BAMBOO HILLS GARDEN KUALA LUMPUR

in , by Nadia Johari, 00:56:00
 hai assalammualaikum

Bamboo Hills Garden Kuala Lumpur - Selalu lalu lebuhraya, nampak perkataan Bamboo Hills ni, siap ada air terjun. Tanya suami "apa tu, siap ada air terjun, tempat baru ke?" Suami pun tak pasti tempat apa tu. Nampak menarik tapi sekali lalu jela, yela sebelah tol tu kan, takkan nak berhenti jenguk. Kitaorang fikir tempat makan kot. Sampaila suatu hari nad dapat juga jejak ke sini, sebab ada event buat dekat sini. B tau Bamboo Hills ni ada taman yang cantik dengan restoran.

Sebelum event bermula, sempat la ambil gamabr dekat situ..hehehe. Nasib ada kawan-kawan lain juga nak bergambardulu. Yela tak tau bila dapat pergi lagi walaupun dekat..kihkih. Datang sini pakai cantik-cantik, boleh feling hindustan ye..Masuk tiktok..hahaha.
hai assalammualaikum

Tisu Carina, Tisu Berkualiti Pilihan Kami Sekeluarga - Setiap hari kita semua akan menggunakan tisu untuk kebersihan, tidak kira di mana sahaja, di rumah, pejabat, di tempat awam, ketika makan, dalam kereta dan beriadah. Dekat mana-mana sahaja mesti kita nak lap, bukan sahaja dekat tangan dan mulut, malah dekat semua tempat kita rasa nak lap. Lagi-lagi bila fasa pandemik, kebersihan lebih diutamakan. Tisu dah menjadi barang keperluan yang perlu ada untuk aktiviti seharian. Demi menjaga kebersihan sekeluarga, tisu pilihan nad semestinya tisu Carina.

Carina telah mengeluarkan pelbagai jenis tisu seperti tisu basah, tisu kering, dan lain-lain untuk menjaga kebersihan kita semua mengikut kesesuaian. Dengan menggalakan kita untuk menjaga kebersihan terutama sekali selepas pandemik, Carina telah menganjurkan kempen " We Care We Love' di mana, korang boleh dapatkan pelbagai tisu Carina dan menyertai contest untuk memenangi pelbagai hadiah yang menarik. Hah, nak tau, baca sampai habis..hehehe
 hai assalammualaikum

Skin Dessert Ambil Tindakan Atas Isu Tular Di Media Sosial - Semalam nad menghadiri sidang media yang dibuat oleh pihak Skin Dessert bersama peguam mereka bagi menjelaskan isu yang tular di media sosial baru-baru ni di Ginger, KL. Ailezee Rich Sdn Bhd selaku pengeluar produk kosmetik Skin Dessert, telah memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar SURAT TUNTUTAN PADA 7 DISEMBER 2022 terhadap Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) berikutan isu yang tular menerusi platform media sosial baru-baru ini.
 
Isu ini bermula pada 4 Oktober 2022 apabila Pengasas Skin Dessert Puan Zirra Abdullah dan Pengarah Urusan Skin Dessert En Mohd Aliff Abd Kadir memuat naik gambar mereka di hadapan bangunan SIRIM di media sosial dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa Skin Dessert sedang dalam proses menjalankan ujian produk bersama SIRIM.
 hai assalammualaikum

Layan Mechamato Movie - Anak-anak selalu layan Mechamato Siri dekat TV, dengan nad sekali tengok cerita tu. Suka siri animasi kartun macam ni, sama je macam Boboiboy, dan Mechamato ni ada kaitan dengan Boboiboy. Kalau korang tengok dua-dua ni pahamla kenapa ada kaitan..hehe. Macam anak-anak suka tengok aksi dalam cerita ni, robot tu siap boleh berubah -ubah jadi macam-macam dan berlawan. Sambil tu ada juga elemen lawak, bukan serius je cerita ni. 

Lepas tu, keluar pulak Mechamato movie dekat wayang. Tau pun sebab tengok dekat Astro tunjukkan trailer Mechamato movie ni. Sebenarnya diaorang tak tau lagi wayang tu apa, sebab nad tak pernah bawak diaorang pergi tengok wayang. Dalam tv ada orang tu cakap boleh jumpa Mechamato di Malaysia..hahaa. Fariza pun beria ajak nak pergi tengok Mecahamto. Lepas tu nad terangkanla, yang kita boleh tengok dekat wayang. Fariza kurang paham lagi, tak tau apa tu wayang. Terus nad cakap, ;nanti kita pergi kakak tau la apa tu wayang'.
Argentina Juara Final World Cup Qatar 2022 - Nad ni bukanla peminat bola, tapi suami yang gila bola. Sepanjang perlawanan, memang dia tak pernah tinggal tengok, dari awal sampaila separuh akhir. Tapi, untuk Final World Cup 2022 ni dia lambat pulak tu, dah separuh masa pertama, baru dapat tengok, gara-gara nad tak ambik tau bila Final World Cup 2022.

Sebab lambat tengok, nad dah booking tiket wayang cerita Mechamato untuk anak-anak. Disebabkan anak-anak nak tengok sangat, dan ini kali pertama diaorang tengok wayang, nad pun booking la 18 December 2022 jam 9.35 malam. Pilih tarikh ni sebab seharian Ahad tu kitaorang keluar, dari cari sofa, pergi Putrajaya, lelas tu tengok wayang. Suami pun setuju sebab dia fikir, esok-esok takyah keluar dah.

