Plan cari hotel yang betul-betul tengah bandar, selesa dan pergi mana-mana tempat jalan kaki sahaja.Cari punya cari, jumpa hotel Travelodge City Centre, memang sesuai sangat dan menetapi apa yang kitaorang nak.

hai assalammualaikum

Hotel Travelodge City Centre, Penginapan Di Tengah Bandar, Menjanjikan Keselesaan Apabila Bercuti Di Kuala Lumpur - Cuti-cuti Kuala Lumpur!, yeahh..siapa kata Kuala Lumpur biasa je, banyak tau tempat menarik di Kuala Lumpur ni. Disebabkan minggu lepas banyak masa terluang, kitaorang pun dah lama tak merehatkan badan, dah lama tak tidur hotel, jadi, nad dengan suami, buat plan untuk menginap di hotel Kuala Lumpur. Plan cari hotel yang betul-betul tengah bandar, selesa dan pergi mana-mana tempat jalan kaki sahaja.Cari punya cari, jumpa hotel Travelodge City Centre, memang sesuai sangat dan menetapi apa yang kitaorang nak.


Hotel Travelodge City Centre, Penginapan Di Tengah Bandar, Menjanjikan Keselesaan Apabila Bercuti Di Kuala Lumpur

Hari Jumaat check in pukul 2 petang, kitaorang waze je Travelodge City Centre Jalan Hang Kasturi, terus sampai. Tempatnya sebelah sahaja dengan MRT Pasar seni. Memang bagusla, dahla tengah bandar, lepas tu, dekat dengan public transport, memang mudah.


Travelodge City Centre hotel bertaraf 4 bintang ini menawarkan fasilitis yang pasti memudahkan korang untuk bergerak ke tempat menarik disekitar ibu kota. dekat sini juga ada disediakan parking kereta dan bayaran RM10 untuk satu malam.



Masuk lobi je, terus terpegun dengan perabot dekat situ..heehe. Selesa sangat untuk menunggu. Staff dekat situ pun friendly dan mesra je.


Bahagian reception ni operasi 24 jam, so takde masalah nak apa-apa pertolongan.

Dekat sini SOP terjaga, masa masuk macam biasa la, scan semua tu.

Ok jom masuk bilik..hehee.

Bilik Hotel Travelodge City Centre Luas Dan Selesa

Lawa gila ok bilik dia, sangat luas dan selesa. Nad punya bilik Family room, dengan dua katil. Dekorasi bilik dengan gaya kontemperori, lukisan Wau di dinding, katil yang menarik, memang sangat selesa dan santai bila duduk hotel ni.









Kemudahan yang ada di bilik
- Wifi percuma
- Lengkap toiletries
- Peti simpanan
- Peti ais
- Minuman tea dan kopi
- Desk
- TV
- Snack
- Charger USB & Plug


Suka dengan cermin dalam bilik ni, besar, cantik..hahaaha..Pantang nampak cermin ye, mesti nak berselfie.



Bilik nad ni ada ada dua jenis, satu Family room dua katil, macam nad punya, satu lagi tiga katil. Boleh pilih salah satu. Antara bilik ni ada pintu, connection room. Jadi, kalau korang datang dengan keluarga yang ramai, boleh ambil dua bilik bersambung ni.

Bilik dekat sini memang luas sangat. Dekat hotel Travelodge ni ada pelbagai jenis bilik yang korang boleh pilih. Meh nad tunjuk bilik selain Family Room.


Superior Room Queen Katil


Superior Room Twin Katil



Superior Room dengan balkoni. Hah, bilik ni siap ada balkoni untuk santai.



Suite Room, bilik paling luas. Untuk yang nak sambut hari istimewa tu, bolehla pilih bilik ni. Siap dekorasi angsa dekat katil tu..hehee.

Perkhidmatan Dobi Dan Ironing Layan Diri 24 jam

Dekat hotel ni juga ada menyediakan khidmat dobi dan ironing layan diri 24 Jam. Bilik laundry ni terletak di tingkat 1, dekat dengan bilik nad..hehee..senang. Ada washer dan dryer sekali. Jadi sebelum balik, boleh basuh baju dulu. Oh nak pakai laundry ni ada bayaran, hanya RM 10




Antipodean Coffee

Selain itu, korang juga boleh mendapatkan perkhidmatan sarapan sepanjang hari di Antipodean Coffee, yang menyajikan pelbagai hidangan yang diilhami oleh bahan-bahan segar dan budaya makan siang di New Zealand. Ini adalah tempat yang tepat untuk bersantai atau bersosial dengan secawan kopi. Buat masa sekarang cafe ni ditutup disebabkan pandemik covid ni.


Kemudahan Lain 
- 24 hours store ( ada kedai mynews )
- 24 hours security
- Currency exchange
- Luggage storage service
- Non smoking hotel
- Photocopying service

Kawasan Sekitar Kuala Lumpur Berdekatan Hotel Travelodge City Centre

Hah, percutian kali ni, nad jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Kuala Lumpur dah sinonim dengan bandar yang sibuk dengan kemajuan kota yang mana antara tempat kunjungan tumpuan para pelawat dan pelancong adalah pematu tarikan utama Malaysia KLCC dan juga KL Tower. Kali ni nad pun jadila pelancong..hehee. Kuala Lumpur ni banyak tempat menarik sebenarnya, sebab tu kene teroka.

Antara tempat menarik yang ada


- Central Market. 

Tempat ni paling dekat dengan hotel, berada berhadapan hotel Travelodge sahaja. Tapi buat masa sekarang Central Market tutup untuk renovation. Sedih sangat, sebab tempat ni memang jadi tumpuan. Ia akan dibuka akhir bulan ni. Tapi takpe, ada tempat lain lagi.




- Kwai Chang Ho
Tempat ni dibahagian Chinatown. Tempat ni menarik sebab dekat sini ada mural di dinding. Kalau kreatif boleh la pose gaya apa pun. Kitaorang memang suka mural-mural ni..hehehe.


- Kedai makan sedap
Berdekatan dengan Kwai Chang Ho, ada satu kedai makan yang nad pernah cuba iaitu Luckin Kopi, Beryls Chocolate. Memang sedap makanan dekat sini. Haritu nak pergi penuh orang, jadi kita cari kedai makan lain la. Jalan punya jalan terjumpa kedai aiskrim Urban Artisan ni.

Unik pulak tengok aiskrim berlingkar macam tu, dengan warna warni. Apa algi cuba la rasa bagi hilangkan dahaga tekak ni. Not bad, sedap. Ada banyak lagi kedai makan yang santai, rare dan unik ni. Kene survey banyak lagi.



- Masjid Jamek
Ni pertama kali nad datang tengok River Of Life. Ya, jangan terkejut..hahaa. Bila sampai sini jadi macam jakun sekejap..hahaa. Tengok dia keluar asap dengan lampu, nampak biasa tapi yang eprtama kali datang, teruja sikit..ehehe.

Dengan mural di dinding bangunan sangat cantik dan kreatif.

- Dataran Merdeka


- Petaling Street
Malam nad sambung jalan-jalan lagi, lalu ke Petaling Street. Saje tengok..Kuala Lumpur kan..hehee.

Tempat lain yang boleh pergi, Bukit Bintang, KLCC, boleh je naik MRT, senang dan mudah. Tak perlu fikir parking kereta semua. Bagus kan.




Harga Promosi Hotel Travelodge City Centre

Siapa yang nak bercuti ke Kuala Lumpur, Travelodge City Center menjanjikan keselesaan, dan kemudahan dengan harga yang berpatutan serta bernilai untuk pengalaman, menjadikan hotel ini pilihan terbaik sama ada korang  berada di KL untuk bekerja atau bercuti bersama tersayang atau kawan-kawan.

