hai assalammualaikum

Lagu "Mudahnya Berzakat" Omar Hana Didik Anak-Anak Tentang Kewajipan Berzakat - Baru-baru ini, lagu baru Omar Hana "Mudahnya Berzakat" telah dilancarkan hasil kerjasama PPZ-MAIWP dengan Digital Durian. Meriah waktu pelancaran dengan adanya maskot Omar Hana dan Ustaz Amil, serta tetamu istimewa kak Sharifah Shahira.

Tujuan menghasilkan lagu dan video "Mudahnya Berzakat" adalah untuk memberi kesedaran dan mendidik kanak-kanak, ibu bapa dan semua yang beragama Islam mengenai kewajipan berzakat. Ibadah zakat ini perlu ditekankan sepertimana penekanan mengenai ibadah solat, berpuasa di Bulan Ramadan dan menunaikan Haji. Bagus kita pupuk sedari kecil umpama meluntur buluh biarlah dari rebungnya.


Lagu "Mudahnya Berzakat" Omar Hana Didik Anak-Anak Tentang Kewajipan Berzakat 


Kalau sebelum ni, lagu-lagu Omar & Hana banyak berkisahkan kisah-kisah tauladan sahabat nabi, solat, puasa dan sebagainya, kali ni, lagu dan video "Mudahnya Berzakat" Omar Hana ni dihasilkan supaya dapat melahirkan generasi muda yang celik zakat seterusnya menyumbang kepada peningkatan kutipan zakat untuk disalurkan kepada asnaf.


Korang dah dengar lagu "Mudahnya Berzakat Belum". Hah, nah nad kongsikan lagu ni ( https://www.youtube.com/watch?v=iOLxVCuw3cY) . Best sangat dengar. Bila kita dengarkan dekat anak-anak, Insyallah, diaorang akan faham, apa itu zakat.





Baru nad tau, kanak-kanak pun boleh berzakat. Kewajipan menunaikan zakat tidak tertakluk kepada orang dewasa sahaja, malah kanak-kanak juga tidak terkecuali dalam kewajipan menunaikan zakat sekiranya menepati syarat zakat iaitu cukup haul dan nisab. Zakat ke atas kanak-kanak wajib ditunaikan oleh penjaga atau ibu bapa.

Sekarang dah mudah nak bayar zakat. Boleh bayar melalui Aplikasi MyZakat. Aplikasi ini korang boleh bayar dan kira, bayar dan semak penyata zakat. Korang boleh muat turun di Google Play Store atau Apple Store.

Perkhidmatan dan Saluran Bayaran PPZ-MAIWP

Banyak cara boleh tunaikan zakat di PPZ-MAIWP, antaranya

1) 10 kaunter PPZ-MAIWP
- Isnin-Jumaat : 8.15 pagi- 4.45 petang
- Sabtu : 8.15 pagi - 12.45 tengahari ( Ditutup pada minggu pertama dan ketiga hari Sabtu dan Ahad )

2) Skim Potongan Zakat Bulanan
- Bayaran zakat secara berjadual dan konsisten melalui potongan gaji. Daftar Skim PZB secara dalam talian melalui ptg.zakat.com.my
- PPZ-MAIWP sedang mengadakan Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan ( Skim PZB) untuk menarik lebih ramai kakitangan kerajaan dan swasta khusunya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat pendapatan secara bulanan melalui potongan gaji. Untuk makluman lanjut mengenai kempen ini layari www.zakat.com.my

3) Perkhidmatan Kaunter Zakat Digital (KZD)
- Pembayar boleh berurusan tanpa perlu ke kaunter dengan membuat temujanji untuk diselia oleh pegawai zakat PPZ-MAIWP sehingga selesai proses bayaran zakat. Temujanji boleh dilakukan di mytemujanji.zakat.com.my

4) Perkhidmatan Door to Door
- Perkhidmatan khas untuk pembayar yang ingin mendapatkan layanan secara personal atau mempunyai kekangan masa untuk ke kaunter melalui perkhidmatan Ride2U dan Kaunter Zakat Bergerak (KZB). tempahan boleh dibuat di 1300-88-5757.
Waktu Operasi : 9 Pagi - 5 petang.

