Lokasi Museum Illusion Kuala Lumpur tempat ni dalam Hotel Ansa Kuala Lumpur di Tingkat 1. Masa nad pergi ni ada promosi. Promosi sehingga 31 August 2020.

hai assalammualaikum

Museum Illusion Kuala Lumpur - Selalu nampak kawan-kawan post dekat Museum Illusion Kuala Lumpur, best pulak tengok. Kalau dah namanya illusion, mestilah muzium yang penuh trick, magic, dan tertanya-tanya macam mana gambar ni di ambil. Seronok tengok kawan-kawan ambil gambar dekat situ. Nad suka tempat macam ni, sebab sebelum ni nad pernah pergi di  Rumah Terbalik dan Funny House di Port Dickson. Memang banyak port bergambar dan keseronokan dekat situ. Sebab tu, bila dapat tau ada dekat Kuala Lumpur, nad pun nak pergi.



Museum Illusion Kuala Lumpur

Masa harijadi nad haritu, nad ajak mr mafia pergi sini. Dia ok je, kira sambut birthday girl la waktu tu..hehee. Lokasi tempat ni dalam Hotel Ansa Kuala Lumpur di Tingkat 1. Masa nad pergi ni ada promosi. Promosi sehingga 31 August 2020. Kuala Lumpur ni pun banyak tempat menarik sebenarnya. Google je mesti banyak orang kongsi.

Harga Promosi Sehingga 31 August 2020
Dewasa: RM21
Kanak-kanak: RM10


Dekat sini ada banyak tempat untuk bergambar. Memang seronok, banyak benda yang illusi, trick. Bila datang sini, baru tau macam ni rupanya..hehee..Pengalaman menyeronokkan datang sini, lagi-lagi anak-anak, suka diaorang.

Korang boleh ketawa, berseronok dekat sini bersama keluarga dan rakan-rakan. Memang kene penuhkan bateri phone atau kamera ye, sebab memang banyak gambar nak ambil  dekat sini.

Oh kalau tak tau macam mana cara nak bergambar, jangan risau, ada je setipa tempat tunjukkan cara untuk bergambar, atau staff dekat situ akan bantu korang untuk bergambar.

Ada yang ilusi, ada juga menguji minda kita.


Masa untuk makan Fariza..hehehee..

Menguji minda, Fariza cuba selesaikan.


Ni macam mana nak keluarkan satu block tu keluar. Jenuh mommy dengan Fariza selesaikan..hahaa..



Banyaknya muka dengan wajah segitiga. Yang bentuk segitiga tu la bendanya



Hah ni , macam mana badan boleh senget tanpa jatuh..hebat tak hebat..hehee..


Cermin ajaib, nak tau jodoh ke tak, sila cuba..ahhahaa..gurau.


Tempat ni ada dua tingkat, tingkat atas pun banyak menarik.



Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita..gitu..


Yang ni banyak cermin, dan banyakla diri kita.


Terowong ni paling tak boleh blah la orang cakap. Benda kita berdiri tu takda jalan pun, yang berpusing dekat luar je. Tapi kau rasa, diri kau turut berpusing sekali. Perghh!!. Buat nad jadi pening..hahaha..


Ni macam rumah terbalik..hehehe..hebat kan, kain tak terselak pun walaupun terbalik..hahahaa..



Hah tengok ni, mesti terfikir macam mana, nad jadi kecik, mr mafia besar..hehee..Comel kan gambar ni..Anak-anak pun taknak lepaskan peluang ambil gambar dekat sini


Hah, kecik besar je tengok kan...happy anak-anak bila tengok magic macam ni.


Dekat sini pun ada uji minda mainan macam ni. Hah, boleh la berfikir macam mana rupa dia.

Memang seronok tau. Banyak benda kadang tak masuk akal, oo macam ni rupanya, oo macam tu rupanya..hehee.

Sebelum tinggalkan Museum, dekat sini ada sedikit cenderamata korang boleh bawak balik.



So kalau korang nak rasai pengalaman yang sama macam nad, boleh ke Museum Illusions Kuala Lumpur
Address: 1st & 2nd Floor, Ansa Hotel KL, 101, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Contact: 03-2110 2654
Operation Hour: 9am to 11pm from Daily from Monday to Sunday
Website: https://museumofillusions.my/
Facebook: https://www.facebook.com/moi.kualalumpur/
Instagram: https://www.instagram.com/museumofillusions_kl/
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

20 comments so far,Add yours

  1. Wahh bestnya. Bukan setakat anak anak jer serobok datang sini. Mak ayah pon happy kan Nad. Banyak gambar2 menarik terakam kat sini..

    ReplyDelete
  2. Belum pernah ke tenpat ini. Sukanya Fariza di situ...orang yg bernama Fariza ni memang mindanya bijak tau hihi...

    ReplyDelete
  3. Nak g juga tapi husband malas layan muzium2 ni. Huhuhu

    ReplyDelete
  4. seronok gi sini ngan kengkawan sekepala, nanti macam2 rupa gambarnya..hahahah!

    ReplyDelete
  5. Macam best! Kalau nak pegi, ada SOP tertentu ke yg kita kena ikut?

    ReplyDelete
  6. Wow......menarik this kinda museum. I suka visit museum2 macam ini. Thank you for sharing Nad.

    ReplyDelete
  7. Sejak buka muzium ni sampai la sekarang. Belum berkesempatan ke sana. Nanti nak plan ke sana dengan anak-anak.

    ReplyDelete
  8. suka gak tengok hasil shot guna trick kt tempat macam ni. kreatif sangat!

    ReplyDelete
  9. Wahhh murahnya harga promosi dia. Boleh la jalan-jalan masa public holiday nanti

    ReplyDelete
  10. betul2 mindblowing ni.dah la harga murah promosi tu, boleh la pergi sini weekend ni. asyik terperap dalam rumah je bosan jugak

    ReplyDelete
  11. Seram tengok cermin ajaib tu. Hahaha. Bila tengok gambar ni curious nak tahu cmne behind the scenes. Contoh mcm badan senget tu

    ReplyDelete
  12. Bestnya nad.. teringin nak pergi tempat macam ni tau. Tapi dduk hujung johor ni tak tahu dekat mana.

    ReplyDelete
  13. Selalu dengar tempat ni.. dan nampak menarik.. blhlah bw anak2 dtg bergambar di sini

    ReplyDelete
  14. menarik tempat ni, saya pernah pegi yg kat Menara KL tu je. best juga

    ReplyDelete
  15. Dulu pernah kawan bagi tiketnya, tapi masa dan time tak kena, last bagi kat kawan... next time boleh plan nak bawa anak-anak lerr...

    ReplyDelete
  16. Adoiii, rindunya nak jalan-jalan macam biasa tapi apakan daya, musim ni belum boleh lebih-lebih lagi. Bestnya tengok you all had fun betul, gaambar pun cantik-cantik

    ReplyDelete
  17. syok pulak tengok museum illusion ni macam menarik je kalau bawak anak-anak pi ni.. huhu.. dah jauh dari KL ni pasang angan2 je lah.. alahai

    ReplyDelete
  18. Wah.. bestnya dpt tgk Museum Illusions Kuala Lumpur tentu bdk2 plg happy sbb dpt join mcm2 kuiz tgk pun cantik

    ReplyDelete