Kembali Ke Sekolah 2024 - Selamat Kembali Ke Sekolah adik-adik. Alhamdulillah, dah habis cuti persekolahan. Makanya harini 11 Mac 2024 bermula la alam persekolahan 2024. Anak-anak pun masa cuti sekolah dah cakap “ bila nak sekolah”, tak sabar nak jumpa kawan katanya..hahaha. Mommy dulu punya syok cuti sekolah nak, tak fikir sekolah pun. Korang ni dasyat..hahaha.

Tahun 2024 ni Fariza naik darjah 3, Farhanah tabika 6 tahun. Masing-masing dah besar dah. Pagi tadi bangun pagi pun takde masalah. Berkobar-kobar masing-masing nak pakai baju sekolah dan pergi sekolah. Farhanah, sekolah tabika buka lambat pun nak join bangun awal juga. Semangat sangat tu dik!!..hahaha


Kembali Ke Sekolah 2024 


Alhamdulillah, semua persiapan sekolah nad dh siapkan awal dua minggu sebelum sekolah. Siap gosok baju semua. Prang cakap taknak kalut last minit. Taknak penat badan. So kita buat awal. Memang relaks je masa minggu last sekolah tu.


Pagi tu, kejutkan diaorang dan siapkan sarapan. Makan roti telur dan susu sahaja. Okla buat alas perut. Nanti rehat boleh beli makanan. Sekolah tabika pun sediakan makanan masa rehat.

Tahun ni memang struggle sikit sebab harini sekolah, esok dah puasa. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Dari barang sekolah anak dan barang dapur gun duit bantuan kerajaan bagi. Syukur sangat, dapat kurangkan beban sedikit demi sedikit. 

Untuk barang sekolah, takde pun beli baru mana, beli buku sekolah sahaja. Alat tulis dan baju sekolah tahun lepas masih boleh guna. Kasut pun sama, jadi memang berjimat cermat. Barang pun masih tak rosak dan cantik.

Alhamdulillah, harini persekolahan Fariza dan Farhanah gembira je. Sekolah Kebangsaan tak belajar lagi minggu ni. Sekolah Kafa dah ada jadual pun belum belajar sangat. Sekolah tabika pun sama. Jadi takde la penat sangat. Macam biasa pagi daddy hantar, balik dan hantar sekolah kafa mommyla. Balik kafa, daddy sempat balik dari kerja dia ambil, tak sempat, mommy la ambik.

Harini ramai ibu bapa post anak sekolah. Ada sekolah masuk darjah 1. Tengok gelagat mak masing-masing teringat kita dulu anak masuk darjah 1..hehehe. Comel je. 

Esok dah puasa, anak-anak nak belajar puasa penuh. Harap pergi sekolah cergas sahaja la.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2