5) Saluran Bayaran Online
Portal Rasmi PPZ-MAIWP
- Zakat Harta - zakat.com.my
- Aplikasi MyZakat - muat turun di Google Play Store atau Apple Store

6) Ejen Kutipan Zakat
- Perbankan internet (15 bank)
- E-wallet
* Boost
* Shopee
* GoPayz

Untuk keterangan lanjut boleh layari
Contact : 1-300-88-5757
Emel : info@zakat.com.my
 hai assalammualaikum

Buat Pembayaran Online, Dapat Emas Percuma Dengan Aplikasi SemuaPay - Bayar secara online dah jadi pilihan semua orang sebab memudahkan urusan. Tak perlu beratur, tunggu nombor giliran semua. Lagi best bila buat pembayaran, dapat pulak cashback, lagi orang suka.

Korang tau tak apa tu cashback? Cashback atau BalikTunai (dalam bahasa melayu) adalah keadaan di mana kita menerima kembali duit tunai apabila melakukan sesuatu transaksi secara online dalam satu aplikasi. Nad suka bila dapat cashback, kiranya pembayaran tu jadi lagi murah sebab kita dapat duit semula. Dengan cashback tu la kita boleh tebus Emas secara percuma. Menarik bukan! 

 hai assalammualaikum

Hong Leong Bank Tawarkan Peluang Memenangi Hadiah Berupa Pakej Ubah Suai Rumah Pereka Bernilai RM33,000 - Ramai yang berhasrat untuk mengubah suai rumah yang diidamkan tetapi terpaksa di tangguhkan akibat beberapa perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan akibat pandemik dalam tempoh dua tahun lepas. Tapi, sekarang, SOP telah dilonggarkan, dan ramai yang memulakan semula projek pengubahsuaian rumah. 

Mesti ramai yang berhasrat untuk ubahsuai rumah kan, lagi best bila dapat ubahsuai rumah dengan percuma. Hah!!, best kan. Ada caranya kalau korang nak dapatkan hadiah hebat ni tau.

 hai assalammualaikum

Best Menginap Di Ipoh Bali Hotel, Unik Punya Hotel Di Ipoh Perak - Pernah sebelum ni nad dengan keluarga kecil nad menginap di Kinta RiverFront Hotel and Suites di Ipoh, waktu ni, suami ada kerja dekat sana, dia angkut sekali keluarga dia pergi sana. Tapi waktu dengan suami tak sempat jalan-jalan Ipoh sebab anak meragam. Kali ni, nad ke Ipoh dengan bestie Cici dan Sally. Saja nak me time, yang betul-betul me time..hehee. Kitaorang rancang bercuti 2 hari 1 malam sahaja. Bila fikir bercuti ni, mestilah fikir hotel dulu, tempah awal-awal dulu. Yang mencari hotel ni Cici, banyak la dia cadang hotel yang ada di Ipoh, dan akhirnya decide untuk pilih Ipoh Bali Hotel, hotel berkonsepkan bali.

Entah bila nak pergi Bali kan, kita rasa dulu, amik feel dulu vibe Bali ni dekat Ipoh Bali Hotel..hehe.  Sampai je dekat hotel, terus ambik gambar dekat luar..hehee. Dari luar je dah unik dan menarik, belum lagi bahagian dalam. Ambil feeling Bali jom..hehehe. Selalu hotel kita menginap tinggi bangunan, tapi Ipoh Bali Hotel dia lain dari yang lain.

hai


Going backpacking in Malaysia is an attractive option to many. The affordable cost of travel and the wide variety of food choices, mixed in with the biodiversity and beauty of the vibrant rural scenes and the heat of the beaches—makes backpacking in Malaysia a personal favourite. 

Only 2 slow train lines exist within the entire country of Malaysia. Getting bus tickets and intercity travelling in Malaysia depends a lot on the buses. Being that the roads are good in Malaysia and some of the awesome bus companies such as redBus are having their routes there, it is quite easy to travel in Malaysia. 

 hai assalammualaikum

Fariza Seronok Sambut Hari Raya Dan Hari Guru Dekat Sekolah - Masa tadika, Fariza tak banyak dapat buat aktiviti disebabkan PKP, covid, lepas 2 tahun, dia masuk darjah 1,alhamdulillah ada juga aktiviti seperti dulu dia dapat join. Seronok Fariza dapat sambut Hari Raya dan Hari Guru Dekat Sekolah.

Sambutan Hari Raya untuk dua sekolah lain-lain tarikh. Macam sekolah agama sambut dulu kemudian sekolah kebangsaan. Cikgu pun dah bagitau dekat dalam group dan ibu bapa perlu buat list nak bawak apa.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS