February 2019
hai assalammualaikum

Teh Madu Di Kedai Kopi Hj Zul Taman Melawati - Haritu mr mafia nak jumpa kawan dia, sekali dia ajak nad suruh ikut sekali. Nad ni memang on je kalau dia dah ajak, yela spesis duduk rumah je, bila keluar tu satu kelegaan tau tak..hahahhaa. Dia cakap nak bawak nad rasa air Teh Madu dekat satu tempat ni. Nad pun ikut jela, sejenis nak merasa juga, sedap ke? Walaupun dah biasa minum teh ais ni, tapi ni campur dengan madu.


Kedai yang dituju Kedai Kopi Hj Zul Taman Melawati. Ia berada di belakang Melawati Mall. Sampai je kedai, terus mr mafia order Teh Madu dengan Nasi kukus untuk nad sementara dia berborak dengan kawan dia dekat meja lain.


Ni la rupa Teh Madu tu. Macam teh leleh je..hehee. Tapi sebenarnya yang leleh tu madu dia. Macam mana dia jadikan madu tu berbuih tak tau la. Jadi kalau nak minum, sila makan buih tu sekali..hehee..Manis memang takyah cakapla, memang manis. Dapat merasa okla, jangan minum setiap hari..hehee. Rasanya memang sedap. Rasa tak cukup je segelas..hahahaa.



Yang ni pulak nasi kukus. Nad suka dengan sambal dia,pedas dan sedap..Yang besar tu ayam, ku fikir burung puyuh..heheehe..

Not bad juga la rasa dia. Sedap juga. Mana yang berdekatan bolehlah rasa teh madu ni. Harga boleh tahan juga la RM5..hehee..Tapi sekali sekala takde hal la kan.


hai assalammualaikum

Lukisan Pertama Fariza - Nad sebagai mak yang menjaga anak depan mata hampir 24 jam, yang akan nampak dahulu apa yang dia lakukan. Setiap perkara baru yang Fariza buat macam mula mengereng, merangkak, berjalan, makan semua la, mesti nad teruja gila..hahaa. Sebenarnya bukan nad sahaja, mak-mak diluar sana pun mesti teruja gila bila anak buat perkara pertama depan mata kan. Setiap hari, akan nampak apa yang anak dah boleh buat. Dan haritu, nad teruja bila nampak lukisan pertama Fariza.

Memang dari kecil lagi dia suka la suruh maknya melukis. Belajar pegang pen, belajar dengan buku, buat A, B C semua. Suruh lukis " shrak "..sebab dia suka betul dengar lagu " baby shark dududu".. Sampaila Fariza masuk 4 tahun, dia dah pandai tengok dan buat dekat buku dia sendiri.

Nad betul-betul teruja, sebab nad tak pernah ajar satu-satu pun cara lukis. Tapi tengok dia punya lukisan dah hampir serupa dengn binatang yang dia maksudkan.


Tadaa..ni la lukisan pertama Fariza..hehee..Apa yang korang perasa dekat situ..Yang paling jelas, ada rupa ikan..terus nad cakap dengan Fariza. " Ini apa "..dia jawab "Fish"..jadi betul..hehee..

Lepastu belah kiri bawah tu nad tanya " ini apa pulak"..dia jawab " Cat"..hahaa. Tengah pulak itik..hahaha..yang bahagian atas tu tak pasti apa..hahaha..

Entah mana dia belajar pun tak tau. Dia tengok youtube hari Ahad je. Kalau dia ingat apa yang dia nampak dekat youtube, memnag hebat. Nad kadang-kadang pun ada lukiskan untuk dia juga, tapi tu cuma ikan jerung je. Tak sangka dia boleh lukis kucing dengan itik tu..hehee..Allahu teruja dia tak tau nak cakap macam mana..hahaa..Imaginasibudak ni memnag kuat kan. Boleh tangkap denagn cepat.

Like, seriusla, anak kita dah pandai melukis, membaca, kenal huruf semua tu. Dulu pun kita macam tu juga la kan..hehehee..

So, letak dekat blog sebagai kenangan..hehee..
hai assalammualaikum

Nak Bibir Merah Dan Cantik, Scrub Bibir Dengan Bubble Bubble Lip Mask Rire - Siapa yang alami masalah bibir kering dan mengelupas. Nad ni kadang-kadang je bibir jadi kering dan merekah. Bila tangan tak boleh duduk diam, nad tarik kulit bibir tu sampai darah..hahha. Banyak faktor yang menyebabkan bibir kering dan mengelupas, antaranya, kurang minum air, kesan gincu dan sebagainya. Ada banyak cara nak bagi elakkan bibir kering dan mengelupas malah jadikan bibir kita merah dan cantik. Selalunya orang pakai lipbalm je, apa kata, sekali sekala, korang buat scrub bibir. Bukan muka, badan je scrub, bibir pun ada scrub dia tau. Sekarang banyak produk kecantikan yang boleh kita manfaatkan untuk cantik. Apa yang nad buat, untuk bibir merah dan cantik, dua kali seminggu nad scrub bibir nad dengan Bubble Bubble Lip Mask.


Nad dapatkan Bubble Bubble Lip Mask Rire ni dekat Althea. Harga dia RM29 sahaja. Produk ini datang dalam botol pam 12mL, yang sangat mudah digunakan. Rasanya agak murah, jujur, dan reka bentuk pembungkusan sangat simple. Botol berwarna kuning dan hanya tulisan. Tapi nad tertarik untuk beli yang ni walaupun ada banyak lagi yang ada.

Menariknya, produk ni akan mengeluarkan buih dalam beberapa saat setelah disapu. Selepas tu,ia akan kering. Hah!, lepas kering gosok bibir, macam scrub tu. Masa tu kulit yang mengelupas akan tertanggal sekali, dan ia akan membuang sel-sel kulit mati.


Korang boleh tengok video ni. Ni nad tunjuk cara memakai Bubble Bubble Lip Mask Rire ni, senang sahaja.
- Pam sedikit di tangan, kemudian, sapu di bibir kita. Biarkan je sehingga buih-buih akan keluar. Sambil tu boleh tengok tv. Memang geli bila buih keluar, rasa macam ulat merayap..hahaa.
- Kemudian buih akan hilang sedikit demi sedikit dan akan kering.
- Lepas kering boleh gosok dengan perlahan bagi tanggalkan kulit yang merekah dan sel kulit mati.
- lap dengan kain atau tisu basah.
- Bibir akan nampak merah dan cantik.
- lepas tu pakai la lipbalm atau gincu. Cantik bibir tau.


Bubble Bubble Lip Mask Rire mempunyai ekstrak lemon untuk menjaga bibir dan mengelakkan kekeringan bibir berlaku. Sangat cepat bertindak dan mudah digunakan.


Botolnya yang kecil, mudah di bawa ke mana sahaja. Nad puas hati dengan bibir nad sekarang lepas menggunakan Bubble Bubble Lip Mask Rire ni. Bibir jadi merah dan cantik. Pakai gincu pun cantik je, dah tak merekah dan kering.
hai assalammualaikum

Hilangkan Mata Panda,  Eyebag Dengan Ruby Bulgarian Rose Hydrogel Eye Patch - Kita ni kalau tak cukup rehat,  tak cukup tidur,  mulalah ada eyebag,  mata panda ni. Kalau tengok cermin,  memang tak lawa. Mana taknya,  hitam dekat bahagian bawah mata..huhu.. Selalunya, kalau nak bagi mata segar,  nak hilangkan eyebag dan mata panda ni,  guna cara tradisional,  dengan menggunakan timun. Tepek je dekat mata. Tapi rasa macam tak berkesan pulak,  sebab timun tu tak melekat betul dekat mata. Pernah juga nad guna krim, ok jugala, kurang mata panda. Lepas tu, ternampak pulak satu produk ni dekat Althea untuk bawah mata,nampak kiut je. Terus grab.


Ni la dia produk nad guna sekarang untuk hilangkan mata panda,  eyebag tu,  Ruby Bulgarian Rose Hydragel Eye Patch. Packaging dia cantik kan,  warna pink dengan ade corak rose.


Belum pernah lagi nad cuba eyepatch gel ni. Bila nad buka je,  bau dia wangi sangat,  bau rose. Bila dipegang, ia seperti ade gel di situ. Bentuknya pula melengkung,  sesuai la diletak bawah mata. Terletak elok je dekat mata. Hah! ! Macam ni la elok.

Cara pakai pun senang je. Ia ada sediakan satu sudu kecil,  untuk kita ambil eyepatch gel ni dengan senang.  Kalau ambil dengan tangan memang susah,  sebab dia akan lari, yela ade gel. Macam korang pegang belut,  terlepas je. .Sebab badannya licin. .Hahaha. .Macam tu la nad boleh cakap. .


Dah ambil tu, letak dekat jari dan lekat bawah mata. Sejuk je mata tau.

Ruby and Bulgarian Rose Eye Patches diasaskan dengan ekstrak Bulgarian rose and powder ruby ​​untuk mencerahkan kulit dan meningkatkan keanjalan semasa menghidrat dan menenangkannya. Dibuat dengan teknologi hydrogel yang dapat memegang 90% air, keajaiban kecil ini menghidratkan undereye halus dan membolehkan nutrien untuk menembusi kulit dengan berkesan.


Setakat ni nad pakai ok je. Takda gatal,  lagi mata elok adela..hehee. Mata panda pun semakin berkurangan.  Ia sesuai dengan semua jenis kulit.

Kelebihan Ruby Bulgarian Rose Eyepatch.
- Menghidrat, menenangkan dan menyejukkan
- Mengurangkan bengkak dan mencerahkan bulatan gelap
- Mematuhi dengan baik ke kulit untuk memudahkan permohonan

Bahan-bahan utama
Serbuk Ruby - Mengandungi mineral untuk memastikan kulit tetap sihat
Asid hyaluronik - Humektan yang menarik kelembapan pada kulit, menjadikan ia lembap dan lembut
Ekstrak air Rose - Menghidratkan mendalam dan menenangkan kemerahan dan menjaga kulit supaya sentiasa muda.


Bagi korang yang ada masalah mata panda tu,  bolehla cuba guna Ruby Bulgarian Rosee Eyepatch ni.
hai assalammualaikum

Lantai Kaca Di Skypark One City - Haritu pertama kali nad datang ke One City Shopping Mall dekat Puchong. Nad dah lama tau pasal tempat ni, cuma nak pergi tu kena tunggu mr mafia free. Then hari Sabtu haritu kebetulan dia free, nad ajak la datang sini. Sebelum tu plan nak nad ajak dia pergi ke Jalan Jalan Japan, kedai preloved barangan Japan yang ada dalam One City Shopping Mall ni. Kmeudian baru pergi ke Lantai kaca dekat rooftop Skypark One City ni. Tarikan nak ke sini sebab lantai kaca tu je..hehehhe.

Macam nad pertama kali datang sini, jadi tengok tempat dia luas dan besar. Kedai macam tak banyak, tapi katanya ada tempat pagung wayang, tak sure pulak belah mana. Lepas tu bahagian ats ada pelbagai tempat makanan. Apa lagi terus tanya pak guard macam mana nak pergi ke atas , lantai kaca tu. Pak Guard tu suruh naik lif, tekan " R"..dekat rooftop. Terus naik lif, dah sampai atas..Masa nad pergi panas gila..hahaa..



Tapi tak kisah,nak juga bergambar dekat lantai kaca ni..hehe. Angin dia sepoi-sepoi bahasa ok..sedap je..walaupun panas, dapat angin macam ni, jadi sejuk..hehehee. Ajak anak-anak sekali bergambar..Diaorang follow je apa mommy diaorang suruh..hehee. Lantai ni kecik je, takde besar mana, tapia da dua tempatla. Masa nad pergi tak ramai orang pun.


Ala kaca je, takdela cuak mana..hahaa..( bayangkan macam dalam video youtube yang tiba-tiba dia buat corak retak, mau tak terkejut..hahaa)..Masa t tengahari, tak berapa nampak bahagian bawah, nampak escalator je..Kalau tunduk lagi, baru nampak bawah..hahaaa..



Anak kita siap cakap, "mommy,mommy ade oyang (orang) "..ahhahaa..Selamba je tengok bawah..Boleh nampak ground floor tu..

Dekat atas ni banyak tempat makanan dia. Area atas ni bukan setakat untuk makan-makan dan lepak, malah boleh buat event dekat sini, macam majlis kawin, majlis dinner ke..apa-apa jela..





Dekat atas ni best, sebab banyak pokok..hahaa..Rasa nyaman je..Dekat-dekat belakang bokok tu la ada kedai..ala, korang lalu je nampak banyak kedai makanan.

Pemandangan dari atas ni, nampakla kereta dan bangunan-bangunan..Ok la dah merasa naik ke atas ni..hehee..Best juga tempat dia. Kalau datang malam mesti lagi menarik.


hai assalammualaikum

Sayur Campur Masa Sos Tiram - Siapa tak suka makan sayur, mestilah adakan. dalam keluarga nad yang kurang makan sayur, en suami..hahaa. DIa makan, tapi ada sayur tertentu je. Jenis memilih sikit dia tu. Tapi nad dengan anak-anak, kitaornag jenis tak kisah makan apa. Mudah nad masak bila anak-anak ikut jejak mak ni..hahaa..Nad memang suka kalau masak sayur campur ni, sebab ada pelbagai jenis sayur ada. Sayur campur nad suka macam sayur kobis bunga, lobak, jagung kecik dicampur denagn sayur kacang buncis. Sayur macam ni memnag ngam dicampur.


Harini nad masak sayur campur sos tiram Bagi rasa lain sikit, kalau tumis sahaja pun boring juga kan. Ala buatnay senang je. Potong kesemua sayur kecik-kecik. Lepas tu basuh bagi bersih. Potong bawang merah dan bawang putih. Kalau nak letak cili, potongla cili. Tapi nad tak letak cili pun.

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau semerbak. Masukkan sekali sayur lobak dahulu, sebab nak bagi dia masak. Lobak kan keras. Nak bagi dia lembut..kemudian masukkan sayur lain, kubis bunga, jagung dan kacang buncis. Gaul sama rata.

Kemudian, masukkan sos tiram, garam. sedikit air..Gaul dan biarkan amsak seketika..Lepas tu siap, dah boleh hidang dan makan.



Fariza ni masa mula-mula suka makan lobak je, pastu nad ajar makan jagung , dengan kubis bunga ni, lama-lama dia pun suka. Makan sayur kan bagus. Kalau dia nampak lobak, terus suruh masak lobak. Kadang rebus je lobak tu, letak garam sikit, bagi dia makan gitu je dia makan..hahaha..

Okla kan anak suka makan sayur..
hai assalammualaikum


Masakan Tomyam Jadi Sedap Dengan Pes Thai Tom Yum - Bukan nad sorang je suka makan tomyam, ramai yang suka makan tomyam kan.  Kalau dapat rasa tomyam macam dekat kedai Thai tu,  pergh memang terangkat la. Sebelum ni dekat rumah,  nad kalau masak tomyam guna tomyam adabi atau yang kiub tu. Bila masak,  mesti rasa kurang menyengat, kurang kaw la.. Hahaha. Lepastu nampak kawan pakai pes Thai Tom Yum dalam botol tu. Ramai kata sedap. Teringin juga nak rasa, ramai kata sedap dan mudah nak masak.

Haritu pulak nampak kawan si syahirah dia pergi ke Padang Besar, nampak pulak dia pos gambar pes Thai Tom Yum yang nad nak cuba rasa tu. Sebenarnya ada je orang jual online, tapi ntah kenapa tak terbeli-beli..hahhaa. Dengan Si Syahirah juga nak beli. Mungkin sebab kawan dan dipercayai..hahaa. Terus dm dia cakap nak Thai Tom Yum tu, terus order. Nad beli yang kecik dulu, sebab nak rasa macam mana rasa dia. Kang terus beli yang besar, tak sedap dah sayang kan.


