Articles by "Resipi"
Showing posts with label Resipi. Show all posts
hai assalammualaikum

Resepi Nenek Tipah : Ikan Keli Masak Kencur - Ikan keli, ikan kegemaran, masak apa pun nad tak kisah. Ikan keli memang rasanya sedap, manis gitu. Memang nad suka makan ikan keli masak kencur ni, selalu nampak kat kedai..tapi tak tau masak macam mana. Lagi satu lupa namanya kencur, sampai la satu hari kak sue izza post dekat facebook masak kencur ni..Baru nad tau namanya kencur..hahaha..nad ingat guna kerisik..hahaha..biasalah, jarang masak dengan kencur,nama pun dah lupa. 


Harini nad ada kat kampung, mintak mak resepi masak kencur ni. Mak goreng ikan keli, nad buat kuah dia..hahhaa..Masak ikan keli kene pandai, sebab ikan keli ni kalau dimasak meletup-letup. Tu sebab suruh mak goreng ikan kelinya. Sambil-sambil tu nad amik la resepi ni. Biar tak lupa.

Bahan-bahannya, mudah sahaja rupanya.
1) Ikan keli
2) Bawang besar
3) Bawang putih
4) Cili padi
5) Halia
6) Kencur
7) Serbuk kunyit atau kunyit hidup
8)  Santan
9) Garam, gula, air

Cara membuatnya
- Goreng ikan keli dahulu dan ketepikan.
- Blender bawang besar, bawang putih, cili padi, halia, kencur dan kunyit hidup. Kalau guna serbuk kunyit masukkan masa tumis bahan-bahan diblender ni.
- Tumis bahan diblender sampai naik bau.
- Bubuh garam dan gula. Bubuh sedikit air.
- lepas tu bubuh santan.
- Biarkan mendidih lepas tu masukkan ikan keli.
- Biarkan sampai kuah pekat, lepas tu matikan dan siap dihidang..

Mudah kan..selamat mencuba.
hai assalammualaikum

Cempedak Goreng - Haritu masa balik dari kenduri rumah saudara mr mafia, ada orang jual cempedak goreng tepi jalan.  Lalu je, adoyaiii aroma dia menusuk kalbu. Sedap betul bau cempedak ni, wangi pun wangi, manis pun manis. Nak berhenti dah terlepas..jadi malas nak patah balik. Akhirnya rezeki mak buyung dapat jugak merasa cempedak goreng. Balik kampung baru dapat merasa. Haritu nad balik umah mak ayah, tak sangka ada buah cempedak..aummm..macam tau-tau je kite nak merasa cempedak..nah buat masak dekat rumah senang..


Cempedak goreng sedap dimakan tak kira waktu..waktu pagi ke masa sarapan, petang ke, atau malam..dapat sekali minum dengan air teh panas..perghh superbbb...nak buatnya senang je..


Bahan
- cempedak
- tepung gandum
- tepung rangup sedikit
- serbuk kunyit sedikit..nak bagi warna kuning
- garam dan gula secukup rasa
- air

Campur semua dan gaul..masukkan cempedak..lepas tu gorengla cempedak tu..


Api dipasang sederhana..jangan masuk cempedak banyak-banyak masa nak goreng..kang nak terbalikkan susah..jangan masak terlalu lama nanti hangus..ehhee...nyum..nyum...


hai assalammualaikum

Menu Berbuka Puasa: Nasi Lemak Mak Tersayang - amboii tajuk entry kali panjang nor..hahha..harini berbuka nasi lemak. Nasi lemak mak la paling sedap. Tak tau kenapa..kalau mak buat mesti anak-anak johari ni suka sangat dong..lagi-lagi bila permintaan daripada mak buyung..mak mesti akan buat..huhuhu..sebab tu sayang mak ketat-ketat..


Dari haritu nad terbayang nasi lemak mak nad ni..akhirnya dapat jugak..sambil-sambil tu nad bolehla belajar cara buat nasi dia ni..hehhe..ok meh tulis resepi..ape-ape nanti leh semak balik tengok resepi no..



Meh belajar cara buat nasi lemak
Cara buat nasi dia
1) beras ( ikut berapa orang makan)
2) bawang kecik ( 6 biji )
3) bawang putih ( 1 biji)
4) daun pandan
5) santan
6) air
7) garam
8) minyak

Cara membuat:
1) basuhkan beras sehingga bersih
2) masuk bawang yang dipotong halus dan daun pandan
3) bubuhkan santan beserta air
4) sedikit garam
5) sedikit minyak masak


Cara buat sambal
1) cili kerinng
2) bawang merah
3) bawang putih
4) ikan bilis
5) belacan

- blender semua bahan
- masakkan bahan yang diblender..letak asam keping
- letak air,garam dan gula
- biarkan sehingga masak

Bahan-bahan lain..senang je..takyah la kot bagitau..hehhee
1) ikan bilis digoreng
2) telur direbus
3) timun


Ok selesaii...masa berbuka bolehla makan..

hai assalammualaikum

Ikan Goreng Bersos Tiram - Dalam beberapa hari ni, asyik cerita pasal makanan je kan..hahah..nak buat macam mana, takde aktiviti lain selain memasak,,hahah..rutin surirumah yang berjaya..kihkihkih..dah selalu masuk dapur..lama-lama suka memasak pulak..sampai resepi tersendiri keluar..haha..dah tak tau nak masak ape..ilang idea dah..jadi kite buat resepi sendiri


Ikan Goreng Bersos Tiram.

