hai assalammualaikum



Genap Setahun Usia Farhanah 5 February

Selamat Hari Lahir Farhana - Tarikh 5 February, genaplah setahun usia anak ku yang kedua, Farhanah Nasuha. Memang kitaorang suami isteri rancang nak anak kedua, untuk bagi Fariza kawan. Itu pun bila usia Fariza nak masuk dua tahun. Teringat masa nak lahirkan Farhanah, sakit dari rumah mak. Kejap sakit kejap tak. Mula-mula sakit sikit-sikit je, lepas tu tengah malam, sakit sangat, mujur kakak masa tu dah masuk tidur. Malam tu call mr mafia suruh ambil bawa pergi hospital. Hospital pilihan kitaorang Hospital Shah Alam sebab dekat sikit dari rumah mak. Dalam perjalanan ke hospital memang dah sakit sangat, genggam tangan mr mafia ( dah macam dalam drama). Tarik nafasa, hembus, tarik nafas, hembus..hahaa. Mr mafia pulak bawa laju, tapi bila ada bonggol, ken aperlahan, takut terberanak pulak dalam kereta..kihkih. Cerita pengalaman bersalinkan Farhanah, korang baca la dekat link ni ( Farhanah Lahir Ke Dunia )

Pejam celik, pejam celik, tiba-tiba dah masuk setahun dah usia Farhanah..nampak tak sekejap betul. Alhamdulillah, dari dia lahir sampai sekarang, memang mudah nak jaga dia. Allah bagi nad anak yang mudah dijaga. Sepanjang jaga dia, takda la susah sangat, nad banyak juga berehat. Sampai sekarang, memang dia seorang budak yang baik dan mudah dijaga..hehee.

Orang cakap, anak kedua ni berbeza sikit, lebih lasak, lebih banyak buat hal la..hahaa..Tapi biasalah kan, setiap anak perangai mesti lain-lain, takkan sama. Sedangkan nad dengan adik beradik pun memang lain-lain perangai. Farhanah Nasuha, bukan setakat mudah dijaga, malah cepat belajar. Usia dia 10 bulan, macam-macam dah dia tunjuk perkembangan dia. Memang cepat dari kakak dia.


Adik masa kecik, dia jenis mengutip, sampai sekarang nampak apa mesti masuk mulut, pulak tu semua cepat buat. Jenis budak, kadang-kadang dia satu-satu ambil masa, mula meniarap, merangkak, berdiri dan berjalan. Tapi Farhanah, dia terus, dari meniarap memang mula-mula, lepas tu terus merangkak dan berdiri..hah, macam tu. Lepas dah berdiri terus berjalan. Dia tak ambil masa lama, laju dia ni. Bukan tu je, masuk 10 bulan dah pandai panjat tangga, panjat kerusi, naik atas meja..dasyat sangat..Nad yang pening..hahaa. Kalau dengan dia, memang tak boleh biarkan.



Farhanah, selalu usik kakak dia, kacau kakak dia, kakak marah mana pun dia akan kacau lagi..ahaha..Sebenarnya nak bermain denagn kakak, tapi tak tau lagi macam mana..Kakak kalau mood baik, layan adik baik, macam kaan, kalau mood tak baik, hah amiklaa..

Nad syukur, dapat anak-anak yang behave bila keluar..Dulu Fariza bawa keluar pergi event pun behave, sekarang adik pun bawa pergi event behave juga. Hah!!, senang keje mommy tau. Pergi berdua je pun takpe..hehe.

Banyak sebenarnya pasal Farhanah ni, hahaa..tapi nad boleh cakap, adik memang memudahkan dan tak banyak hal.



Mommy doakan Farhanah membesar dengan baik, jadi anak solehah dan sentiasa dengar cakap mommy dan daddy. Semoga apa yang mommy dan daddy ajar adik, adik akan ingat dan dengar. Love you..


SHARE 13 comments

Add your comment

  1. cepatnya masa berlalu tup tup dh serathn... hb belated farhana cayang...

    ReplyDelete
  2. happy bday farhana, moga diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak yang solehah ye

    ReplyDelete
  3. Comelnya Adik. I wish my second boy turns one soon too

    ReplyDelete
  4. Happy Birthday Farhanah sayang. Moga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.Aaminn

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir farhanah. Bila la nak jumpa ni kan..

    ReplyDelete
  6. Kejap je dah setahun.. happy Birthday Farhana.. semoga jadi anak yang solehah dan membanggakan mak ayah.. Suka tengok Fariza punya senyum..macam orang dah besar..selalunya kan budak2 senyum nak nampak gigi je..eheheh

    ReplyDelete
  7. Pejam celik pejam celik alahaiii dah setahun membesar. Rasa mcm skejap je kan .

    ReplyDelete
  8. wah. dah setahun dah dia ye.. rasa macam baru beberapa bulan lahir je kan.. kejap je dah besar

    ReplyDelete
  9. Selamat hari lahir Farhana budak yang cute dan comel

    ReplyDelete
  10. Salam


    Apakah Anda mencari pinjaman?

    Nama saya Femi Otedola, saya seorang multi miliarder dan saya telah berada di industri minyak dan gas selama 28 tahun terakhir. Sekarang saya ingin memberikan pinjaman kepada orang-orang yang menghadapi masalah keuangan mencari solusi dari situasi keuangan mereka, Jadi saya harus membentuk tim profesional untuk mengelola perusahaan ini. Saya tahu apa artinya mencari dana untuk mendirikan bisnis Anda dan ketika Anda mengunjungi Bank mereka selalu meminta begitu banyak dokumen dan jaminan, Di sini kami akan meminjamkan Anda dengan suku bunga rendah, dan tanpa jaminan. Anda harus tahu bahwa kami hanya di sini untuk meminjamkan mereka yang sangat serius dan bersedia membayar kembali pinjaman.

    Kami menawarkan yang berikut:

    ~~~~ Pinjaman Kerjasama √√√√√

    ~~~~~ Pinjaman Bisnis Jangka Panjang (maks 40 tahun) √√√√√

    ~~~~~ Pinjaman Bisnis√√√√

    ~~~~~~ Pinjaman Pribadi√√√

    Catatan: hanya orang-orang serius yang boleh mengajukan permohonan. Jika Anda harus mengajukan pinjaman dari kami, Anda harus memahami bahwa kami di sini untuk meminjamkan Anda dan Anda harus jujur dan dapat dipercaya. Hubungi kami hari ini dan dapatkan wajah baru kebebasan finansial.

    Hubungi Kami melalui alamat Email berikut
    √√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√
    Femiotedolaloanfirm@gmail.com
    Femiotedolaloanfirm1@outlook.com  

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2