kurniaan samada bersifat duniawi ataupun agama yang diberikan Allah kepada kita. Segala yang boleh dimanfaatkan, samada yang boleh dimakan ataupun tidak boleh dimakan maka itu rezeki. Rezeki bukan sahaja minuman, makanan, harta, kenderaan dan segala rupa bentuk kebendaan semata, rezeki juga ilmu pengetahuan, kasih sayang, kebahagiaan, anak, isteri, kesihatan, keselamatan, kegembiraan dan seumpamanya. 

Semua orang menginginkan rezeki yang melimpah ruah, namun rezeki bukan datang dengan sendiri, kita harus berusaha untuk mendapatkannya. Jika segala usaha yang kita lakukan tidak dapat juga rezeki, kita janganla mengeluh, namun harus amati kenapa rezeki tidak datang..mungkin ia ada sebab yang musabab Allah beri kita seperti itu. Selalulah berfikiran positif dalam semua perkara.

Mari kita amati contoh Jika Tiada rezeki...




1) Jika tiada rezeki wang ringgit,mungkin diberikan rezki kesihatan. Maka kita lebih bahagia daripada kerisauan menjaga harta dunia.


2) Jika tiada rezki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia daripada membayar kerosakan yang mahal.


3) Jika tiada rezeki rumah yang besar,mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah puts. Maka kita lebih bahagia daripada si gelandangan. 


4) Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan segala terjaga


5) Jika tiada rezki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.


6) Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari, Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka akan datang

p/s : Bersabar, Bersyukur, Berusaha, Berdoa dan Bertawakal.
hai assalammualaikum



30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM | Wajib Baca !!! | Kalau anak tanya, orang pertama cipta telefon? Kita akan boleh jawab Alexander Graham Bell.. Org pertama tulis bismillah ?????? Anak kalau tanya susah nak jawab.. So simpan nota perkongsian dari ni..

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
hai assalammualaikum



kite perlulah sentiasa merenung setiap perkara yang kita lakukan.. supaya kita sedar akan kelemahan kite sebagai hambaNya dan sentiasa mendekatkan diri kepadaNya..

1) Pabila kite tengok keindahan alam kita pasti akan merenung dan berfikir bagaimana tumbuh-tumbuhan ini boleh terjadi..dan mase itu kita akan teringat kepadaNya..Allah yang mencipta manusia..mencipta haiwan..mencipta tumbuh-tumbuhan.. mencipta langit dan matahari..Subhanallah..kekuasaan Allah..tiada sapa mampu menandinginya..

2) Dalam pada kite sedang menikmati hidangan..kita renunglah..dari mana datangnya reziki kita..memang setiap manusia akan berfikir..ia datang dari hasil usaha kita..namun..setiap reziki dan nikmat yang diberikan adalah daripada Allah..Jangan ada di dalam hati kita perasaan sentiasa tidak cukup, kerana kalau kita rasa macam tu, apa-apa saja pun tidak akan cukup. Allah memerhatikan kita setiap masa..dan bila2 masa juga Allah boleh menarik nikmat itu sekiranya manusia tamak dan alpa...sekiranya kita mendapat nikmat yang banyak..ucapkan la syukur alhamdulillah..Begitu juga dengan nikmat yang ada pada tubuh badan kita. Mata; Allah kurniakan kepada kita untuk melihat dunia dan ciptaan-ciptaanNya..

3) Sudah tertulis di dalam  Al-Quran dan hadis memberitahu kenikmatan yang dirasai di dalam syurga kepada orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh. Apabila kita bandingkan dunia dan syurga apalah sangat yang ada di dunia ini berbanding dengan syurga. Syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan yang tidak terbayangkan seperti buah-buahan, susu, arak (hanya halal diminum disyurga, di dunia tetap haram), batu permata, emas, dan sebagainya .. Tak rasa macam nak masuk syurga ke?..sentiasa motivasi diri untuk tidak lupa tentang kebesaran Allah dan alpa tentang duniawi.

4)  Selain syurga di dalam Al-Quran juga ada banyak menyebut tentang azab-azab seksaan Allah kepada orang yang melampaui batas dan melanggar perintah-perintah Allah. Nauzubillah... Allah membayangkan api yang ada di dunia ini hanyalah sebesar biji sawi yang dipotong-potong halus, dan hanya sebutiran potongan itu sajalah kepanasan api dunia. Kita renungkan, kalau api yang ada di dunia ini sudah cukup kuat untuk membakar kayu api ataupun sebuah kawasan di bumi, apatah lagi neraka yang besarnya berganda-ganda,
 Biarpun kita ini merupakan seorang hamba yang banyak berdosa kepada Tuhannya, jangan lupa kurniaan Allah yang tertinggi iaitu keampunan. 


5)  Kita manusia, sering alpa, dan banyak pula berdosa. Terlajak tidur atau tertidur awal kerana kecuaian dan kelalaian kita sehingga tidak dapat menunaikan solat pada waktu yang sepatutnya. Kemudian, kita sering melakukan perbuatan-perbuatan dosa yang dianggap kecil dan remeh temeh, padahal sepatutnya kita menanamkan di dalam diri kita, bahawa jangan kita pandang kecil perbuatan dosa. Biarkanlah diri berasa bersalah dengan kecuaian-kecuaian kita supaya mudah kita beristighfar kepadaNya, dan terdetik di hati kita untuk mengubah diri menjadi ke arah yang lebih baik daripada semalam.

hai assalammualaikum..

lama dah nad x wat entry..dah 2 hari dah..hahaa...bukan malas..tapi ade masalah kesihatan..hari isnin aritu nad skit dada..susah nak bernafas..so x dpt blogwalking dan wat entry..alhamdulillah..sesak nafas ni dah kurang..pastu semalam nad buka blog hanya blogwalking dan follow blogger lain..semalam nad blogwalking ramai blogger yang gune domain.my tukar kepada .com dan blogspot..so lehla buka blo diaorng.. dan semalam dalam kul 3. 30 pagi..blog yang gune domain .my dah leh buka erk..semlm try buka blog paly..tgk2..eh leh buka la..tapi x tau yang lain..nant nak terjah ok..

Allah Maha Berkuasa..bila2 saje die leh amik nyawa kita..sebgai hambanya yang lemah..kita sentiasalah mengingatinya walau dimana sahaja berada..


Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..
hai assalammualaikum

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
 Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? 
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? 
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? 
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
 Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
 Orang yg kedekut ialah org yg membiar tanpa mepmbaca pos iini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.