Tapi rupanya, suami pun lupa 18 December tu Final World Cup. Dia gelabah juga tapi buat relaks je.. Huhu. Yela, taknak hilangkan mood anak-anak yang tengah seronok nak tengok wayang. Jadi layan dulu movie Mechamato. Tak sangka ye, movie tu habis pukul 12 malam, ada la lebih-lebih tu.

CUTI SEKOLAH BAWA ANAK KE BANGI WONDERLAND

by Nadia Johari, 16:54:00
 hai assalammualaikum

Cuti Sekolah Bawa Anak Ke Bangi Wonderland - Hah cuti sekolah dah bermula, mesti banyak program nak buat untuk anak-anak. Yela, penat diaorang belajar semua, waktu cuti bagi release tension. Ada masa terluang bawa anak-anak berseronok. Macam nad, program pertama dibuat, bawak anak-anak berseronok di Taman Tema Air, Bangi Wonderland. Budak-budak mestila suka main air ni. Pernah pergi Bangi Wonderland dulu, tu pun masa Fariza kecil lagi, adik dia dalam perut, jadi tak dapat main semua, ni dah besar, ada adiknya, ada teman bermain, teman mandi bersama, lagi dia bertambah seronok.

Pergi seawal pagi, pukul 8 pagi dah gerak siap bersarapan di luar. Sampai di Bangi Wonderland pukul 9.15 pagi, tapi kena tunggu dulu sebab pukul 10 pagi baru dia buka. Nasib ada bilik macam dewan, besar juga, untuk menunggu. Anak-anak siap cakap, 'bila nak masuk, bila nak masuk'..hahaa. Bila dah buka terus diaorang tak sabar nak masuk.
 hai assalammualaikum

Cara Makanan Beku Cepat Cair Dengan Mudah, Guna Defrost Express Je, Tak Perlu Rendam Dengan Air Lagi! - Selalunya kalau nak masak, makanan beku macam ayam, ikan, sotong, udang atau lain lain yang dalam peti sejuk beku, nad akan keluarkan dan rendam dalam air untuk cairkan dia. Cara lain, mak ajar, malam tu dah letak makanan beku yang kita nak masak esok dekat peti ais bahagian bawah. Esok dia cair la sikit, pastu rendamla air. Dua cara ni memang lama nak menunggu makanan beku tu cair, boleh kata seharian atau setengah hari kalau guna kaedah rendam dalam air ni.

Macam nad, idea nak masak tu waktu subuh baru fikir nak masak apa, hahaha. Rutin haian, lepas anak pergi sekolah, dalam pukul 7.30 pagi baru keluarkan makanan beku yang nak di masak tu. Dalam pukul 11.30 pagi tu baru start memasak, sebab waktu memang waktu nad memasak, Memang makanan beku tu dah cair sepenuhnya. Masalah lain bila nad kadang lupa nak keluarkan makanan beku sebab leka buat kerja lain. Dah terlambat nak cairkan makanan beku tu. Bila dah lambat, terus jadi malas nak masak.
hai assalammualaikum 

Pussy In Boots Akan Muncul Di AEON Mall Sempena Musim Perayaan Ini - Siapa tak kenal dengan wira kucing lagenda PUSS IN BOOTS, dalam filem Shrek,  watak kucing ni akan berubah dari manja kepada berani dan ia ada kuasa unik di mana ia akan menggunakan kecomelannya untuk mengalihkan perhatian watak jahat..hahaa. Memang comel ye bila dia buat mata bulat tu. Nad dapat tau, akan ada filem terbaru PUSS IN BOOTS: THE LAST WISH di pawagam nanti. Mesti tak sabar nak tengok kan. 

Menariknya, PUSS IN BOOTS akan muncul di Majlis Ekslusif di  AEON MALL sempena musim cuti ini ! Tapi, hanya 11 cawangan AEON Mall sahaja yang terlibat. Bolehla cuti sekolah ni bawak anak-anak ke sana. 

 Hai & Assalammualaiku

Minyak Angin Dan Balsem Otot Cap Lang Melegakan Sakit Sendi, Lenguh Badan Dan Sakit Kepala - Penggunaan minyak angin dah sinonim dari dulu lagi, sebab tu minyak angin sentiasa jadi pilihan dan diguna oleh semua orang. Kesan minyak angin yang berangin memberi kelegaan pada otot-otot badan dan kepala. Minyak angin ni sangat sesuai untuk individu yang mempunyai gaya hidup yang sibuk dan aktif, tak kiralah surirumah, pekerja dan mereka yang aktif bersukan. 

Macam nad, rutin harian setiap hari, celik mata je, siapkan sarapan, siapkan anak pergi sekolah, sapu lantai, kemas rumah apa yang patut, kalau ada baju yang dibasuh, kena sidai, lipat pulak baju. Serius, duduk rumah bukan goyang kaki je tau. Tambah pulak dengan memasak dan layan karenah anak. Bila hari-hari buat tugasan ni, memang sakit seluruh badan, sendi, sakit kepala. Nad memang tak pernah ambil pil untuk hilangkan sakit, tapi nad lebih suka pakai minyak angin atau minyak sapuan. Sebab tu dua produk Minyak Angin dan Balsem Otot Cap Lang (ataupun Eagle Brand) ni ada di rumah nad.
 hai assalammualaikum

Turkish Delight Rose Hacibaba, Manisan Dari Turki - Haritu suami dapat manisan dari kawan dia. Manisan ni bukan manisan biasa tapi manisa dari turki, Turkish Delight Rose Hacibaba. Pertama kali nak rasa manisan dari Turki ni, sedap ke tak.

Tengok pada packaging Turkish Delight Rose ni warna pink, ikut pada perisa yang ditulis iaitu Rose. Nampak menarik, terus buka nak rasa.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2