Articles by "Kucing"
Showing posts with label Kucing. Show all posts
hai assalammualaikum

Dari kecik dia suka betul dengan kucing. Nad tengok Fariza ni jenis suka binatang, terutama kucing. Kalaulah Si Putih masih ada, bolehla jadi kawan Fariza sekarang. Sayangnya Putih entah hilang di mana..sob..sob..Sejak takda putih memang kitaorang dah tak bela kucing. Sebab memikirkan anak kecil, takut ada kesan tak elok nanti. Tapi bila dia dah kenal haiwan, dah sayang haiwan, mula la fikir nak bela ke tak..huhuu..

Buat masa sekarang belum masa lagi nak bela kucing ni. Sebabnya kewangan pun ya, kebersihan pun ye. Kalau macam kewangan bab makanan, atau kesihatan kucing. Pernah bawak kucing dulu pergi klinik, dasyat nak bayar duit ubat kucing. Memang elok jaga kucing ni, mungkin dia akan bagi rezeki dekat kita, tapi adalah sebab mengapa tak dapat bela lagi.

Mungkin tunggu Fariza dah besar, betul-betul besar, dia nak jaga kucing, nak bela kucing boleh kot. Sekurangnya, dia yang jaga, atau mommy ada pembantu untuk jaga binatang tu. Kalau mommy seorang je, memang tak la nak belanya. Mommy yang penat. Dahla kemas rumah, masak, semua mommy kena buat...huhuhu...

Nad akan bagi dia bela, kalau betul-betul dia nak jaga kucing tu. Taknakla, dah bela, pastu bior je..

Sekarang takda kawan lagi, dia berkawanla dengan kucing jiran ni bila balik bandar. Kucing jiran ni pulak jenis taknak balik rumah..isshh tak paham betul..suka nor duduk rumah sini. Jadi biarkan jela. malamkasi keluar..


Kesian Fariza sebenarnya nak kawan..hehee..nanti bagi adik ye Fariza..hahaha..
hai assalammualaikum

Kenangan Hanya Tatapan Gambar Untuk Fariza - Memang gambar mereka tersimpan elok dekat dalam telefon ni. Kalau rindu mesti tengok. Sebelum ada Fariza, diaorang peneman hati. Tengok keletahnya, berlari sana sini. Bila nak makan, laju je. Bila penat mula menyendeng dekat kita. Bila nak main, dikejarnya kita. Sekarang dah takda semua tu. Ingat boleh jaga sampai Fariza ada. Tapi Fariza tak kesampaian nak main dengan diaorang..








Tengok gambar, alahai, macam-macam keletah diaorang ni. Sebenarnya, nad rindukan kucing-kucing nad. Si Toto dan Putih ( bulu kembang ) tu. Masa nad pregnant, memang kitaorang ajar kucing ni duduk luar. Mula tu elok je duduk luar, bila nak makan, nak tidur tau balik rumah. Tapi sejak nad pantang dekat kampung, mr mafia cakap, Toto dengan Putih dah takda. Tak balik rumah. Dah cari satu kawasan rumah, dah panggil, takda langsung. Takpela pasrah jela.



Nad tengok Fariza ni pun suka dengan kucing. Nasib baik Molly ada dekat kampung. Bila balik kampung suka la dia main denagn kucing. Ingat nak beli anak kucing..hahaha..Tapi nanti banyak kerja pulak. Jadi tak jadila beli. Tunggu balik kampung kita main jela ye..hehe.
hai assalammualaikum

Budak Ini Dera Kucing, Kejam!! - Sampai hati budak ni..kau tak kesian ke dekat kucing tu oii!! Kau buat kucing tu macam mainan pulak kan. Kesian kucing tu di dera..Tak sampai hati nak tengokkk...Kalau korang berani, tengoklaa..Kucing tu nak lari pun tak boleh..


Ekor dia kau tarik..Sampai hati kau budakkk..Taula kucing tu comel, jangan la buat macam tu. Satu lagi video, dia buatnya kucing macam pesakit dia..Habis di belek-belek mata, telinga sampai ke hidung..Kucing tu pun redha je..


