hai assalammualaikum



Santai Di Hotel CitizenM Kuala Lumpur, Dekorasi Modern Koleksi Seni Kontemporari dan Teknologi Inovatif - Walaupun kau orang KL, tak semestinya kau tak boleh stay hotel dekat KL kan..hahaha..Yela, kadang, jalan-jalan area KL, malas balik ke, atau nak jumpa kawan, lepak dengan kawan tempat yang selesa, apa salahnya stay dekat hotel. Hotel yang nad nak kongsi ni, bukan hotel yang selalu kita nampak tu, tapi hotel ni memang menarik sangat..seriussss!!! dekorasi dia modern dan minimalist, more english macam tu, dan penting tempat untuk mereka yang suka bergambar (instaworthy 100% )..memang nampak santai sangat. Jadi sesiapa yang nak stay hotel dekat Kuala Lumpur ni, bolehla stay di Hotel citizenM Kuala Lumpur. Lokasi pun startegik di Bukit Bintang..


Siapa yang biasa travel, mesti pernah dengar tentang hotel citizenM ni. Mulanya hotel ni ada di Amsterdam. sekarang dah ada di banyak negara. Di Asia, selain Shanghai dan Taipei, Kuala lumpur tempat ketiga di Asia untuk hotel ni..Pergh dengar pun dah hebat kan..Belum tengok dalamnya lagi..hehehee..sebenarnya Hotel citizenM ni baru dibuka sebulan di Kuala Lumpur..

Santai Di Hotel CitizenM Kuala Lumpur, Dekorasi Modern, Koleksi Seni Kontemporari Dan Teknologi Inovatif

Meh nad kasi tunjuk sikit bagaimana rupa dalam dia..huhuhu..

Ruang Lobby Yang Mengagumkan

Masuk je terus cakap " Wahhhhhhh"..Suasana dia sungguh menyenangkan dan relaks sangat.


Selalunya, kita tengok lobby setiap hotel, ada kaunter untuk check in dan check out dan ada seat sahaja. Tapi Hotel citizenM ni, lobby dia penuh dengan ruang tempat duduk, ada canteen untuk minum dan makan. Setiap tempat dekorasi dia lain-lain..Nampak macam colourful giler tempat dia. Perabot yang dia guna pun bukan biasa-biasa. Suasana dia macam dekat dalam rumah kann..Dah macam dekat luar negara pun ada..hehee..









Kalau korang jalan-jalan KL, dah penat nak cari port rehat sambil beronline, citizenM hotel la sesuai. Dahla beraircond, sejuk je, lepak sini. Ya, korang boleh lepak, duduk sahaja pun dekat sini tau..hehee....Free Wifi.. Wifi dia laju, tanpa guna pasword. ada TV lagi untuk menonton dan banyak buku dan koleksi seni kontemporari yang luar biasa untuk memastikan korang rasa terinspirasi. Ada tempat cas telefon atau laptop lagi..

Check In Check Out 1 Minit je!!!




Bukan tu sahaja, yang paling bestnya, korang boleh check in, check out sendiri..Nad memang jakun sikit bab ni..hahaa,..Kalau rasa malas balik, atau korang yang bercuti dekat Kuala Lumpur, nak stay hotel, check in terus dekat citizenM hotel ni. Boleh juga book dekat website dia.


Nak senang check in sendiri je..Semua ada. Bayar guna credit card, paywave dengan satu lagi i tak berapa dengar..huhu..Korang boleh tengok video di atas ye.


Ni dia kunci korang..korang yang sendiri buat tau. Kunci ni boelh bawak balik tau..

Bilik di Hotel citizenM Kuala Lumpur

Jom kita tengok bilik pulakkkk....Dekat sini, ada saiz bilik sederhana dan besar untuk keluarga.



Paham-paham jela, bila nampak katil hotel ni, memang rasa nak terus baring dan tidur je..Katil dia empuk sangat..bukan biasa-biasa punya katil..ehhee..Walaupun hotel ni di tengah bandar yang sibuk, tapi tak dengar langsung..Lena je kalau tidur ni.





Setiap bilik dilengkapi dengan katil saiz besar king XL yang mewah, selimut dan bantal, serta pancuran mandian dan tuala yang tebal. Selain itu, terdapat juga keperluan penting seperti TV pintar, tirai gelap,  dan perabot Vitra. Hah, ok takk..Tempat simpan barang pun elok je bawah katil..


Setiap bilik, menggunakan monopad ( berbentuk seperti ipad )  yang mengawal seluruh bilik untuk menetapkan sebarang suasana di dalam bilik, termasuk pencahayaan berwarna, suhu bilik ( aircond) dan televisyen.

Nampak tak tingkap boleh buka, dengan hanya menggunakan monopod tu. Bolehla tengok pemandangan Kuala Lumpur. Tapi jangan buka sembarangan..hahaah..Ada setengah bilik, mengadap pemandangan Kl, ada setengah bilik hadap koridor..hahaa..so pandai-pandaila..

Ada sesetengah bilik yang lampunya boleh bertukar-tukar ikut mood korang..ehhee..



Yang ni bilik besar sikit. Sesuai la untuk yang bawa keluarga, ada anak kecil. Bilik ni, ada bilik mandi tempat untuk orang OKU. Jarang kan kita nampak hotel sediakan untuk orang OKU ni..




Ada juga tempat untuk iron baju. Tapi dekat satu bilik je. Bilik solat pun ada..

3 Meeting Room

Hah!!, dekat sini ada meeting room tau. Bukan satu, tapi tiga bilik meeting room. Tengok bilik meeting room pun dah wow kan..




Ni dua bilik meeting room yang sederhana. Sesuai la untuk meeting kecil macam tu. Meeting room siap dengan papan tulis yang memang woww..dinding warna hitam tu sebenarnya papan tulis ye. Siap dengan pen maker semua, lengkap la..So korang yang nak buat meeting datang bawak kertas kerja korang je..sebab dekat sini dah lengkap semuanya..hehe..


Yang ni pulak, meeting room yang besar. Hah, nak buat bengkel kecantikan ke, atau apa-apa, boleh ke sini..

Meeting room ni sediakan free coffee dan tea ye..Takyah susah-susah kan..Semua ada..



Ni Ruang luar dibahagian meeting room. Banyak kan tempat duduk untuk istirehat..

Canteen Hotel citizenM Kuala Lumpur, buka 24 jam


Dekat sini ada canteen, ala macam cafe, eh entahla nak cakap ape..hahahaha. Kalau korang lapar, haus, boleh order makanan atau minuman dekat sini. CanteenM menyajikan makanan, makanan ringan dan minuman yang lazat, sihat dan tempatan. Semua jenis makanan ada, makanan melayu dan  western.









Ni antara menu yang nad cuba makan dan rasa. Lamb tu yang sedap..hehee..


So korang rasa macam mana. Ok tak. Mana yang ada meeting dekat Kuala Lumpur, bercuti ke Kuala Lumpur, nak stay hotel, boleh masukkan dalam list hotel citizenM ni.




Untuk keterangan lebih lanjut,korang boleh layari
Website: https://www.citizenm.com/destinations/kuala-lumpur/kuala-lumpur-bukit-bintang-hotel
Facebook; https://www.facebook.com/citizenMMY
Instagram: https://www.instagram.com/citizenm/
Youtube: https://www.youtube.com/user/citizenmobile
Twitter: https://twitter.com/citizenM
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. Wahhhhhhh. . Terujanya tgk deco dia. .Sgt menarik. .Harga berapa ni

    ReplyDelete
  2. Cantik la hotel dia. Iron pun iron steam Philip kau

    ReplyDelete
  3. cantik dan manerik tempatnya!

    ReplyDelete
  4. Menariknya hotel nie Nad.. siap boleh buat kunci sendiri lagi. Siap boleh kawal bilik pakai monopad lagi.. paling penting ada bilik solat.. suka.. ❤

    ReplyDelete
  5. cantiknya hotel ni, lain dr yg lain deko dia

    ReplyDelete
  6. Kalau rumah mcm ni mmg tak keluar rumah la ahaha.. Cantik sgt hotel ni kan nad

    ReplyDelete
  7. Wah menariknya tmpt ni. Siap boleh bwk balik kunci sendiri.. Hehehe..

    ReplyDelete
  8. Menarik betul hotel ni. Konsep dia simple & cozy. Banyak kemudahan pula tu

    ReplyDelete