Dan haritu sampai dah pes Thai Tom Yum ni dekat nad. Bagus dia, siap balut dengan kertas banyak-banayk, sekali masuk dlam kotak kasut..hahaha. Yela botol kaca kan. Takut pecah..Mujur selamat sampai ke nad tanpa sebarang kerosakan.

Semalam, nad memang cadang nak makan tomyam. Bahan-bahan semua dah ada, dan bahan utama yang senang mestilah pes Thai Tom Yum ni. Tak sabar nak rasa. Baca dekat botol macam mana gunakannya. Ok dia cakap macam campak-campak je..hahaa.

Cara nad buat pulak
- Masukkan air dalam periuk, setengah air, tunggu air mengelegak. Kemudian masukkan 4 sudu pes Thai Tom Yum. Sebab nak rasa kaw dia tu.
- Masukkan ayam pulak, biarkan masak seketika.
- Hah!!, lepas tu masukkan pelbagai jenis sayur. Ya, nad suka masukkan banyak-banyak sayur kalau buat tomyam. Sayur kobis bunga, lobak, cendawan, jagung kecik.
- Nad masukkan juga daun limau purut dalam ni, bagi naik bau sikit.
- Lepas tu bairkan sampai masak..Siap..hehe



Memang senang,mudah dan cepat masak tomyam guna pes Thai Tom Yum ni..menyengat..


Mr mafia yang tak berapa suka makan tomyam bila nad masak guna kiub atau pek adabi tu, jadi suka makan tomyam bila masak guna pes Thai Tom Yum ni...memang sedapla kan..

Makan tomyam, diratah macam tu pun sedap, hirup kuahnya..nyumnyum..Ni nad pertama kali guna pes Thai Tom Yum ni. lepas ni boleh beli yang besar pulak.
hai assalammualaikum

Penat Sangat Fariza, Tertidur Masa Tengah Study - Fariza, bila bangun dari tidur, terus cari mainan dia, pergi main. Main sampai puas, lepas tu cari pulak buku suruh nad baca. Kemudian ulang balik main dengan adik dia..dan seterusnya. Bila waktu makan, memang akan makan bersama-sama. Sekarang, dia memang jarang tidur petang. Kadang mata dia tu tahan sampai ke malam..Aktif sangat.

Harini, dia main sepuasnya sampai ke malam. Malam ni je dah dua kali dia mintak botol susu. Nampak sangat haus dia. Lepas tu makan malam. Mau tak kenyang perut tu. Lepas makan, main la kan. Nad pula, layan tv. Sambil tu layankan dia juga. Lepas dia puas main, dia akan ambil buku dan pen. Dia belajar la apa dia nak buat. Kadang ambil buku ABC, kadang ambil buku cerita. Kadang buku tulis, dia tulis la apa dia suka.



Malam ni, masa tengah study, mula dengar dia nyanyi-nyanyi sambil menulis, kemudian tengok senyap pulak..lor tidur rupanya..hahaha. Penat sangat main, makan, minum, kenyang mata pun dah ngantuk.

Pen pun masih dekat tangan lagi tu..alahai anak. Kesian dia penat sangat. Dapat belajar sikit pun jadi la..hehee.
hai assalammualaikum

Murah Betul!! Hanya RM10 Untuk 3 Plastik Baju Di Tapau Sab Event Jalan Jalan Japan One City

Hanya RM10 Untuk 3 Plastik Baju Di Tapau Sab Event Jalan-Jalan Japan - Dah lama nad nak pergi Jalan Jalan Japan  ni, sebab ramai cakap barang dia semua murah. Semua barang ada, dari pakaian wanita, lelaki, kasut, sampai la ke barang baby. Barang yang ada dekat Jalan Jalan Japan ni, barang bundle, tapi sekarang ramai je yang suka bundle kan, asalkan barang tu elok dan masih boleh dipakai. Haritu nad pergi ke Jalan Jalan Japan untuk Tapau Sab event dekat One City. Tapau Sab event ni merupakan jualan akhir bulan yang diadakan pada Hari Sabtu sahaja. Menariknya Tapau sab ni, korang boleh dapat berpuluh baju dengan hanya RM10 untuk 3 plastik tau..hah!!!..best kan..Tapau sab ni berada dekat tingkat ats di kedai Jalan Jalan Japan.