Hahahha..ni la kerja Fariza dekat kampung. Sebenarnya bukan Fariza cari kucing tu, kucing tu yang datang dekat Fariza. Fariza ni semua jenis binatang dia bantai..adoii la anak..Kucing tu abang nad yang jumpa. dia pun bawa balik. Nama kucing tu Didi tapi betina..anak buahla bagi nama..hahaa..Masa balik kampung haritu, Kucing ni suka sangat dengan Fariza. Mana Fariza pergi dia ikut. Fariza pun main la dengan dia sampai terkekek-kekek ketawa..hahhaa..


Tengok, tidur pun nak sebelah-sebelah..Dari elok tidur, sampaila Fariza pusing tertindih Didi, tapi Didi buat tak tau je. Dia pun bantai tidur..lorrr..macam-macam..hahaha..maaf sebenarnya bukan kes dera pun.

Tapi kalau sebut haiwan di dera  tak kisahla binatang apa, baik yang haram dipegang kalau didera, kesian tengok. Nak menangis tengok. Sebab tu kadang tak sanggup nak tengok video macam tu. Lagi-lagi kalau kucing.Ada pulak manusia yang berhati binatang boleh plak bertindak kejam terhadap kucing-kucing yg bernyawa ni!! memang bongok punya manusia.. nad benci pada pendera binatang, terutamanya pendera binatang kesayangan Nabi ni. Mana letaknya perikemanusiaan dalam diri?
hai assalammualaikum

Bapak Dan Anak Sakit Serentak - Alahai kesian putih dengan toto..sekarang dahla musim jerebu, diaorang duduk luar..lepas tu kadang-kadang hujan. Macam mana diaorang tak sakit. Sedangkan manusia pun boleh sakit inikan pulak binatang. Cuaca dah tak elok memang diaorang akan sakit la. Mula- mula putih selsema dan demam. Lepas tu anaknya berjangkit dekat bapaknya..toto yang aktif main, terus jadi lemah.


Mr mafia tak tahan tengok diaorg bersin,tido je, jadi bawak diaorang ke klinik yang kitaorang selalu bawak..dekat SINI. Kitaorang memang takde sangkar. Kalau bawak pergi klinik akak dibiarkan dalam kereta. Mula-mula tak tentu arah jugak sebab diaorang tak pernah nail kereta..tapi lama-lama ok. Duduk diam-diam dalam kereta..so behave..



Dekat klinik putih mengamuk sekejap sebab die memang takut dengan orang yang dia tak pernah jumpa. Masa ni dalam bilik nak cek dia. Mr mafia tenangkan dia..cakap dengan dia..alallaa..cian dia..haritu doktor bagi cucuk demam sebab memang demam dia tinggi. Pastu bagi ubat selsema, buang kahak.


Toto pulak doktor bagi cucuk je sebab kurap kat telinga die, die tak demam pun kata doktor..tapi die tak main..ingat demam..ermm..takpela..asalkan diaorang bail..



Tengokla diaorang ni..memang rapat. Bapak dengan anak. Selalu mak rapat dengan anak..ni bapak dengan anak. Bagi masuk dalam rumah sekejap bagi rehat..
hai assalammualaikum

Bila Mereka Dah Jadi Ibu - Tahun ni ramai pulak yang nak dapat baby. Sana sini pregnant, memang ramai tahun ni baby akan keluar..hehee..tak terkecuali dengan Si Mona dan Molly..Siapa mereka?? Mereka adalah kucing-kucing kesayanganku..Diaorang dah jadi mak dulu sebelum aku..haaha..express naa..Kisah kucing-kucing ku semua, ada nad cerita dalam blog..diaorang lah kawan, teman ketika nad sunyi..sunyi ke!!..ahhaha..


Mona, awek Si Putih..Putihla kerjakan dia sebab die dah meroyan sangat..hahhaa..alih-alih Mona yang masih muda dah pregnant..hahhaa..masa nad morning sickness dan stay dekat kampung Mona dah melahirkan anak. Nad dah jadi nenek dah..Masa ni dia beranak dekat bawah tangga, jadi tak dapat tangkap gambar masa kecik lagi anaknya. Yang gambar atas selepas beberapa minggu..badanya warna kelabu mata biru..Mona beranak sekor je..


Tapi dah besar ni jadi warna hitam pulak..berstokin pulak tu..muka bertopeng..haahha...ape ke pelik weii..namanya Toto..haha..ntah macam mana dapat nama tu pun nad tak tau..secara spontan..


Tengokla tu dok bergurau dengan ibunya..



Selalu kita tengok kucing jantan ni jarang nak lekat dengan anaknya, tapi Putih lain sikit..dia sayang anaknya..kadang-kadang dia jilat..kadang-kadang dia main dengan anaknya..memang kucing bulu kembang gitu ke..hohoho..bagus putih ni..sekrang diaorang semua duduk luar sebab taknak bagi bulu diaorang merata..yela kami pun nak ada baby..hehehe..diaorang pun boleh survive ktat luar..toto kecik-kecik dah survive..gooddd..



Kucing nad lagi sekor. Ni kucing kesayangan sebab nad jaga sejak kecik lagi sebelum nad kawin lagi. Siapa lagi Si Molly..kucing yang tinggal dekat kampung. Semalam mak nad call semata-mata nak bagitau kucing nad dah beranak..serius ly..selama ni nad tak perasan pun perut dia memboyot..mayb sebab bulu dia yang kembang tu..tengok-tengok dah beranak..hahhaa..dapat dua ekor..Warna serupa bapak dia, putih kelabu gitu..bulu tak tau lagi nak kembang ke idak tu..nanti kita tengok na..pikir sat nama anak kucing dekat kampung tu..haishh..hahhaha..

Nanti i visit you ok Molly..tunggu na puasa ni mummy datang...
hai assalammualaikum

Salah Satu Fesyen Topi Daripada Seluar Dalam - Bagi sesetengah individu, mungkin menggunakan topi sebagai penutup kepala untuk menghalang rasa panas dari pancaran matahari, terutama sekali ketika berada di tepi pantai, ketika bersukan dibawah panas terik matahari, dan sebagainya. Namun begitu, terdapat juga sesetengah individu yang menggunakan topi sebagai aksesori tambahan dalam penggayaan fesyen harian mereka. Macam laki nad dia suka pakai topi sebab nak nampak bergaya..ahhaa..berapa banyak dah jenis topi dia ada..

Semakin hari, semakin bertambah rekaan terbaru topi dari butik-butik pakaian terkenal. Ini membuktikan bahawa, penggayaan topi sebagai aksesori tambahan dalam penggayaan fesyen harian, semakin medapat sambutan dimata setiap penggemar fesyen.



Jadi nad nak tunjuk  beberapa jenis topi yang terdapat dipasaran dan yang lazimnya digayakan oleh mereka yang gemar akan fesyen topi ini. Kannn..tengok..sekarang semua jenis topi ada..design pun dah pelbagai..jadi nak keluar p majlis ke, jalan-jalan ke kene la pakai lain-lain topi..hehehe



Salah satu topi dari idea nad sendiri..ahahha..topi dari seluar dalam..wakaka..Ni nak di tahap kebosanan sampai dia pun jadi mangsa untuk satu benda yang nad tak terfikir pun. Idea datang secara spontan dan secara tak disengajakan..hahaha..kalau kite tau, shin channje selalu bubuh atas kepala..hahaha..sekarang jadi mangsa putih pulak..kesian dia..hehhe..kene buli je tak sudah..oh lupa nak cakap putih dah jadi bapak..nanti nad cerita erk..heheh



Ni lagi melampau..siap buat headband..nah penjimatan namanya..hahaha..
hai assalammualaikum

Dia semakin Membesar - semakin hari semakin dewasa dia..dah lama dia dimanjakan..tapi akan terus dimanjakan..hehe..satunya-satunya yang mr mafia ada sebagai kawan..dari kecik sampaila ke besar..sampai dah boleh main ehem-ehem dia duduk dalam rumah..disebabkan bulu dia yang gebus dengan warna yang cantik..takut diamik orang..sebab tu duduk dalam rumah je tak dibenarkan keluar...sampailah suatu masa dia dah tunjukkan kejantanan, kencing merata dalam rumah..masa tu la dia dah kene bebas..


Dan disebabkan itulah dia harus belajar jadi jantan sebenar..hahhaa..2 minggu lepas, dengan berat hati, tengah malam dalam pukul 12 malam, terpaksa ajar dia keluar rumah..hati ni risau sebab takut dia main tepi jalan raya besar, merayau jauh ke sampai tak reti balik rumah..malam tu tengok je gelagat dia..sampaila tetiba dia boleh balik sendiri..alhamdulillah..


Setiap tengah malam akan lepaskan dia..sebab tengah malam kurang kenderaan..bagusnya si putih ni, bila dengan orang luar dia akan lari..hahaha..okla..dia takut dengan orang..jadi takkan siapa berani pegang dia dekat luar..Si Putih nak menunjukkan kejantanannya..setiap malam akan gaduh dengan si belang..hahhaa...that,s my boy..


Bila siang dia kana duduk dalam rumah dan tidur sebab kepenatan..Dan nad pulak dengan senang hati dah boleh buka tingkap dan pintu..takdela bau-bau hancing, bau-bau kucing dalam rumah ni..Bila dia balik akan terlbih manja dengan tuannya..hahaha..sampai tuannya pun buat ape dia redha..hahaa..

Dia pun bakal jadi bapak..Mona dah Mengandung sekarang..hehe..see jantan kann..
hai assalammualaikum

Kucing Layan Running Man - hahahha sejak aku dah layan Running Man ni..setiap kali tayang running man nad akan record dekat astro. Memang takkan miss cerita ni..dan bila nad nak tengok, nad bukarecord tu..senang dengan record..boleh cepatkan iklan yang tak suka dok tengok tu..hehe..Memandangkan nad memang giler dengan Running Man..kucing nad pun join..ahhaa

Si Mona ni memang suka lepak depan tv lepas dia kekenyangan..lepas makan je, naik dekat tv tu, lepak, kadang sampai tertido..kadang tak boleh blah layan tv sekali..hahaa..tv gerak-gerak kan..lawak je kadang tengok kucing sekor nad ni..macam-macam la..Dia punya syok tengok Running Man sampai mata tak berkedip. Mayb dia tengok makhluk asing turun ke bumi..dengan pakaian pelik..ahhaa..meh ler layan youtube ni..


Running Man memang terkenal..Program korea paling popular hasil terbitan SBS Production.. Tengok saja peminat mereka..mana je diaorang pergi mesti ada yang kenal..huihhh..popular habis depa..Memang tak kering gusi layan rancangan ni..ehhe..

K malam ni layan lagi yang nad record..

hai assalammualaikum

Tips Mandikan Kucing - Part ni la yang paling tak suka buat dekat kucing..ahhaha..buakn senang nak mandikan kucing..yela kucing kan tak sukakan air..lainla kucing tu sukakan air memang senang nak mandikan..takpun biarkan dia mandi sendiri..tapi cuba bayangkan kalau dapat kucing yang bengis..garang..tak ke naya..habis tangan dicakornya..


Tapi kucing ni mesti kene mandikan..sebab apa?? yela..kucing ni suka guling-guling..kadang kita tak nampak..badan die berbulu..walau nampak bersih mesti pastia da kotoran..lagi-lagi kalau ada kutu..Macam Si Putih dengan Mona..badan diaorang penuh dengan kutu..sebab tu kene mandikan untuk hilangkan kutu tu..Macam Si Putih, die memang biasa dah mandi..kadang-kadang dia diam je dalam bilik air..kadang-kadang taknak jugak..sebab bukan selalu dia mandi..kucing ni mana boleh mandi selalu..hahaa..tengokla kerajinan tuannya nak mandikan putih ni bila..sebab tu kadang-kadang dia takut dengan air.

