hai assalammualaikum
 
Kemas Ruang Mainan Anak Di Ruang Tamu - Kali ke berapa entah duk kemas ruang mainan anak ni. Biasalah, selagi tak puas hati, selagi tu la kita nak kemas bagi sampai puas hati dan tak sakit mata. Dan ni , nad rasa dah cukup puas hati la kot kemas ruang mainan anak ni. Almaklumla, budak-budak ni takda bilik lagi, jadinya ruang tamula tempat diaornag bermain, belajar semua. Jadinya, adalah satu ruang yang sesuai untuk letak anak-anak punya mainan dan buku dekat ruang tamu nampak kemas dan teratur.
 
Banyak dah nad buat entry berkenaan playzone area budak-budak ni, hahaha,dari playzone area Fariza seorang  sampaila playzone area bila dah ada adik dia..hehee. Memang kenangan simpan cerita story dekat blog ni, boleh nampak bezanya dulu sampaila sekarang tempat mainan diaorang ni. Lepas ni kalau ada bilik, hah lain pulak, gitu.
 

Dekorasi Ruang Mainan Anak Di Ruang Tamu

Ok, ni la rupanya ruang mainan anak sekarang yang nad baru kemas baru-baru ni dekat ruang tamu. Baru sedap sikit mata memandang. Tersusun mainan dan buku diaorang masing-masing. Senang nak capai, senang nak ambil buku mana yang diaorang minat. Senang nak ambil mainan. Dah main boleh kemas semula. 
 
Memang puas hati beli rak buku tu sebab ngam dengan laci ikea Smastad. Tu pun nad ukur-ukur dulu sebelum beli. Yela, kalau dah beli menyesal tak sudah kan tak dapat guna. Tu pun lama juga dia dalam cart troli..hahaa. Duk fikir ok ke tak? Sesuai ke tak? Memang duk kira je.
 

Last-last beli juga..huhu. sebab dah tak tahan tengok buku dan mainan bersepah. terus check out. Ada dua saiz, saiz 80 cm dengan saiz 120 cm. Nad ambil yang 80 cm. Link kat shopee boleh klik  https://shp.ee/yh8xbs4
 
Memang nad tak pernah beli perabot dekat shopee ni, sebab tau pasang dia susah. Yela kadang cara dekat kertas tu tak paham. Selalu beli barang ikea je kalau perabot ni, senang pasang. Tapi, bila tengok ikea takda rak macam ni, tu yang tengok dekat shopee.
 
Pasang pun ambil masa 2 jam..hahaa. Membebel suami kita masa nak pasang. Kertas pun salah tunjuk cara pasang dia..hahaha. Last-last dia buat sendiri tanpa mengikut kertas tu. Akhirnya siap juga walaupun bebel. Almaklumla sayang isteri..hahaha..Terima kasih suami.

Dah siap terus kemas tempat ruang mainan anak tu. Kemas buku dan mainan.



Ni ada video nad kemas ruang mainan anak di ruang tamu ni.
 

Ceria betul tempat diaorang kan..Warna warni gitu.


Sebelum dan selepas kemas. Sebelum ni memang dah kemas, baru je, nad beli wooden wall shelf dengan grid wall shelf tu dekat shopee juga. Nak kemas, cantik letak shelf wall tu, tapi shelf wall tu tak bagi kerjasama. Selalunya memang lekat kuat pelekat tu, tapi kat dinding ruang tamu ni dia taknak bagi kerjasama. 
 


Jadinya terpaksa cabut semua. Tu jadi tak cantik dinding. Yang tinggal satu je melekat elok..hahaha. Kot korang berminat dengan shelf wall tu, ni link dia https://shp.ee/iqf8dv2 untuk yang bergerigi hitam tu, lagi satu https://shp.ee/sjzw372 untuk yang tangkai  tu.



Nak tutup dinding nad beli Art Frame ABC dan 123 tu. Murah je, kualiti biasa tapi sebab cantik beli juga. DIa just kertas A4, pastu lekat dekat gabus, kemudian balut dengan plastik. Nak buat sendiri memang tak la. Jadi, kita beli jela. Dia dah siap ada salotep, tinggal lekat je. Nah, cantik sikit bila macam ni. Takda fikir jatuh ke apa. 
 



Buku tu tegak elok, sebab nad ada letak Expandle Book Stand, jadi elok la dia tersusun macam tu. Book stand besi tu boleh adjust panjang pendek. Sebelum ni guna Fail holder biasa je,tapi ukur fail tak ngam dengan rak buku tu, tu yang beli Expandle besi book stand. 
 


Tempat letak pensel tu pun beli dekat shopee. Sebab cantik, dan banyak boleh letak pensel, tu yang beli..hehehe. 
 

Sebelah rak tu Trofast dari Ikea. Dalam tu memang mainan kecik-kecil diaorang, anak patung semua dalam tu. Beli satu panjang tiga tingkat je boleh sebab ruang tamu muat tu je. Bajet pun mampu itu je dulu..kihkih.
 

Dah main memang diaorang akan kemas. Anak-anak dah tau mana nak letak semua..hehee. Ni la cara nad kemas, dekorasi ruang mainan anak di ruang tamu. selalu nad tengok dekat pinterest dekorasi ni, tapi ni jela nad mampu buat. Macam ni pun dah ok. tersusun, cantik dan kemas.
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Haaa.. Cantiknyaaa.. Comel...Baru ada feel nak belajo, bermain, dan inshaAllah, pintar teruss ..hehe..suka tengok dekorasi rumah orang lain..

    ReplyDelete
  2. waahh..kemas... nak kena cari organizer baru ni

    ReplyDelete
  3. Wow cantiknya dan kemas. Sangat tersusun.

    ReplyDelete
  4. Cantik dan kemas dah..kalau anak buah akak ni sekejap je ni...lepas tu bersepah balik

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2