Birthday Staycation & Percutian Anak-Anak : Societe Suites Hartamas by Bamboo Hospitality -
Bulan Julai is my birthday!! Tiba-tiba je ajak suami nak bercuti..hahaha, memang randomla. Tapi ajak bercuti dalam KL jela, takda jauh mana. Kononnya nak birthday staycation lah,hehehe. Kebetulan pula anak-anak baru je habis exam, jadi elok sangatlah bawa mereka keluar dari rutin biasa. Sekali-sekala reward diri dan anak-anak untuk tenangkan fikiran dan bagi diaorang gembira. Yela dah habis perah otak jawab exam, pergi bercuti bagi diaorang syok sikit.
Birthday staycation dan percutian anak-anak kali ni, nad menginap di Societe Suites Hartamas by Bamboo Hospitality. Terletak di tengah-tengah Desa Sri Hartamas, tempat ni memang ada aura “urban getaway” tapi dalam masa yang sama selesa macam rumah sendiri. Ia juga merupakan salah satu suite servis bertaraf tinggi di Hartamas, sesuai untuk keluarga, pasangan, digital nomads, atau solo travellers yang mencari tempat percutian yang selesa dan mudah.
Birthday Staycation & Percutian Anak-Anak : Societe Suites Hartamas by Bamboo Hospitality
Bila tiba waktu nak bercuti bersama keluarga, perkara pertama yang Nad fikirkan mestilah lokasi yang mesra keluarga, selesa, dan mudah diakses. Jadi, Nad pilih untuk menginap di Societe Suites Hartamas by Bamboo Hospitality sebab lokasinya memang sangat strategik dan tak jauh dari rumah. Walau dekat pun tetap rasa percutian tu. Jom baca pengalaman nad stayction dekat sini. Memang best tau.
Pengalaman Check-In Yang Mudah & Praktikal
Perkara pertama yang Nad suka? Parking sangat senang! Masa mula-mula sampai untuk check-in, kita boleh park dulu kat tepi luar. Staff semua sambut baik kedatangan tetamu. Keseluruhan proses daftar masuk berjalan lancar dan dilakukan secara profesional. Staff akan terangkan satu persatu dan memang service terbaik mereka bagi. Dekat sini memang 24-hour guest support.
Bila dah siap urusan check-in, staff akan bagi kunci bilik dan RFID parking card untuk parking basement yang eksklusif untuk tetamu. Siap tulis level berapa dan lot parking khas, jadi tak perlu pusing-pusing cari. Memang smooth je. Dah dapat semua tu, boleh terus ke parking tanpa masalah.
Menginap di Two Bedroom Suite — Selesa & Luas
Untuk kali ni, Nad pilih untuk menginap di Two Bedroom Suite, dua bilik yang selesa untuk anak-anak tidur berasingan, dan kami pun ada ruang privasi sendiri. Dengan keluasan 102 meter persegi, suite ini sesuai untuk keluarga.
Bilik tidur utama mempunyai katil bersaiz king yang empuk. Ada televisyen dan cermin, almari, bathroom, iron, hairdryer dan ironboard.
Bilik tidur kedua dilengkapi dengan katil bersaiz queen yang selesa.
Paling sweet, kita boleh request birthday decoration untuk surprise! Walaupun simple, tapi sangat bermakna. Tengoklah ‘cake tuala’ yang cute tu. Terasa disambut dan dihargai walaupun cuma dalam bilik hotel.
Setiap bilik ada almari. Suite nad pilih ni ada dua bilik mandi, satu dalam bilik utama dan satu lagi dekat bahagian luar area ruang tamu. Memang takkan berebutla kalau nak mandi ke apa. Setiap ruang ada aircond, memang sejuk ye. Selesa sangat.
Apa yang Nad suka, ruang tamu dia memang luas dan berasingan dari bilik tidur. Anak-anak boleh tonton TV atau bermain, dan kami pun boleh berehat tanpa gangguan.
Bahagian ruang tamu dengan gaya minimalis yang selesa dengan sofa yang empuk untuk kami sekeluarga berkumpul dan menonton TV. Anak-anak pun boleh baring-baring sambil tengok kartun. Cahaya semula jadi pun masuk dengan cantik dari tingkap besar, buatkan ruang rasa lapang dan cozy.
Suasana macam dekat rumah, lengkap semua ada.
Semua Kemudahan Ada, Rasa Macam Duduk Rumah Sendiri
Suite ni memang lengkap. Dapur kecil ada tempat memasak, microwave, oven, peti sejuk, dan paling best ada washer & dryer! Sangat praktikal kalau korang bercuti bersama anak-anak dan nak pastikan baju bersih setiap hari.
Sebelah ruang tamu pula ada ruang makan yang kemas dan selesa. Meja makan yang disediakan cukup untuk sekeluarga duduk menikmati hidangan bersama. Memang seronok bila boleh makan ramai-ramai dalam suasana yang tenang macam ni.
Memang sesuai untuk mereka yang nak work-from-hotel, staycation berdua, atau seperti kami — bawa anak-anak untuk short escape.