3 Plastik 26 Helai Baju Hanya RM10

Hah!!, ni nad nak tunjuk 3 plastik ni, nad muatkan 26 helai baju ok..hahaa. Harga untuk 3 plastik dengan 26 helai baju hanya RM10..Percaya tak..hahaa..Kadang nad pun tak percaya, hebat juga nad masukkan 26 helai baju dalam 3 palstik kecik ni..hehee. Kena pandai lipat,pandai isi dalam plastik, jangan sampai terkoyak. Satu plastik boleh masukkan dalam 15 ke 20 plastik.

Tapau Event Jalan Jalan Japan

Tak percaya, nah nad kasi tunjuk harga dia..hehee. RM5 untuk 1 plastik, RM10 untuk 3 plastik. Korang pilih je baju yang disediakan ( hanya kawasan tertentu yang telah disediakan untuk Tapau Sab ), pilih seberapa banyak korang nak. Ada baju untuk wanita dan kanak-kanak. Semestinya baju kanak-kanak jadi perhatian. Tapi nad pun ambil baju nad tau..hahaa. Pengalaman pilih baju dekat Tapau Sab memang best walaupun penat. Nasib mr mafia layankan je isteri dia pilih baju, malah dia tolong cakap, " sayang tu ada baju baru di letak "..hah cepat-cepat isteri pergi tengok. Staff dekat situ akan topup baju mana yang dah kurang..hehe.

Pilih Baju weii..nasib ada pembantu..anak dara tu

Mujur ada anak yang baik hati, tolong mommy dia masukkan baju dalam bakul..hahaa. Mommynya ke sana, dia ikut ke sana tolak bakul, mommynya ke sini, dia ikut juga..hahaaa. good d

Banyak pilihan baju

Skirt..tapi semua pendek

Ni pun pendek..Tapi ada beli juga seluar pendek cantik..pakai dekat rumah je..hehe

Cari baju je la..lengan panjang

Pening nak pilih..hahaa

Pelbagai jenis baju ada tau dekat sini. Lengan panjang, lengan pendek, baju sejuk, baju kasual, baju tidur, eh macam-macam la. Kalau korang cari betul-betul, dapatlah baju yang elok dengan corak yang menarik dan berkualiti. Lagi kalau korang datang awal, lagi banyak baju cantik korang boleh dapat. Nad pun sampai dalam pukul 11 lebih. Nasib masa tu tak ramai orang lagi dan pilihan baju banyak. Kebanyakan baju nad tengok banyak lengan panjang, skirt pulak skirt pendek,..sayang sangat. Nad ambil la baju lengan panjang, untuk anak pun lengan panjang, buat baju jalan atau pakai rumah. Saiz pulak ada macam-macam jenis saiz.

Dah pilih, masukkan sebanyak mungkin baju dalam bakul tu..hahaa. Nak penuhkan bakul tu sampai menggunung pun boleh..

Hah masa untuk melipat

Lipat kecik-kecik..beg plastik kecik je

Baju biru semestinya amik..ehhee

Ni pun cantik..ambil..hahaha

Dah rasa puas pilih baju, dah puashati dengan baju yang ada, bawa ke meja, letak dan mulakan lipatan..hehee. Hah!!, part ni memang kena pandai ye, sebab nak masukkan dalam plastik sebanyak yang boleh. Lipat sekecil-kecilnya ok. Kalau baju budak tu memang boleh lipat kecil giler. Dapatla satu plastik masuk dalam 15 helai baju. Memang nad lipat sekecil boleh..hahaa.

Ok masukkan dalam plastik

Sumbat elok,elok..

Ok ngam..sumbat lagi ada ruang tu

Lepas dah siap lipat, mintak plastik dekat staff yang jaga dekat situ. Hah, dia cakapla nak berapa. Semestinya nad ambil 3 plastik. Tak cukupla satu plastik ok..Hah, nampak tak berusaha nad sumbat bagi banyakkan baju diisi dalam satu plastik. Gigih nak isi semua baju yang nad ambil dalam plastik tu..heheeheh.

Yeah dapat tiga plastik..26 helai baju ok

Yeahh, muka seronok sebab dapat 3 plastik baju ni. Dalam ni ada 26 helai baju..hahaha. Kita suka, kita suka.. Baju yang nad pilih pulak cantik-cantik..hahaa.


Lepas tu, korang bawak plastik ni ke kaunter pembayaran untuk bayar. Layan video nad masa dekat Tapau Sab Jalan Jalan Japan One City. memng pening nak pilih..ahaha.

Tips Untuk TapauSab Event
- Jualan akhir bulan pada Hari Sabtu, datang awal untuk dapatkan baju yang cantik
- Pergi ke Tingkat atas.
- Ambil bakul yang disediakan
- Pilih baju yang berkenan di hati, masukkan dalam bakul seberapa banyak yang boleh.
- Lipat baju sekecilnya untuk memuatkan lebih 10 baju dalam satu plastik.
- Pastikan dapat 3 plastik sebab harga murah giler, cuma RM10 sahaja.
- Pergi ke kaunter pembayaran dan bayar..1 plastik RM5 dan 3 plastik RM10..

Budak-budak ni happy jela datang  Jalan Jalan Japan

Tengok satu bakul dia punya

Ya kasut ni dia pilih

Budak berdua ni pau mommy dia mainan. Sebab diaorang behave, mommy belanja..hehee. Ala, kalau tak pun, mommy beli, sebab harga dia murah betul..hehee.

Dua plastik besar bila balik..Berat oii sampai kaki jengket

Tengok, 2 plastik besar nad bawak balik. Memang berhantu betul Jalan Jalan Japan ni. Patutla orang ramai datang sini. Harga barang dalam ni murah sangat. Walaupun preloved, tapi ada barang yang dalam keadaan baik.

Ni dia baju yang nad rembat dekat Tapau Sab

Tadaaa...kasi susun elok-elok baju yang and pilih. Nampak kan, semua baju lawa. Dapatla ambil baju untuk anak-anak, seluar dan baju untuk mommy. Fuh..semua baju ni harga RM10..so percayalahhh!!!..

OOTD pertama

OOTD kedua..baju ni cantik

OOTD 3 saja amik jaket..ahhaa

OOTD empat..dengan anak pulak..dia nak juga..tu baju budak nad ambil..baju nad tu tshirt seklai hoodie

OOTD kelima..anak beranak..nad jaket, Fariza baju tshirt, adik baju berbulu. Ni semua dekat Tapau Sab.

Nad kasi OOTD nad pakai baju yang and grab dekat Tapau Sab Jalan Jalan Japan One City. memang baju dalam keadaan elok semuanya dan cantik. Sesuai dipakai waktu jalan atau di rumah. Pandai nad pilih kan..hehee. Untuk anak-anak pun muat. Ada yang seluar longgar tapi disebabkan cantik kita ambil la..ehhee. Boleh je letak getah nanti. Nad ada ambil seluar dengan skirt, tapi pendek so tak tunjukla. Letak gambar je dekat atas tu. Boleh pakai dekat rumah.

Korang yang suka baju preloved, nad sarankan datang ke Tapau Sab event ni setiap hari Sabtu akhir bulan. Dahla murah, banyak baju yang korang boleh dapat.

Nak tengok apa yang ada dekat Jalan Jalan Japan dengan barang apa nad rembat selain baju boleh cek dekat highlight ig story Jalan Jalan Japan nad ok.

Nak tau lebih lanjut berkenaan Jalan Jalan Japan ni boleh layari
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website : https://www.jalanjalanjapan.com.my/
Facebook : https://ms-my.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia/
Instagram :  https://www.instagram.com/jalanjalanjapanmy/