Ni la bahan-bahan yang mr mafia selalu guna untuk mandikan Si Putih dan Mona
- Baldi ( kalau mandikan dekat bilik air dalam rumah)
- Syampu kutu
- kain ( untuk lap badan dia)
- Sikat


1) Pertama sekali curah air dengan perlahan-lahan dekat kucing..jangan main sembur je..yela kucing kan takut air..kang terkejut , lepas tu cakar korang baru tau..kalau boleh start dekat badan diaorang..lepas tu gosok-gosok badan diaorang bagi tenang..tapi kalau macam Mona, kucing agresif, kadang-kadang mr mafia mintak nad tolong sekali..hehee..Untuk lagi selamat korang pakaila sarung tangan..


2) Dah gosok semua, letak syampu kutu. syampu ni jejaka mafia beli dekat kedai kucing dekat SINI. Memang khas untuk kucing yanga da kutu.. syampu pastu biarkan dalam beberapa minit..Nampak jugakla kutu tu berlari-larian..euww geli mak noo...

3) Lepas selesai syampu, basahkan balik badan dia kasi hilangkan syampu tu sampai bersih. Then boleh la lapkan kucing tu dengan kain bagi keringkan bulu dia..

4) Agak-agak dah kering boleh la sikatkan dia..bagi cantikla kekonon..kucing manja kan.

Ni semua keje mr mafia..hahaha. Semua nad tulis adalah cara kami bersihkan kucing..Nak tau lebih lanjut boleh baca dekat SINI




hai assalammualaikum

Tips Mandikan Kucing - Part ni la yang paling tak suka buat dekat kucing..ahhaha..buakn senang nak mandikan kucing..yela kucing kan tak sukakan air..lainla kucing tu sukakan air memang senang nak mandikan..takpun biarkan dia mandi sendiri..tapi cuba bayangkan kalau dapat kucing yang bengis..garang..tak ke naya..habis tangan dicakornya..


Tapi kucing ni mesti kene mandikan..sebab apa?? yela..kucing ni suka guling-guling..kadang kita tak nampak..badan die berbulu..walau nampak bersih mesti pastia da kotoran..lagi-lagi kalau ada kutu..Macam Si Putih dengan Mona..badan diaorang penuh dengan kutu..sebab tu kene mandikan untuk hilangkan kutu tu..Macam Si Putih, die memang biasa dah mandi..kadang-kadang dia diam je dalam bilik air..kadang-kadang taknak jugak..sebab bukan selalu dia mandi..kucing ni mana boleh mandi selalu..hahaa..tengokla kerajinan tuannya nak mandikan putih ni bila..sebab tu kadang-kadang dia takut dengan air.

Ni la bahan-bahan yang mr mafia selalu guna untuk mandikan Si Putih dan Mona
- Baldi ( kalau mandikan dekat bilik air dalam rumah)
- Syampu kutu
- kain ( untuk lap badan dia)
- Sikat


1) Pertama sekali curah air dengan perlahan-lahan dekat kucing..jangan main sembur je..yela kucing kan takut air..kang terkejut , lepas tu cakar korang baru tau..kalau boleh start dekat badan diaorang..lepas tu gosok-gosok badan diaorang bagi tenang..tapi kalau macam Mona, kucing agresif, kadang-kadang mr mafia mintak nad tolong sekali..hehee..Untuk lagi selamat korang pakaila sarung tangan..


2) Dah gosok semua, letak syampu kutu. syampu ni jejaka mafia beli dekat kedai kucing dekat SINI. Memang khas untuk kucing yanga da kutu.. syampu pastu biarkan dalam beberapa minit..Nampak jugakla kutu tu berlari-larian..euww geli mak noo...

3) Lepas selesai syampu, basahkan balik badan dia kasi hilangkan syampu tu sampai bersih. Then boleh la lapkan kucing tu dengan kain bagi keringkan bulu dia..

4) Agak-agak dah kering boleh la sikatkan dia..bagi cantikla kekonon..kucing manja kan.

Ni semua keje mr mafia..hahaha. Semua nad tulis adalah cara kami bersihkan kucing..Nak tau lebih lanjut boleh baca dekat SINI




hai assalammualaikum

Pagi- pagi Uruskan Mereka Dulu - Bila kita bangun diaorang pun bangun..bila kita tido..diaorang pun tido..pantang nampak kitaorang bangun terus ikut ke mana kita pergi..tapi tu time diaorang lapar la..kalau tak lapar memang buat hal masing-masing..biasalah makhluk Allah ni..memang bijak..time makan dekat dengan kita..yela..sapa lagi nak uruskan makan minum berak diaorang kalau bukan kita..kalau diaorang pandai buat sendiri memang hebat..hehe..


Siapa lagi kalau bukan Si Putih, Mona dan Belang..pagi-pagi nad bangun je terus diaorang datang dekat..mengiauw...aiyarkk..Masa tu la uruskan diaorang satu persatu..mula-mula sekali tempat diaorang berak. Walaupun diaorang dah ade bekas tempat dia berak,.. kita gak yang kene timbuskan..kalau tak bau..bila dah penuh, kene buang najis tu dalam plastik..takkan nak biarkan..diaorang mana nak berak yang dah penuh taik..lagi-lagi Si Putih, dia tak reti nak timbus taik dia..tak tau la nape..kalau Mona tu dia tau la...


Lepas tu tukar alas tempat tidur dia..tempat alas nad lapik dengan suratkhabar je..kadang-kadang air tertumpah dah tempat alas sangkar tu basah..dah nak kene tukar..kadang-kadang Mona dimasukkan dalam sangkar waktu malam..sebab malam dia akan bising mengiawww..jadi masuk dalam sangkar senyapla dia..bila masuk sangkar die kencing, berak dalam tu..dah kene tukar alas tu..fuh..termasukla belang..Si Putih pun kadang-kadang kene kurung sebab degil..denda kene masuk dalam sangkar.

Bila dapat keluar sangkar..hah ngikut jela kita ke mana..


Last sekali..ni la yang mereka nantikan..makanan diaorang..hahaa..masa tu amikla bekas masing-masin..letak satu-satu makanan dalam bekas..dah setel baru bagi..bagi still makan ubat nad campur dalam makanan..tak reti nak bagi ubat dalam mulut terus..yang penting diaorang makan ubat tu..nad bagi frieskies dengan tuna..tu la makanan diaorang..Mona pun dah ok..jadi dah boleh makan Frieskies..

Lepas diaorang dah kenyang..buatla hal masing-masing..gitula rutin pagi nad..lepas tu baru buat sarapan..heheee..oh belang tu kucing yang mana pulak??.. Tu nanti nad cerita..hehe


hai assalammualaikum


Mona Dah Kembali Sihat - Alhamdulillah...Mona dah semakin pulih..Dah tak berak dan boleh bergerak sana sini, meloncat sana sini..Dapat keluar je dari sangkar terus berlari..naik tangga turun tangga..main dengan gembiranyaa..Dah tak berak cair dah..berak pun dah macam biasa..Dah tak meraung kesakitan..bunyi mengiau pun sebab nak makan..Happy je nengok..


Yang suka Si Putihla..dapat terkam Mona..hahhaa..lama sangat menunggu ni..hehee..akhirnya dapat hajat die..hahaha..maaf korang main dalam rumah memang kene snap..takde privacy langsung nak main kan..hahha...lepas tu main kejar-kejar dalam rumah..nad pulak yang pening..adeh..



Boleh pulak lepak depan tv..sedap je korang landing kan..


DANA UNTUK KUCING YUI

Nad tau dekat sini ramai pencinta kucing, begitu juga nad. Kadang-kadang ape kita buat untuk kucing adalah untuk kebaikan bersama. Ini kisah kawan blogger nad..dia memerlukan Dana Untuk kucing die untuk spay & neuter kucing-kucing die. Ini nad copy dari blog die..sama-sama membantu
Korang boleh pergi ke blog die Nurul Yui


" Masih ingatkah kalian akan projek peribadi aku iaitu Dana Untuk Meow? Lama aku tak update. Masih ada lagi item yang tak terjual. Masih lagi belum mendapat sambutan.

Sehingga kini, makin meriah rumahku dengan meow-meow yang ada. Sudah lebih 30 ekor. Sudah lama membela dan baru kini niat aku untuk spay & neuter kucing-kucing yang ada. Kos? Ya memang tinggi. Sebab itu aku wujudkan Dana Untuk Meow. Hasil jualan 100% aku salurkan untuk kos mereka.


Aku bukan orang yang senang. Tapi hati kuat menyayangi binatang yang ada yang telah ku anggap sebagai keluarga sendiri. Memandangkan aku taknak pembiakan lebih banyak ( atas faktor rumah & kebajikan mereka ), maka niat utama aku adalah untuk memandulkan mereka. Faktor kos sahaja. Sebab itu aku buat apa yang terdaya.

Maka aku jadikan blog salah satu medium untuk aku sampaikan hasrat & niat aku. Jika anda berniat untuk membeli sambil menderma, boleh rujuk album Dana Untuk Meow di fb page Nurul Yui Collection. InshaaALLAH di situ tempat lebih cepat untuk aku kemaskini.


Sangat aku alu-alukan jika ada di antara kalian ingin war-warkan hasrat aku ini. Aku berharap aku dapat buat perkara ini secepat mungkin demi kebajikan & kebaikan mereka. InshaaALLAH. Moga ALLAH permudahkan segalanya."


hai assalammualaikum

Ayam Rebus Makanan sesuai Untuk Kucing Cirit Birit - Semalam nad ada cerita Mona di bawa ke klinik disebabkan sakit cirit birit. Doktor ada bagi dia ubat pil, dia terus lena dan senyap. Mayb dia punya sakit dah kurang. Esoknya nad tengok  die berak hitam cair, siap macam ada cacing lagi. Alhamdulillah..tengok lepas tu dia dah tak bising dan tak berak. 

Doktor tu pesan, makanan sesuai untuk die time cirit birit ni ialah ayam rebus. Kalau kat kampung memang kucing-kucing nad semua bagi makanan ikan rebus dengan nasi. Tak bagi friskies pun. Tapi dekat bandar ni, jejaka mafia bagi kucing-kucing makan friskies..Jadi nad ikut nasohat doktor bagi Mona makan ayam rebus.


First sekali..amik ayam , masuk dalam kuali. Dalam kuali tu bubuh air banyak dan rebus.


Dah agak-agak lembut, masak, amik ayam tu masukkan dalam lesung batu nak tumbuh dia..


Pastu ayam rebus tadi nad campur dengan nasi. Ok siap..

Mona makan dengan kenyangnya..
hai assalammualaikum

Si Dia Sentiasa Menunggu - Bila dah sayang, pasti dia akan tunggu kekasihnya tu. Bila dah berasmara dana, pasti die takkan cara lain. Bila kekasihnya sakit, dia setia menemankannya. Bila kekasihnya menjerit kesakitan, dia seperti merasainya. Itula kekasih yang sentiasa bersama kekasihnya. Cinta akhir hayat kot..heheeh..

Dia akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kekasihnya, bahkan mungkin kejadian yang kekasih sendiri sudah melupakannya, karena saat itu adalah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca, karena saat bersamamu itu tidak bisa selalu berulang.


 Kisah Si Putih dan Mona..hhhahha..Si Putih setia menunggu kekasihnya Mona sehingga baik. Setiap hari menunggu di depan pintu sangkar Mona...alahai Putih..gentle sangat la ni..sweet kapel la ni.. Tapi setiap kali nad buka pintu sangkar tu..Si Putih tak sabar nak terkam Mona..motifnya itukah..adehh..Maaf ye Putih, Mona terpaksa dikurung dulu..nak bagi dia sihat sepenuhnya...lepas tu nak buat ape..buatlaaaa....ayoyoyo..
hai assalammualaikum

Bawa Mona Ke Klinik Haiwan - Selalu tengok jugak dekat tv, kucing dibawa ke klinik untuk pemeriksaan. Selama ni, nad tak pernah pun bawak kucing-kucing nad pergi klinik sebab kucing kampung ni lain sikit, aktif terlebih dan akan pulih sendiri. Kebanyakan kucing nad la, walaupun selsema, sakit ke, diaorang rehat..pastu dalam beberapa hari ok dah. Yela, dekat kampung diaorang bebas nak buat ape. Keluar, merayau..tapi kucing bandar ni kene stay dalam rumah je..tak boleh keluarkan..takut jadi apa-apa. Dengan depan rumah jalan raya besar, dengan kereta lalu lalang..

Mona ni spesis kucing biasa. Haritu tiba-tiba je die sakit, Mengiyau-ngiyau..setiap malam. Pastu tengok dia cirit birit banyak sangat..sampai takleh duduk..Mona ni kitaorang ambik dia dekat Uptown Danau Kota. Masa tu jejaka mafia memang nak cari kucing betina untuk temankan Si Putih..yela Si Putih kan jantan, jadi paham-paham jela..lama jugak dia tahan nafsu dia tu. Nak cari kucing betina, mana boleh keluar, kucing kesayangan jejaka mafia kot...hahaa..jadi kitaorang pun nak carikan satu kucing betina untuk Si Putih. Masa tu pusing-pusing Uptaown Danau Kota konon nak cari yang gebus macam Si Putih tapi mahal,tup-tup terjumpa siapa yang nak bela kucing secara sukarela..Jadi dah alang-alang tu kami amik la Mona ni bawak balik..Mula-mula tu taknak jugak la dengan Si Putih..tapi lama-lama ok..Bagi nama Mona, tak tau kenapa..haha..sebab yang kakak Si Putih Si Molly namanya..tu dekat kampung..jadi nama kucing ni Mona la..Huruf M gitu..dah ade betina ni main setiap malam..hahaha..adeh..sampai tercirit hah..


 Sebab kitaorang dah bela, kitaorang la kene jaga makan minum sakit dia. Dah dia cirit birit, jejaka mafia suh bawak pergi klinik haiwan dekat Taman Melawati. Klinik tu selalu dia pergi, jadi dia dah biasa dengan klinik tu. Nad je tak biasa..hahaa..kesian dia..masuk dalam kereta senyap je..tahan sakit..


Sampai sana je, terus pergi dekat kaunter cakap kucing sakit nak jumpa doktor. Macam kite pergi klinik kene tanya semua details kan..sama la dengan kucing..nak tau nama kucing, warna apa, kucing tu spesis apa...Pastu bagi ic kite untuk buat kad klinik.


Settle semua tunggu la giliran.


Nama Mona pun dipanggil. Masuk la dalam bilik tu. Pastu ceritala die ni sakit sekian-sekian. Doktor pun cek..Si Mona ni takut dengan orang, die memang tak biasa dengan orang..yela baru amik, jadi nak biasakan dengan orang belum lagi.


 Doktor pun amik berat die. Lepas tu rasa perut Mona. Doktor pun cakap takut dia ada baby dalam perut tapi tak dapat kesan. Sebab die cakap, umur Mona sekarang dah boleh mengandung. Tapi tak pasti, atau sebab makanan. Doktor tu bagi ubat pil dekat Mona.. Senang pulak nad tengok die bagi makan ubat tu dekat Mona..Terus ubat tu Mona telan. Ade tiga biji pil dia bagi ubat dekat Mona.


Hah ni la ubat Mona. Pergh ubat macam ni mahai nor..dalam cuma ada 2 biji pil je setiap satu plastik ni..harganya RM60+++..mak aihh..ubat manusia pun banyak jugak..bolehla caya..ni 2 biji pil je setiap plastik..Takpela, rezeki jaga kucing ni..banyak kebaikkannya..Sentiasa ikhlas menjaganyaa..