Bahan-bahannya
- ikan
- bawang merah
- bawang putih
- cili besar
- cili padi ( nak bagi pedas)
- sos tiram ( bahan utama)
- sos cili
- garam


Cara membuatnya
- ikan di goreng dan diketepikan
- potong bawang merah, bawang putih, cili besar, dan cili padi
- tumis bahan yang dipotong tu sehingga naik bau
- bubuh sos tiram tiga sudu besar  ke dalam bahan tumisan tadi.
- bubuh satu sudu besar sos cili..nak bagi pekat dan pedas sikit,
- bubuh sedikit air
- bubuh garam
- tunggu sehingga kuah pekat dan masak
- lepas tu kuah ni boleh tuang dekat ikan goreng tadi..siap..senang kan..sedap..nak pedas bubuh cili padi banyak lagi..aumm...
hai assalammualaikum

Ikan Bawal Masak Tomato - Resepi ni selalu mak nad yang buat..jadi dah terbiasa kalau ikan bawal masak tomato. Mula-mula nad masak tak menjadi sangat..yela baru pertama kali cuba..tapi kali ni nad buat sesedap air tangan mak nad..wahh gitu..biasalah dah lama-lama kawin masakan dah menjadi bertambah sedap..hahha,,kita dah tau berapa nak letak bahan-bahan dia kan..kalau tersalah, rasa masam lebih..kalau betul die sesedap rasa...aummm..sampai jilat jari...hehe


Ni la ikan bawal masak tomato..Sepatutnya warna die warna oren-oren sikit..pencahayaan tak terang dekat rumah..takpela..meh nad bagi cara nak buatnya

Bahan-bahanya
- ikan bawal
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- setengah inci halia
-,serai
- cili besar merah dan hijau
- cili padi (kalau nak pedas)
- sos tomato
- sos cili
-,sebiji tomato..kalau banyak gunalah dua biji tomato
- garam

Caranya
- lumur ikan bawal dengan serbuk kunyit dan garam..lepas tu gorengkan ikan tu..jangan sampai garing..buat setengah masak.ketepikan
- potong bawang merah,bawang putih, halia, cili besar merah dan hijau dan cili padi.
- serai diketuk
- tumis bahan-bahan potongan tadi dan serai..tumis sehingga naik bau
- bubuh sos tomato tiga sudu besar , yela dah namanya masak tomato, mesti guna sos tomato dan sos cili satu setengah sudu besar untuk memekatkan kuah.
- bubuh sedikit garam
- lepas tu, bubuh sedikit air sehingga masak mengelegak. Akan jadi kuah die,
- masukkan ikan yang digoreng tadi ke dalam air yang mengelegak tu. Biarkan  sementara..
- dah nampak kuah pekat bubuh tomato...harini nad tak bubuh tomato sebab terlupa beli buah tomato.
- kuah dah pekat siap untuk dihidang..

Selamat mencuba

hai assalammualaikum

Mudahnya Masak Daging Gulai Kawah Dengan Homemade Pes Gulai Kawah - Harini dok terfikir nak masak ape, yang mudah dan cepat..hahaha..walaupun banyak bahan-bahan dekat dapur tu, tapi arini rasa nak masak benda yang campak-campak je terus siap..apa benda la selain sardin..haha..takkan sardin lagi..muak..tetiba datang "ting".. Idea nak masak ape..

Haritu kawan jejaka mafia ada bagi tiga botol pes homemade gulai kawah...uiittt..lama dah tak makan gulai kawah ni..dulu makan gulai kawah ni dekat Kedah je masa study..memang sedap gulai kawah ni..masak guna kawah..hah dah ada pes ni memang mudahla nak masak..main campak-campak je..


Ni la rupa Homemade Pes Gulai Kawah..boleh digunakan untuk daging atau ayam. Harini nad nak masak daging Gulai Kawah...aummm..caranya mudah sahaja, sesimple abc..
- amik 2 atau 3 sudu besar pes gulai kawah ke dalam kuali. Bagi tumis sikit.
- masukkan segelas air
- masukkan daging atau ayam yang telah direbus. Air rebusan tadi boleh digunakan sedikit.
- masak dengan api sederhana selama 5 minit
- siap untuk dihidang..pastikan ayam dan daging masak secukupnya ye..


Ni la hasil masakan daging gulai kawah nad..aummm..sedappp. Makanan macam ni sesuai untuk orang yang bekerja atau malas nak kupas-kupas bawang segala..hahhaa..suami pun puji masakan gue sedap..bahhahahha...

Boleh contact
Norliza di gulaikawahliza@gmail.com atau facebook Paste Gulai Kawah..atau pergi terus ke owner pembuat gulai kawah ni kak Norliza Ismail..cuba jangan tak cuba..memang sedappp..