BENTAN!! TAKUTNYAA

in , , , , by Nadia Johari, 09:45:00
hai assalammualaikum


Bentan selepas Berpantang

Bentan - Nad tak tau macam mana sebenarnya kena bentan ni. Nad tau pasal bentan pun masa mengandung la kan. Kalau tak, tak tau pasal bentan ni semua. Orang cakap, lepas bersalin, kena pantang betul-betul, kalau tak kena bentan nanti. Katanya, bentan ni kalau kena memang sakit dan menyusahkan semua orang.

Bentan boleh terjadi semasa berpantang atau lepas berpantang. Sebab tu orang cakap, bila berpantang tu, kena pantang betul-betul. Badan kita, orang perempuan masih lemah dan banyak perlu dijaga. Walaupun lepas pantang dua bulan ke tiga bulan, mesti kena jaga juga. Pantang makan segala. Jangan buat kerja berat-berat.

Mak pernah cerita, masa dulu, mak pun oernah kena bentan, lagi tumpah darah. Mak salah makan, tu pun dah lepas habis pantang. Nad dengar seram juga. Bila hampir kena dekat diri sendiri, takut juga.

Pengalaman Sendiri

Sebenarnya, nak dijadikan cerita, hari Sabtu lepas, nad bangun dari tidur. Tiba-tiba kepala pening, macam nak pitam, berdenyut-denyut kepala. Perut lapar sangat, sedangkan malam semalam dah makan banyak. Lagi menakutkan, badan tiba-tiba sejuk dan keluarkan peluh sampai menitik-nitik dan basah kuyup habis. Memang seram kau, bila tengok cermin. Peluh keluar tiba-tiba tu, macam orang bersenam pulak. Sedangkan waktu tu panas giler cuaca, nad sejuk yang amat.

Tapi nad tahan dan gigih buat air untuk sarapan, sebab fikir, ia jadi sebab nad lapar. Masa buat air tu, nad terduduk denkat kabinet, sebab pening giler. Dah siap air, terus makan cicah roti. Ok sikit, peluh pun kurang. Allahuakbar, tertanya-tanya kenapa jadi macam tu.

Lepas tu tanya kawan-kawan blogger KBBA9. Rupanya diaorang cakap macam nak kena bentan tu. Oh my, bentan kau!!. Nad dah cuak. Diaorang takdela takutkan, lagi best, diaorang bagi cara supaya tak jadi lagi macam tu.

Cara elakkan bentan:
- Pakai stokin
- Bertungku, wajib buat. Masa kat kampung nad tak bertungku pun. Pastu kak sue cakap, kalau takde tungku dekat rumah, ambil botol air, isi air panas, bungkus botol dengan kain dan tuam dekat badan. Gigih buat
- Bagi badan berpeluh
- Minum jamu

Cara lain
- Sapu minyak panas
- Pakai baju panas
- Berselimut semasa tidur

Mungkin banyak lagi cara dia. Kenala google. Baru tau, bentan banyak jenis rupanya..

1) Bentan Urat
Badan ibu tiba-tiba lemah, demam serta biasa-biasa urat dan setiap sendi badan. Lutut menggigil kesejukan meskipun waktu tengahari, seluruh otot badan menjadi tegang dan kejang.
Punca - ibu terlalu aktif bergerak
Rawatan - sapukan minyak urut di badan dan urutan perlahan

2) Bentan Urat Peranakan / Urat Rahim
Kesakitan di bahagian ari-ari sehingga boleh menyebabkan kejadian tumpah darah. Kesakitan melampau boleh menyebabkan ibu tidak dapat meluruskan kaki beliau.
Punca - Ibu mengangkat barang-barang berat
Rawatan - Ibu digalakkan baring di lantai tanpa alas bantal, alas punggung dengan 2 biji bantal atau sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran darah

3) Bentan Urat Besar (Pinggang)
Urat besar ialah urat buluh Rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit di bahagian belakang (tongkeng), pinggang dan tumit kaki.
Punca - tidak dapat dikenalpasti, tetapi biasanya berlaku kepada ibu yang bersalin melalui pembedahan
Rawatan - Rehat dan kurangkan bergerak.

Nad mungkin yang no 1 tu..huhu. Nad masih pantang makan walaupun dah balik kl ni. Memang tunggu anak masuk 4 bulan baru macam berani nak makan macam-macam. Rasa takut pulak. Nampaknya kena jaga ni dan cari jamu.

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Takutnya bila baca perihal bentan ni. Moga kita semua dipermudahkan semua urusan. Take care ye Nad

    ReplyDelete
  2. ms pantang ank first pnh kena bentan...demam urat..seram sejuk huii seksa..dpt ank kedua mmg disiplin pantang...tungku, stokin sume tiap hari wajib...yg ketiga ni sok harap dpt disiplin gak pantang..take care nad!

    ReplyDelete
  3. Assalam..
    Sis dah ada pengalaman bentan, so sangat takut. Mengigil sampai balut baju dan selimut tapi tetap sama.
    Nasib Bidan masih dtg mengurut, bt penawar baru ok.
    Sis Bentan makan anggur, so lepas dr tu, sampai anak no3 memang tak berani makan anggur hguhuhuhu

    ReplyDelete
  4. yup bentan kdg2 juga di sebabkn pemakanan

    ReplyDelete
  5. Akak pernah kena macam nad kena tu..mak akak cepat2 sapu kunyit hidup kat dahi...x tau la apa relevannya

    ReplyDelete
  6. seram sungguh kalau bentan sebab nanti kena start balik dari awal pantang..mintak jauh!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2