Cara memohon i-Sinar KWSP. Pencarum boleh mengeluarkan wang KWSP waktu pandemik convid 19

hai assalammualaikum
 
Panduan Cara Memohon i-Sinar KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan maklumat lanjut terkini mengenai kemudahan i-Sinar iaitu pengeluaran Akaun 1 KWSP. KWSP dalam kenyataan terbaharunya bersetuju untuk meluaskan skop i-Sinar yang akan memberikan manfaat sekitar 8 juta ahli yang terjejas. Harini dah pun boleh memohon i-Sinar KWSP. Siapa yang layak cepat-cepatla mohon.


Pencarum KWSP yang layak untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000 dan juga RM60,000 bergantung kepada kriteria yang terlibat.
 
 
Syarat-syarat ini terbahagi kepada dua kategori.
 
Kategori 1

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
- Anda sudah lama tidak mencarum
- Anda seorang suri rumah
- Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
- Anda hilang pekerjaan
- Anda diberi cuti tanpa gaji
- Anda hilang sumber pendapatan 
- Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
- Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.




Kategori 2

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank.
 
Apa yang perlu dibuat sebelum memohon i-Sinar?
- Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
- Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:       
** Masih aktif
** Milik anda
** Bukan akaun bersama
 

Panduan Cara Memohon i-Sinar KSWP

Ok ni nad nak kongsi cara memohon i-Sinar KWSP
 
 

 
- Isikan nombor MyKad / MyPR dan nombor telefon bimbit
- Tekan TERUSKAN
- Isikan nombor One Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS dan Sahkan OTP. Atau Jawab
- Soalan Keselamatan untuk Pengesahan.

 
- Tetapkan amaun pilihan.Semasa tetapkan amaun ni, korang kene tarik bulat tu ke maksimum amaun yang korang nak keluarkan.
 

 
- Tetapkan Bayaran BULAN PERTAM. pembayaran maksimum ialah RM5000 jika had pengeleuaran ialah Rm10,000. Jadi tarik button bulat sehingga RM5000.
- Tekan TERUSKAN
- Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi.
- Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan TERUSKAN.
- Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran dan tanda v sebelum tekan HANTAR.
 

 
- Permohonan anda diterima dan akan di proses.
 
Ok selamat memohon. 
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. Bagi mereka yang memerlukan this is really a good guide.

    ReplyDelete
  2. Bukan semua org boleh keluarkan wang ini kan.. yg memerlukan sahaja.. harap ia dpt bantu mereka yg sgt memerlukan..

    ReplyDelete
  3. bagus info ni untuk mudahkan orang yang nak mohon i-sinar, moga dipermudahkan permohonan yea.

    ReplyDelete
  4. Harap inisiatif macam ni dapat membantu mereka yang memerlukan. Tak layakla plak nak apply

    ReplyDelete
  5. Dah mohon harap lulus hehe. Dapatlah renovate rumah nanti. Byk nak kena repair.

    ReplyDelete