hai assalammualaikum

Barang Yang Aku Gran Untuk ALthea Angels Rewards Points - Hah, bila dah terpilih menjadi Althea Angels ni, macam-macam hadiah yang kita akan dapat. Sebagai tanda "welcome" menjadi ahli Althea Angels, nad dapat Gift Box dari team Althea, dan produk itu ialah Petal Velvet dan Milk Cream Mask dan ada barangan lain lagi. Kita la orang yang bertuah mencuba produk dari Althea terlebih dahulu . Tak disangka, selain dapat gift box, team Althea bagi pulak rewards point. Rewards point ni dimasukkan dalam akaun Althea kita, dan kita boleh shopping barang apa kita nak. Korang, kalau nak jadi ahli Althea, boleh ke www.althea.kr

Memang pening nak pilih apa dekat Althea ni, sebab semua produk dia memang best. Lagi-lagi produk Althea sendiri yang nad dah cuba beberapa jenis, memang sesuai dengan muka nad. Ada yang nad belum guna dan nad grab haritu juga, bersama dengan produk lain.Sampai je dekat tangan terus buat unboxing. Anak-anak pun sibuk lahai..hahaa. Cantik sangat box dia, warna biru lagi tu. Hari Krismas nak dekat dah, tu sebba dapat box ni..comel-comel.. Nak tau apa nad grab haritu, hah meh tengok..hehee.



Tadaa..Ni la dia barang yang and grab. Althea Real Fresh Skin Detoxer, Cleanser Althea Bare Essential, 24K Gold Snail dan Bubble-bubble Lip Mask.


Nad ambil Althea Real Fresh Skin Detoxer sebab ramai yang kata best. Nad ada buat entry sedikit info berkenaan Althea Real Fresh Skin Detoxer bercolabarate dengan rancangan beauty korea iaitu Get Beauty. Sampai artis Korea pun suka dengan Skin Detoxer ni. Nak tau siapa, korang boleh baca lebih lanjut dekat entry ALTHEA X GET IT BEAUTY REAL FRESH SKIN DETOXERS COLLABORATION . Nad akan review details lagi kemudian, apa nad rasa ok..


Yang ni nad ambil sebab serasai dengan muka nad. Cleanser Althea Bare Essential. Memang bagus sangat. Muka nad bersih sebersihnya bila pakai cleanser ni. Jerawat pun malu-malu nak naik. Kalau tumbuh jerawat, mesti dia akan kecut cepat. Hah best tau. Ada nad review sebelum ni. Korang boleh baca lanjut dekat entry ALTHEA BARE ESSENTIAL ni.


Bubble-bubble lips ni memang comel kan..hehee.. Packaging dia warna kuning. Botolnya pun warna kuning. Nanti nad cerita details review nad. Tapi nad dah pakai sikit, nak rasa macm mana dia berfungsi, memang keluar buih-buih tu tau..hehee..Geli je mulut macam ulat tengah berjalan..hahaa. Nad dapatkan Bubble-bubble lips ni sebab bibir nad cepat merekah. So nak baiki bibir ni la, nak bagi lembap dan menarik macam tu.


Last sekali, nad pilih 24k Gold Snail. Tak tau kenapa, tapi dia nampak best. Nad baca rate orang dekat produk ni, semua cakap bagus. Boleh guna satu badan..tu yang best tu..Tu yang ambil tu..hahaha. Nanti nad review detail apa nad rasa..hehee.

Thank you Althea untuk rewards ni. muaaahhh...
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. Bubble bubble lip mask tu kinah dah cuba. Best sangat tengok dia buih-buih tu.

    ReplyDelete
  2. Lisa pnya masih banyak lagi . mask aloevera and rose tu yang dah nak abes hihi

    ReplyDelete
  3. Akak tak guna lagi reward points ni, kena shopping jugaklah camni.

    ReplyDelete