Kemudahan Lengkap
Antara tarikan utama yang buat Nad rasa nak repeat stay:
1) Infinity swimming pool dengan pemandangan KL
- swimming pool ni ada untuk orang dewasa dan kanak-kanak. memang kalau pilih tempat menginap, wajib pilih yang ada swimming pool untuk anak-anak. Bestnya bercuti ni seronok bermandi manda. Dengan view KL yang sangat cantik dan instagrammable betul. Swimming pool ni buka dari pukul 7pagi seingga 10 malam.
2) Playroom kids dan mini golf
- Anak-anak memang takkan bosan dekat sini, sebab ada playroom untuk mereka.
Selain itu ada mini golf dan archery. Sesuai la buat aktiviti bekeluarga di sini.
3) Fitness Centre
- Fitness centre paling tinggi di Hartamas dekat tingkat 30. Sangat bersih dan moden.
4) Co-Working Hub & Digital Creation
Untuk mereka yang sedang bercuti tapi pada masa perlu bekerja, jangan risau, dekat sini mereka menyediakan Co-Working Hub & Digital Creation Space yang serba lengkap.
Sesuai untuk freelancer, content creator, usahawan digital mahupun sesiapa yang perlu ‘catch up’ dengan kerja sambil staycation. Kalau nak ambil video, ambil gamabr produk, nak tempat tenang tanpa gangguan, hah boleh ke sini.
5) Parking percuma
Satu lagi perkara yang buat Nad rasa sangat berbaloi menginap di Societe Suites Hartamas ialah kemudahan parking percuma yang disediakan untuk tetamu. Bagi Nad yang datang bersama keluarga, memang penting untuk pastikan parking mudah dan selamat. Bagi yang stay di sini akan diberi kad akses RFID untuk parking basement yang eksklusif untuk tetamu.
Parking di sini bukan sahaja percuma, malah tersusun, luas dan selamat, siap ada kawalan keselamatan dan kawasan berbumbung, jadi tak perlu risau kalau hujan atau panas terik. Tak perlu pusing-pusing cari parking, tak perlu bayar tambahan harian, dan paling penting, mudah nak keluar masuk bila nak bawa keluarga jalan-jalan sekitar Hartamas
Breakfast
Sarapan pagi juga disediakan di Societe Suite Hartamas by Bamboo Hospitality. Semasa check in, akan diberikan kupon breakfast. Boleh sarapan pagi di Common Man Roasters yang terletak di tingkat bawah.
Lokasi Strategik & Mesra Keluarga
Societe Suites ni memang berada di lokasi yang sangat strategik dan memudahkan. Keluar je dari apartment, korang dah boleh jumpa pelbagai pilihan kafe dan restoran hipster, dari sarapan pagi, makan tengah hari sampai ke kopi petang, semua ada!
Selain tu, ada juga kedai serbaneka 24 jam yang sangat membantu kalau tiba-tiba perlukan apa-apa keperluan asas. Farmasi, bank, ATM pun ada, semuanya dalam walking distance. Memang sangat convenient terutama kalau bercuti dengan anak-anak, sebab kita tak perlu risau kalau tiba-tiba ada benda penting yang tertinggal atau perlu dibeli segera.
Pelbagai Pilihan Suite
Selain Two Bedroom Suite, ada juga pilihan
1) Studio Suite
- Sesuai untuk solo atau pasangan
2) One Bedroom Suite
- Sesuai untuk pasangan atau keluarga kecil yang inginkan ruang luas
3) Duplex Suite
- Untuk keluarga besar atau berkumpulan
Apa pun pilihan anda, semuanya datang dengan vibe moden dan kemudahan yang lengkap.
Kenapa Tempah Melalui Bamboo Hospitality?
Bila tempah terus dengan Bamboo Hospitality, anda akan dapat:
- Kaunter resepsi eksklusif
- 24-hours guest support
- Servis lebih personal & smooth
Cara Tempah & Promo Khas
Untuk anda yang berminat nak rasai sendiri pengalaman staycation yang selesa dan strategik di Societe Suites Hartamas, tempahan boleh dibuat dengan sangat mudah melalui pelbagai platform.
Boleh booking di website Bamboo Hospitality
Jangan lupa masukkan promo code "nadia" nikmati diskaun istimewa sebanyak 10% semasa membuat tempahan melalui laman web mereka.
Tapi kalau anda lebih selesa gunakan platform lain, Societe Suites juga boleh ditempah melalui Booking.com, Agoda, Trip.com but look for listings with "by Bamboo Hospitality" for exclusive reception desk and 24-hours assistance.
Birthday staycation kali ni memang ringkas, tapi penuh kenangan manis. Anak-anak happy, Nad pun tenang. Tempat yang selesa, servis yang baik, lokasi strategik , semua cukup sempurna. Sama ada anda bercuti dengan anak-anak, pasangan, atau nak ‘me-time’ sekejap… Societe Suites Hartamas by Bamboo Hospitality memang berbalo. Santai, senang dan serba lengkap — itulah yang buat Nad rasa staycation kali ni betul-betul menyenangkan!
📍 Kalau anda tengah cari idea staycation di KL… inilah tempatnya!
Cantik dan Selesa... 💝💝
ReplyDelete