Promosi Reopening

Tengok bilik, tengok service, tengok sekitar berdekatan hotel, mesti korang tertarik kan. Hah, dengan semua kemudahan ni, harga hotel ni pun sangatla murah. Sekarang promosi dengan harga bermula RM88 untuk menginap di hotel Travelodge City Centre ni. Yes!!, RM88 .. Untuk booking boleh klik https://bit.ly/TravelodgeCityCentre. Promo sah bermula sekarang sehingga 30hb Sept 2020.

Tribute To Frontliner Heroes Package

Speselnya hotel ini ada promosi untuk Fronliners bagi menghargai mereka. Pakej penghormatan kepada wira barisan hadapan denga special offer, superior room RM68 dan family room RM108 dengan syarat penginapan mininum selama 2 malam. Boleh daftar keluar lewat sehingga pukul 4 petang.


Long Stay Package

Ada lagi, untuk mereka yang bekerja di Kuala Lumpur, yang nak stay lama, boleh pilih hotel Travelodge ni sebagao lokasi untuk menginap. Dapatkan tawaran terbaik dengan harga
- RM 700 NETT Mingguan,
- RM 1,260 NETT untuk 14 malam menginap
- RM 2,400 NETT Harga Bulanan

Bagi yang stay lama ni, korang akan dapat bilik dengan Balkoni Bakul makanan ringan percuma (Pengisian mingguan), Bar mini percuma (Penambahan mingguan), 1 token percuma untuk dobi & pengering setiap minggu, Kad TouchnGo Percuma (Kad bernilai RM10net) atau tempat letak kenderaan percuma untuk satu kereta sepanjang penginapan anda.


Stay 3 Pay 2 Untuk Mastercard Package

Promosi utk Mastercard, Travelodge Hotels Asia & Mastercard menawarkan Stay 3 Pay 2, bayar dulu, travel kemudian. Stay 3 hari tapi bayar untuk 2 hari je. Booking boleh buat di Travelodge Asia website. Booking dari 1 July sehingga 31 Dec 2020 dan boleh stay dari 1 July 2020 sehingga 30 June 2021. Untuk maklumat lebih lanjut berkenan Mastercard ni boleh layari https://cutt.ly/EfazguT

Kod Promosi: STAY3 . Untuk tau lebih lanjut berkenaan Mastercard Promosi ni, boleh contact (66) 65724 9454 | E-mel: sa.pornthip@travelodgehotels.asia

Terma & Syarat 
- Tawaran tersedia untuk pemegang kad Mastercard semasa membuat tempahan, untuk penginapan yang dipesan menggunakan Mastercard yang sah .
- Pemegang kad Mastercard yang berjaya menempah tawaran ini akan diminta untuk menunjukkan Mastercard mereka semasa daftar masuk.
- Nikmati malam ke-3 secara percuma apabila anda menempah penginapan tiga malam berturut-turut, berdasarkan Harga Terbaik yang Tersedia.
- Tempahan mesti dibuat melalui Travelodgehotels.asia secara langsung semasa tempoh tempahan.
- Harga dikenakan bayaran perkhidmatan dan cukai kerajaan yang ada.
- Tempahan tertakluk pada ketersediaan.
- Pindaan atau pembatalan mesti dibuat 14 hari sebelum tarikh ketibaan untuk mengelakkan caj pembatalan satu malam.
- Tawaran tidak sah untuk digunakan bersama dengan promosi, tawaran dan harga ahli TravelodgeR yang lain.
- Travelodge Hotels Asia berhak untuk mengubah terma dan syarat tawaran tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.


Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai kemudahan acara yang terdapat di hotel Travelodge City Center Hotel, Boleh layari
Website : https://www.travelodgehotels.asia/
Instagram : https://www.instagram.com/travelodgeasia/
Facebook: https://www.facebook.com/TravelodgeHotelsAsia/

Travelodge City Centre
Address: No.7, Jalan Hang Kasturi, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
D: +603-2032 2288 W : www.travelodgehotels.asia
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

22 comments so far,Add yours

  1. cantik hotel dia.. ala2 vintage kan..
    and sis! i love your skirt :)

    ReplyDelete
  2. Bestnya hotel ni, cantik, luass

    ReplyDelete
  3. Santai2 dalam kawasan bandar kan

    ReplyDelete
  4. Bestnye river of life tu. Nak pegi la jugak

    ReplyDelete
  5. Macam princess jalan2 kat tengah bandar. Hehehe

    ReplyDelete
  6. Lawa biliknya. Syok gak kan dok situ & jalan jalan dlm KL ja

    ReplyDelete
  7. Uish! Mengancam percutian nad kali ni. Seronok haa tengok melayan entry sharing nad ni

    ReplyDelete
  8. Semuanya cantikk.. puas hati ngk gambar yg nad ambil semua.. rase nk g sini je..

    ReplyDelete
  9. Bestnya hotel ni. Kemudahan lengkap, bilik kemas dan cantik. Dekat dengan tempat menarik lagi.

    ReplyDelete
  10. Wah bestnya frontliner dapat harga promosi murah tuuu.

    ReplyDelete
  11. wow what a nice place. i am tempted to cuti cuti malaysia now

    ReplyDelete
  12. bestnya nad..lokasi hotel strategik tgh bandar..senang nk gi jln2..kena bookmark entry ni...hihi

    ReplyDelete
  13. Cantik laaa bilik dia, nampak selesa! Tapi best jugak jengjalan holiday KL je, lebih jimat dan KL pun banyak lokasi yang menarik

    ReplyDelete
  14. Hotel Travelodge City Centre the building so nice! I pass by the other day too. Nice for a stay in the town

    ReplyDelete
  15. Apabila berada di KL pada satu jangka yg lama memang eloklah pilih hotel yg berada di tengah kota sebab memudahkan perjalanan.

    ReplyDelete
  16. Teringat zaman study dulu , tempat paling best Petaling Street la. Nanti nak bawak anak-anak K.Sal pegi tengok tempat yang selalu ibunya menyoping ..hehehe

    ReplyDelete
  17. okay, next time kalau turun KL boleh datang menginap dekat sini. harganya berpatutan dan yang penting selesa !

    ReplyDelete
  18. Hotel ni cantek. Kat tgh2 bandar kl. Menarik pula tgknya. Nanti boleh bercuti kat sini

    ReplyDelete
  19. This hotel really looks beautiful and comfortable. To be located in the city centre is a big plus.

    ReplyDelete
  20. wah menariknya hotel ni.. tengok gambar kat luar depan hotel tu dah macam dekat overseas pulak iena tengok :)

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum wr.wb




    Kami di Arab Credit Group telah luar biasa ketika datang untuk membantu orang-orang dalam masalah keuanganan mereka dengan utang yang tak terhitung jumlahnya untuk membayar, tugas kami adalah untuk membantu Anda dengan pinjaman untuk menyelesaikan semua masalah keuangan Anda, dan menjadi keuangan yang stabil lagi. platform pembayaran kami sederhana, kami menyediakan Anda dengan suku bunga terendah 2% pinjaman Anda dapat menemukan, Arab Credit Group adalah Perusahaan pinjaman yang dimiliki oleh Keluarga Arab kami, kami telah memutuskan untuk membantu saudara-saudari kami untuk menjadi kuat secara finansial seperti yang diperintahkan Tuhan. kami di sini untuk memberi Anda bantuan untuk sukses dalam hidup.

    Hubungi kami dengan.
    Perusahaan: Arab Credit Group
    Email: Arabcreditgroup@gmail.com
    Pin BBM: {E39B5EE5}  

    ReplyDelete