hai assalammualaikum

Fariza dan Farhanah Tak Berkesempatan Nak Kenal Dengan Nenek Timah - Untuk pengetahuan korang,  nenek timah ni ialah mak kepada suami iaitu mak mertua nad. Dia meninggal selepas 4 bulan kami berdua bertunang. Hint arwah mak mertua bagi, suami cerita " senang la lepas ni dah ada orang jaga kau,  mommy dah tak risau "..( inagt-ingat lupa suami cakp,  tapi lebih kurang macam tu la).. Suami pernah cerita,  kalau dapat cucu ( dari aku dan suami) ,  dia nak jaga cucunya tu, taknak kerja dah. Arwah mak mertua memamg jenis suka buat kerja, dia tak suka berehat. Dia ada niaga air dekat pasar. Tu la kata-kata dia yang dia cakap dengan suami.

Dari cerita jiran,  arwah mak mertua memang bagus dan baik orangnya. Bab agama bagus,  mengaji bagus.  Jiran belajar mengaji dengan arwah mak mertua la. Mengurut pun pandai. Kira semua ok la. Takde yang tak ok. Nad berkesempatan berborak dengan arwah sekejap je. Teringat lagi masa pergi beli barang hantaran dekat nilai, arwah mak mertua pandai nego.. Sehabis daya dia nego harga.. Hahaha. Ada je nad pernah cerita pasal arwah. Boleh klik
- TIADA PANGGILAN MAMI LAGI BAGIKU..=(
KENANGAN BERSAMA ARWAH MAMI
JIKA DIA ADA PASTI LAGI MERIAH

Bila kitaorang dah dapat anak, anak tak dapat jumpa nenek Timah. Hanya gambar je boleh ditunjuk. Seperti biasa, Fariza sekarang dah banyak bertanya. Jadi,  bila kita cakap pasal nenek Timah,  mulalah dia tanya banyak soalan.


Haritu,  masa bulan Ramadan,  bawakla adik dengan kakak ni pergi kubur nenek Timah. Fariza cuma tau nenek Tipah je, ( mak nad )..Bila cakap " Fariza siap,  kita nak pergi rumah nenek "..seronok dia sebab ingat pergi rumah nenek Tipah. Bila sampai kubur terus cakap " mana rumah nenek mommy"..nad jawab jela " ni la rumah nenek"..Ni nenek Timah,  dia dah takde.



Budak dah makin banyak tanya,  akan tanya dan tanya. " Mana nenek mommy".."kenapa dia sakit mommy".." sakit apa mommy"..dan banyak lagi la.. Nak bagi faham,  nad akan layankan je apa dia cakap. Walaupun nad tau dia masih tak faham lagi.


Muka Fariza,  hampir sama dengan arwah mak mertua. Ramai cakap,  kalau arwah ada lagi,  mesti dia sayang sangat dekat cucu dia ni. Nad boleh bayangkan.. Tapi semua tu tak dapat.. Setiap hari nad akan ajar anak doa untuk nenek mereka. Nanti dah besar,  dia pahamla. Al-fatihah untuk arwah mak. Semoga ditempatkan dikalangan orang beriman.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours