hai assalammualaikum


Tukang Urut Berpantang Area Meru Klang


Urut Masa Berpantang - Lepas bersalin, wajibla kena mengurut badan. Yela, badan dah letih, sakit sana sini, peranakan lagi, semua nak kene betulkan. Urut nak bagi badan cergas, solid macam anak dara lagi. Sebelum bersalin, nad ada cari package pantang, tapi ya ampun, mahal semuanya. Jadinya, nad pakai mana yang ada jela dekat kampung, takyah package-package. Masak pun, mak yang masak. Nad guna tukang urut kampung je.

Masa pantang anak pertama, nad guna seorang nenek ni, namanya Wak Ani, dia urut boleh la, tapi masa dia urut kakak, harga dia naik mendadak..huhu. Untuk 3 hari je RM300. Jadinya, nad ambil makcik tukang urut lain. Makcik ni, mak mertua sepupu. Nak rasa la, makcik lain pulak, harga pun murah. Sepupu nad yang sorang ni, sebelum ni baru bersalin, dia guna makcik ni urut. Katanya sedap dia urut, lega seluruh badan. Sebab tu nad pilih makcik ni untuk urut masa berpantang.

Tak dinafikan, makcik ni urut memang best. Mula-mula, kalau korang nak tau, dia cek bahagian jahitan. Tak pernah la tukang urut cek jahitan. Dia siap ajar cara basuh lagi bahagian bawah tu supaya bersih. Nad ni dah ngilu-ngilu je, malu pun ye. Lepas tu letak ubat kuning bahagian jahitan. Dia, cakap, ada bengkak tempat jahitan, dia buh minyak kuning tu setiap hari mengurut sampai bengkak tu surut. Bagus giler!!!...

Lepas tu, dia urut mula dari belakang badan, belakang tangan dan belakang kaki. Setiap inci, ruang semua dia urut badan ni. Sampai ke jari kaki dan tanganla. Fuh, memang nak lena tidur bila dia urut. Selesai bahagian belakang, bahagian depan pulak.

Paling best, dia akan urut urat bahagian susu tu. Bagi banyak lagi keluar susu. Tahan jela, tapi bagus, sebab susu memang keluar banyak. Part paling ngeri, bila sengkang perut. Nak bagi peranakan elok semula. Tu biasalah, mana-mana tukang urut, bahagian tu paling takut..hehhe. Tahan jela. Makcik ni akan cek rahim dah kecut belum. Dia akan pastikan rahim kecut cepat. Dia bagi nad minum air kunyit madu. Nasib letak madu, sedap sikit air kunyit tu..hehhe. 3 hari je minum, tu pun selang sehari.

Selesai bahagian depan, bahagian kepala pulak. Part ni best, nak tidur terus rasanya. Selesai semua, dia sikat rambut kita, letak param, pakaikan bengkung, pakaikan stoking..huhu. Rasa segar je badan ni lepas kene urut dengan makcik ni.

Makcik ni pun ada ambil untuk uruskan bayi. Ikut korang la nak ke taknak. Macam nad mestilah nak, baby pun nak urut juga. Makcik ni akan urutkan baby, mandikan baby. Dia akan bagi baby madu dekat bawah lelangit tu. Memang sangat teliti la makcik ni buat. Bagus sangat. Baby Farhanah sedap je masa diurut.

Harga untuk mak lain, untuk baby lain. Macam nad ambil 5 hari, semuanya Rm450. Okla kan. Tak mahal pun. Best sangat dia urut. kalau korang nak..ni no dia 0163261897




Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. Mengurut ni memang kena cari yang pandai, baru badan rasa selesa je masa berpantang kan?

    ReplyDelete
  2. Murah juga tuh dengan zaman sekarang ni yang semuanya mahal-mahal..

    ReplyDelete
  3. Kat tempat akak pun ada tukang urut best, tua dah nenek tu. Tapi urut memang best, pastu bayaran pun RM50 je sehari.

    ReplyDelete
  4. ok harga tu. zaman sekarang ni ramai charge mahal dah

    ReplyDelete
  5. ade contact number Nye x?

    ReplyDelete
  6. Sy nak addres rumah boleh tak mak cik....kakak saya dah berkahwin 7 thn...tapi sampai sekarang takde anak.......sy nak contact number mak cik boleh tak....😖

    ReplyDelete