hai assalammualaikum

Selamat Hari Lahir Farhanah, Anak Kedua Mommy - Tarikh 5 February, lahirlah anak keduaku yang diberi nama Farhanah Nasuha. Cerita pengalaman bersalinkan adik mommy dah cerita dekat SINI. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Haritu genap usia dia dua tahun. semoga Farhanah menjadi anak yang solehah, insan yang baik hati dan sentiasa dirahmati baik duniawi mahupun ukrawi.


Anak kedua ni lain sikit ye perangai. Boleh baca ciri-ciri anak kedua ni ni ye dekat entry sebelum ni nad pernah buat. memang lain dan unik sikit perangai dia. Akalnya panjang, dan suka berdikari. Anggap diri dah besar, padahal, awak masih baby lagi pada mommy tau..

Dari kecil tak banyak ragam, sampai la ke besar. Cuma ragam nak susu mommy je la. Masa baby nampak macam pendiam je. Bila dah besar, terus bertukar...hhaaha. Semua benda nak buat sendiri dah sekarang. Taknak mommy tolong melainkan dia tak boleh buat..hebatt budak ni. Tak kisah kalau mommy tinggal, duduk dengan daddy pun ok. Tapi tak boleh lama, masalah bila dia bangun tidur, mesti mencari..hehee..

Ada perangai Farhanah ni suka buat lawak. Reaksi dia, perangai dia..lain maciam ye..terhibur je setiap hari. Tak kisahla macam mana pun, asalkan Farhanah enjoy buat apa yang Farhanah suka. Yang penting bila salah mommy tetap marah ok..ahahhaa..Ajar dari kecil biar sedar. Tapi kadang tak dengar ye ni budak..Bila tak suka, dia takkan buat. Bila paksa suruh buat, mendengus ye..garang betul..seram sanagt kita wak..hahaha..

Mommy cuma doa, anak-anak mommy semua jadi anak yang mendengar kata ibu bapa. Tau mana baik mana yang tak baik. taat pada perintah Allah. Mommy akan didik sepenuhnya dengan baik. Kita tak cukup kaya, tapi biar kita kaya denagn ilmu, budi bahasa.

Setiap detik bersama, saat paling berharga buat mommy dan daddy. Jadi adik yang baik dan dengar cakap kakak ok..

Mommy, daddy dan kakak love you Farhanah..



Hadiah dapat kasut sport warna hijau..


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. happy birthday farhanah..pejam celik kejap jer dah 2 tahun

    ReplyDelete