ByeBye-FEVER Cooling Gel Sheet, Wajib Ada Di Mana Sahaja Bila Cuaca Panas - Cuaca dekat Malaysia sekarang panas sangat, luar rumah panas, dalam rumah pun panas. Anak pula memang mudah rasa tak selesa bila cuaca panas. Sebab tu Nad standby ByeBye-FEVER, cooling gel sheet yang mudah digunakan dan senang dibawa ke mana-mana. Bukan sebab nak tunggu anak tak sihat baru nak cari, tapi lebih kepada persediaan supaya senang bila diperlukan.

ByeBye-FEVER ialah cooling gel sheet digunakan ntuk memberikan rasa sejuk dan menyegarkan apabila badan rasa panas atau tidak selesa. Untuk kegunaan anak, ada ByeBye-FEVER Children, dan terdapat juga beberapa varian lain mengikut umur dan keperluan.
Empowering Every Mother’s Journey: Perjalanan Penyusuan Yang Tidak Mudah, Tapi Berbaloi - Bila bercakap tentang penyusuan susu ibu, Nad rasa setiap ibu ada cerita masing-masing. Ada yang nampak mudah dari luar, tetapi hanya ibu yang melaluinya tahu betapa banyaknya tenaga, masa, emosi dan pengorbanan yang diperlukan.

Nad sendiri pernah melalui fasa menyusukan anak. Jujurnya, bukan mudah. Ada hari rasa yakin, ada hari rasa penat. Ada masa tertanya-tanya cukup ke susu, betul ke cara menyusu, macam mana nak bahagi masa antara bayi, kerja rumah dan diri sendiri.

Sebab itu apabila saya berpeluang menghadiri sambutan World Breastfeeding Month 2026 anjuran Toshiba Lifestyle Malaysia bersama Parenthood, saya rasa topik yang dibawa memang sangat dekat dengan hati saya sebagai seorang mommy.
Madam Kwan's : Makanan Sedap, Suasana Selesa dan Halal - Bila ada masa terluang, Nad dengan suami suka luangkan masa berdua. Bila masing-masing sibuk dengan kerja dan rutin harian, kita orang akan curi masa untuk keluar berdua supaya kasih sayang tu sentiasa ada macam zaman bercinta. Kalau nak keluar berdua, tak perlu tunggu ada sambutan istimewa atau tarikh tertentu, cukup sekadar keluar makan bersama.

Tempat makan pula tak semestinya perlu terlalu fancy atau mahal. Saya dan husband lebih suka tempat yang selesa, makanan yang sedap dan paling penting, memberikan ruang untuk kami menikmati masa berkualiti bersama orang tersayang. Lagi satu, menu pun kena banyak pilihan sebab masing-masing mesti ada makanan kegemaran sendiri. Sebab itu, antara tempat yang kami suka pergi makan untuk luangkan masa berdua ialah Madam Kwan’s.

RIZZ QUESILLO : Patut Ramai Beratur dekat Bukit Bintang, Sedap Rupanya : Selalu tengok je dekat threads, Tiktok, Rizz Quesillo ni, memang ramai yang beratur nak dapatkan quesillo dia. Tengok dia tuang quesillo tu dari bekas ke bekas lain, fuh mengiurkan, dengan tak pecahnya, elok je kejadiannya. Sampai orang putih rasa pun kata paling sedap. Quesillo ni macam caramel pudding la. Pernah je nad beli dekat pasar malam, nak rasa, tapi bila tengok ramai beratur nak beli Rizz Quesillo tu, semestinya kita nak juga rasa..hehee.

Rizz Quesillo memang antara dessert yang sangat viral di Bukit Bintang sekarang. Ramai datang semata-mata nak cuba quesillo mereka, termasuk pelancong luar negara. Nak cuba, tapi tu la nak pergi Bukit Bintang tu entah bila. Nama je duk dekat Kuala Lumpur, tapi bila ajak suami kita banyak alasannya. 
Pizza Parang Melaka - Kalau korang selalu lalu Lebuhraya Utara-Selatan dan tercari-cari tempat makan yang unik sebelum sambung perjalanan pulang, saya rasa korang wajib cuba Pizza Parang di Melaka ni. Itu pun kakak yang ajak. Ceritanya, kami sekeluarga pergi ke Johor untuk kenduri kawin anak Pak Lang. Lepas selesai majlis, kitaorang pun balik. Dah alang alang perjalanan balik lalu Melaka, jadi, nad pun cadang nak singgah ke Pizza Parang Melaka. 

Pizza Parang ni pun pernah viral kan. Jadi nad pun nak cuba pizza dia. Sedap ke tidak kan. Kita cuba pengalaman yang agak berbeza daripada makan pizza biasa.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2