hai assalammualaikum

Jannah ( anak adik ), dan Fariza

Sebelum Ni Bercakaran, Sekarang Berpelukan - Budak berdua ni memang tak boleh berjumpa, kalau berjumpa macam anjing dengan kucing. Kalau balik kampung, memang akan risau yang diaorang berdua ni akan bergaduh, berebut mainan semua la. Tak boleh duduk diam budak berdua ni. Pernah sebelum ni, saling bercakarang, tolak antara satu sama lain. Mommy yang nak pening ni. Suara mommy pun dah macam raksasa gorgon..hahaa. Cakap pelan pun taknaka dengar, cakap kuat pun taknak dengar.

Tapi balik semalam, sambut Ulangtahun Mak dan Ayah dengan sambut Hari Lahir Jannah, tengok baik pulak budak berdua ni. Main bersama, siap berpelukan..hahaa. Sebelum balik tu, nad pergi cari hadiah untuk Jannah. Belikan dia Didi. Masa beli tu, nad cakap dengan Fariza, " Didi ni untuk Jannah, harijadi Jannah nanti. Fariza nanti bagi dekat Jannah ye "..dia pun cakap " Ok"..Memang dia jaga Didi tu dengan elok sampai adik dia Farhanah nak pegang pun tak boleh.

Jadi kawanbaik ye

Sampai kampung, terus dia ambil Didi tu dan bagi dekat Jannah. Beria bagi ni, cakap " Nah anah, ni anah unye "..Bila budak bercakap. Jannah pun malu-malu gitu..hehee. Esoknya main elok je..hahaa. Fariza siap nak peluk dan senyum je. Takda dah berebut mainan, bercakaran atau adegan tolak menolak. Lega tengoknya..Macam ni la kalau balik kampung, ramai sepupu dia. Selalu kalau dekat KL, sebut sorang-sorang nama sepupu dia, tapi bila balik kampung gaduh la pulak.

Dah baik dengan yang ni, gaduh dengan yang lain..Sabor jela. Takpe kejap lagi dah besar paham la ye..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. cer buat video..nak dgr mommy nya marah2..hihi

    ReplyDelete
  2. biasalah budak-budak macam-macam ragam. especially Bila cuti skolah, macam-macam drama la keluar.hihi

    ReplyDelete